'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Yogyakarta Indonesia 5 Hari 4 Malam

(4 Testimoni)
VALUE
DariRM770
VALUE
DariRM770
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

4331

Mudahkan Percutian Anda

  • 50,000+ Melancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I: No 1727, Level 17, Wisma Sunway, No.1 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. (+03-5526-7633)
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
5 Hari 4 Malam
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA / KLIA 2
LTA Adisutjip
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Percutian Pakej Yogyakarta Terbaik!
Promo Pakej Percutian Yogyakarta - June 2026

Nak bercuti ke Yogyakarta tapi tak mahu pening kepala? Pakej Yogyakarta 5H4M (Value) ini adalah jawapan paling tepat untuk anda!

Kenapa anda wajib rebut pakej ini?

  • Harga Mampu Milik: Hanya dengan bajet rendah, anda dapat penginapan selesa, pengangkutan peribadi, dan makan minum yang dijamin Halal.

  • Aktiviti Paling ‘Onz’: Rasai debaran Jeep Lava Tour di kaki Gunung Merapi, meluncur gondola di Pantai Timang, dan bergambar ala kayangan di HeHa Sky View.

  • Sejarah & Budaya: Terokai keajaiban dunia di Candi Borobudur dan Prambanan yang sangat memukau.

  • Shopping Sampai Puas: Kami bawa anda ke Jalan Malioboro untuk borong ole-ole dan batik dengan harga borong!

Pakej Yogyakarta Indonesia

Lupakan kerisauan tentang sesat jalan atau pengangkutan awam. Dengan private tour ini, anda akan dilayani oleh pemandu yang mesra dan berpengalaman. Sesuai sangat untuk percutian keluarga atau reunion kawan-kawan!

Jom tempah sekarang!

Perlepasan

  • K.Terbang ~ KLIA2 ~ Air Asia, Malindo
  • K.Terbang ~ KLIA ~ Malaysia Airlines

Persediaan

  • 3 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

  • Penginapan Bilik Standard (Guesthouse @ Hostel)
  • Pengangkutan Sepanjang Hari (Private Tour)
  • Hidangan Sarapan x 4
  • Tiket Lawatan Seperti Dalam Jadual Perjalanan
  • Pemandu Supir a.k.a pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk

  • Pemandu Pelancong Professional
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Insurans / Takaful Kembara
  • Tipping
  • Hidangan Tambahan (RM20 Per Hidangan)
  • Tambahan Lawatan Pilihan (Borobudur Temple Rm120/Pax)
  • Tiket Penerbangan (Boleh Disediakan)

Kelebihan

  • Mesra Muslim
  • Makanan Halal
  • Mudah Solat
  • Pemandu Pelancong
  • Privasi Kumpulan
Galeri
Tentatif Cadangan Pakej Yogyakarta 5 Hari 4 Malam

Hari PertamaKUALA LUMPUR - YOGYAKARTA

  • Tiba di Yogyakarta International Airport.

  • Tebing Breksi: Dahulunya merupakan kawasan perlombongan yang menjadi tarikan pelancongan popular dengan ukiran batu yang menarik serta pemandangan panorama bandar Yogyakarta.

  • Hutan Pinus Mangunan: Terkenal sebagai lokasi fotografi kerana keindahan pokok pinus yang tinggi dan landskap semula jadi yang cantik.

  • Hobbit House Mangunan: Menampilkan rumah kecil yang diinspirasikan daripada rumah hobbit dalam cerita fantasi.

  • Gumuk Pasir Parangkusumo: Kawasan yang unik dan jarang ditemui di Asia Tenggara. Pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti sandboarding dan banyak lagi.

  • Pantai Parangtritis: Paling terkenal di Yogyakarta dengan ombak yang kuat, pantai yang luas serta pemandangan matahari terbenam yang indah.

  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Yogyakarta.

 

Hari KeduaYOGYAKARTA - LAWATAN GUNUNG MERAPI & CANDI

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lava Tour Gunung Merapi: Pengalaman menaiki kenderaan jeep untuk meneroka kawasan sekitar Lava Tour Gunung Merapi yang terkesan akibat letusan gunung berapi.

