Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5523-7015 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.
Bukittinggi + Minangkabau + Lembah Harau + Maninjau + Padang Tour
Bagi Indonesia, Padang & Bukittinggi adalah salah satu syurga pelancongan selain Medan. Setanding itu, kami mengakui kebenarannya.
Padang membawa anda ke sebuah percutian yang cukup berbeza dan mempunyai keunikan sendiri.
Padang, Bukittinggi dan Manijau akan memberikan anda panorama dan keindahan alam yang sangat mempersona.
Padang juga kaya dengan kebudayaanya dan kami sendiri tidak dapat menafikan kehebatan masakan serta hidangan yang disediakan, sungguh sedap dan lazat.
Dengan itu, terhasilnya aturcara Pakej Padang Indonesia selama 5 hari 4 malam untuk anda nikmati saat-saat bahagian bersama rombongan, keluarga atau juga anda berdua.
1. Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dan di sambut oleh wakil krew
2. Bertolak ke Bukittinggi
3. Tempat menarik yang akan dilawati pada hari ini :
* Singgah di Air Terjun Anai dan Pusat Kebudayaan Minangkabau Village
* Pandai Sikek – Merupakan kampung yang terkenal dengan tenunan dan kayu – ukiran
4. Makan malam dan makan tengahari di restoran halal tempatan
5. Daftar masuk ke hotel di Bukittinggi
6. Aktiviti bebas
(Makan tengah hari, makan malam)
1. Sarapan pagi di hotel
2. Tempat menarik yang akan dilawati pada hari ini :
* Batusangkar iaitu merupakan negeri Minangkabau yang unik
* Kampung Baso dan membeli-belah di Hj. Rosma Embroidery
* Melawat industri rumah tempatan Kiniko yang popular dengan produk Pisang Salai dan Kopi tradisional
* Melawat Istana raja Pagaruyung dan Silinduang Bulan Palace
3. Kembali ke Bukittinggi
4. Aktiviti membeli belah di Pasar Atas dan Jam Gadang
5. Makan malam dan makan tengahari di restoran halal tempatan
6. Kembali ke penginapan
7. Aktiviti bebas
(Sarapan, makan tengah hari, makan malam)
1. Sarapan pagi di hotel
2. Tempat menarik yang akan dilawati pada hari ini :
* Taman Panorama, Lobang Jepang dan Sianok Canyon
* Kelok 9 ( Singgah di jambatan yang menghubungkan antara Pusat Sumatra dan Pantai Timur Sumatra
* Singgah di Harau Canyon atau air terjun Bunta
3. Kembali ke Bukittinggi
4. Makan malam dan makan tengahari di restoran halal tempatan
5. Kembali ke penginapan
6. Aktiviti Bebas
(sarapan, makan tengah hari, makan malam)
. Sarapan pagi di hotel
2. Daftar keluar hotel
3. Tempat menarik yang akan dilawati pada hari ini :
* Koto Gadang untuk melihat dan membeli aksesori silver
* Singgah di Puncak Lawang untuk melihat pemandangan Tasik Maninjau
* Melawat China Town, Pelabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang
4. Makan malam dan makan tengahari di restoran halal tempatan
5. Daftar masuk ke hotel di Padang
6. Aktiviti bebas
(sarapan, makan tengah hari, makan malam)
1. Sarapan pagi di hotel
2. Daftar keluar hotel
3. Aktiviti bebas
4. Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa untuk penerbangan pulang ke Malaysia
(Sarapan)
Feedback IPG Sultan Mizan, Besut
Tarikh Percutian : 26 – 30 Okt 2024
Lokasi Percutian : Padang & Bukittinggi 5H4M
“Alhamdulillah sepanjang pengurusan pakej dan perjalanan tour guide memang betul2 beri kerjasama yang sepenuhnya. Banyak permintaan2 kami yang pihak agensi boleh tunaikan.Yang paling best ialah tour guide disana yang memang betul2 sporting. Memang tak penat melayan kerenah2 kami sepanjang berada di sana. Harga pakej pun berpatutan dengan servis yang disediakan.very recommended 🙌🏻thanks sudi jadi tour konsultan dan tour guide kami” ~Miqdad Zahidi Bin Muhamad Zahid ( Pelajar Bidang Pendidikan Islam ). ~
Sebelum program –
i.agen sgt mesra Dan respon setiap soalan dgn sgt memuaskan
ii. Menghantar wakil untuk berunding agar win win situation berlaku.
iii. Harga juga reasonable sesuai dgn level pelanggan ( pelajar)
Semasa program –
i. Pemandu pelancong, kenderaan, tempat2 makan , penginapan – sangat memuaskan
ii. Boleh menerima perubahan jadual mengikut kehendak pelanggan dgn justifikasi yg sesuai
Selepas program –
i. Tidak mendesak agar diseelsaikan Baki bayaran . Namun Hal ini kena lihat kpd jenis pelanggan ..ada waktu Dan ketika perlu tegas dibimvangi tidak terus membayar Baki. Apa pun rundingan sgt penting
Cadangan Penambahbaikan –
i. Tempat2 yang dibawa untuk shopping kena lihat kpd jenis pelancong. Kalau level.pelajar, bawalah ke tempat2 yang murah spt pasar2 org kg. Bukan syarikat besar2 …
Boleh juga dibawa ke tempat besar2 atau mahal2 tapi selepas di bawa ke tempat murah2. ..
Apa pun Dari ranking 1- 10 , kami meletakkan di kedudukan 8.5 😊 ~ Dr Hjh Azizah Binti Hussin ( Pensyarah Kanan IPGKSM) ~
Yes it was fun! Great service!
Overall okay sangat pakej ini. Hotel best, makanan best. Thank you sangat ye
Salam.. kami dah pergi n slmat pulang.. apa pun terima kasih ye. Segala pengurusan berjalan lancar.. again tq..