  • Candi Borobudur: Kuil Buddha terbesar di dunia dan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Candi Borobudur dibina pada abad ke-9 dan terkenal dengan seni ukiran batu serta struktur stupa yang mengagumkan.

  • Candi Mendut: Candi Buddha yang bersejarah dan menempatkan patung Buddha yang besar di dalamnya serta ukiran relief yang indah.

  • Candi Pawon: Sebuah candi kecil yang terletak di antara Candi Borobudur dan Candi Mendut dan dipercayai mempunyai kaitan dalam laluan upacara keagamaan pada zaman dahulu.

  • Kembali ke bandar Yogyakarta dan membeli-belah barangan tempatan seperti batik, kraftangan dan cenderamata.

  • Kembali ke hotel dan bermalam di Yogyakarta.

Hari Ke TigaYOGYAKARTA

  • Sarapan pagi di hotel.

  • Keraton Yogyakarta: Istana rasmi Sultan Yogyakarta yang juga menjadi pusat kebudayaan Jawa. Di sini boleh mempelajari sejarah, budaya serta tradisi diraja Yogyakarta.

  • Taman Sari Water Castle: Dahulunya digunakan sebagai tempat permandian dan rekreasi keluarga diraja. Ia mempunyai seni bina unik serta terowong bawah tanah.

  • Kalibiru National Park (Kulon Progo): Kawasan eko-pelancongan yang terletak di kawasan perbukitan dengan pemandangan indah ke arah Empangan Sermo.

  • Pasar Beringharjo: Pasar tradisional tertua di Yogyakarta yang menjual pelbagai barangan seperti batik, cenderamata, pakaian tradisional serta makanan tempatan.

  • Kembali ke hotel dan bermalam di Yogyakarta.

Hari Ke EmpatGUNUNG KIDAL

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak ke Gunung Kidul.

  • Pantai Timang: Terkenal dengan tebing batu yang dramatik serta gondola kayu tradisional yang digunakan oleh nelayan untuk menyeberang ke pulau kecil berhampiran (aktiviti gondola tidak termasuk dalam pakej).

  • Air Terjun Sri Gethuk: Terletak di kawasan lembah batu kapur dan dikelilingi kehijauan alam semula.

  • Rancang Kencana Café: Menikmati kopi dan suasana santai dan permandangan semula jadi di Rancang Kencana Café.

  • Bermalam di hotel.

Hari Ke LimaYOGYAKARTA - KUALA LUMPUR

  • Sarapan pagi dan daftar keluar.

  • Bertolak ke Yogyakarta International Airport

 
Peta

[Panduan Lengkap] Tempat & Aktiviti Menarik di Yogyakarta Indonesia

Ketahui Lebih Lanjut Sejarah menarik di Yogyakarta

Berikut adalah 10 destinasi percutian yang menyeronokkan di Yogyakarta:

  • Candi Borobudur: Ini adalah salah satu kuil Buddha yang paling terkenal di dunia, dan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia dibina pada abad ke-9 dan menampilkan ukiran dan patung yang rumit.

 

  • Candi Prambanan: Ini adalah kompleks candi Hindu yang dibina pada abad ke-9. Ia juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menampilkan seni bina dan arca yang indah.

 

  • Taman Sari (Water Castle): Ini adalah bekas kompleks taman diraja yang dibina pada abad ke-18. Ia mempunyai tasik buatan yang besar, kolam mandi dan terowong bawah tanah.

 

  • Gunung Merapi: Ini adalah gunung berapi aktif yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta. Ia merupakan destinasi popular untuk mendaki dan trekking, serta menawarkan pemandangan kawasan sekitar yang menakjubkan.

 

  • Kraton (Istana Sultan): Ini adalah istana sultan Yogyakarta sekarang dan ia adalah kompleks bangunan, halaman dan taman. Ia juga merupakan pusat kebudayaan Jawa dan sekolah seni tradisional.

 

  • Kuil Ratu Boko: Ini adalah kuil Hindu abad ke-8 yang menampilkan ukiran dan patung yang cantik. Ia terletak di puncak bukit dan menawarkan pemandangan indah kawasan sekitarnya.

 

  • Jalan Malioboro: Ini adalah jalan membeli-belah yang terkenal di Yogyakarta, terkenal dengan pasar tradisional dan penjual jalanan.

 

  • Pantai Timang: Ini adalah pantai kecil yang terletak di Kabupaten Gunung Kidul, terkenal dengan gondola tradisional dan pemandangan yang indah.

 

  • Goa Pindul: Ini adalah gua dengan sungai bawah tanah yang mengalir melaluinya. Ia adalah tempat yang popular untuk berakit dan menerokai gua.

 

  • Pantai Parangtritis: Ini adalah pantai popular yang terletak di selatan Yogyakarta. Ia terkenal dengan matahari terbenam yang indah dan berdekatan dengan Kuil Ratu Boko dan tapak bersejarah lain.
4 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Rozahnizam Mohd Ghazali

Pelancong Berkeluarga

“Service Hadigo Travel & Tours memang tip top! Mudah deal, cepat respon, semua berjalan lancar masa trip. Dah rasa macam travel dengan kawan sendiri. Thanks Hadigo, nanti nak join lagi 🫶.”

03/10/2025
Avatar of Hadi

Amni Najiha

Pelancong Berkumpulan

Our trip to Yogyakarta was truly an incredible experience, filled with breathtaking scenery, rich culture, and memorable adventures. From start to finish, everything was well-planned and enjoyable.
One of the highlights was exploring Gumuk Pasir, where we hopped on a jeep and cruised along the sandy hills, enjoying the fresh coastal breeze on our way to Pantai Parangtritis. The combination of sea air and the thrill of riding across rolling sand dunes made it an experience to remember.
Another magical stop was Pulau Timang, where the vast stretch of the blue ocean met rugged coral formations, truly a sight that left us in awe. As evening fell, we headed to Heha Sky View, where the sparkling city lights of Yogyakarta spread out beneath us like a sea of stars, creating the perfect backdrop for a relaxing night.
Of course, no trip to Yogyakarta would be complete without visiting Candi Borobudur, the largest Buddhist temple in Indonesia. Standing before its majestic architecture and intricate carvings felt like stepping into a page of history.
Our adventure continued with a thrilling jeep ride up Gunung Merapi, Indonesia’s most active volcano. The rugged journey was both exciting and humbling, especially when we visited the nearby museum that vividly told the story of the devastating 2010 eruption.
From cultural heritage to natural wonders, every moment in Yogyakarta was filled with discovery and excitement, a journey we’ll treasure for a lifetime.

But what truly made this trip outstanding was our tour guide. He gave us clear and fascinating explanations about Yogyakarta’s history and culture, making every place come alive with stories. On top of that, he ensured we had a smooth journey by selecting great restaurants, preparing a clear itinerary, and always being friendly and approachable to every tourist. His effort and warm personality turned a great trip into an unforgettable one.
If you’re planning a visit to Yogyakarta, I highly recommend experiencing these amazing destinations and with the right guide, your journey will be even more meaningful.

20/09/2025
Avatar of Hadi

Alias Ali

Pelancong Berkeluarga

Trip berjalan lancar. Flight delay sejam tp ground arrangement cun timing pun cantik. Tq to Atiqah aturkan percutian kami. Terima kasih Hadigo atas servis memuaskan. Kami sekeluarga berpuas hati. Next time repeat next trip. 😀

01/10/2024
Avatar of Hadi

Puan Rohila

Pelancong Berpasangan

Hotel sgt ok- selesa n makanan byk pilihan
Pak Didi sgt ok- melayan semua kerenah kami dan jd juru foto kami 😊
Tempat makan – Guola Klapa sgt ok ( rekomended)
Terima kasih tolong selesaikan masalah kami semasa nak ke Jogja
Pantas dan cekap
Pengalaman yg mahal kerana terpaksa beli tiket lagi 😢
Tapi dapat merasai pengalaman bermalam di Bali walau satu malam sahaja 😍

08/01/2024
6 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM770
Book Now