fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Pengembara Atau Pelancong: 10 Perkara Utama Membezakan Mereka

Travelers leaving airport are wearing protective masks.

Anda seorang pengembara (traveler) atau seorang pelancong? Pada satu masa sewaktu perjalanan ke sesuatu tempat, anda pasti terfikir apakah perbezaan antara pengembara dan pelancong.

Apabila anda bertanya kepada orang tentang persoalan ini, terdapat pelbagai jenis pendapat. Ada yang akan mengatakan bahawa pelancong hanya ingin bercuti manakala pengembara mencari sesuatu dalam perjalanan mereka. Di sini saya akan menerangkan 10 perkara utama yang membezakan pengembara dan pelancong yang anda ingin tahu.

Pemahaman Pengembara Di Tempat Orang

Tidak ada jalan yang susah untuk mengembara, tetapi ada jalan untuk memudahkannya. Pelancong adalah orang yang pergi ke sesuatu tempat hanya untuk menyatakan yang mereka sudah sampai ke sana manakala pengembara apabila sudah sampai ke sesuatu tempat, mereka akan cuba sesuatu pengalaman yang baru dan akan cuba sedaya upaya untuk menikmati pemandangan di tempat orang.

Orang yang mengembara akan cuba sesuatu yang baru. Pelancong tidak mengambil peluang yang ada dan pengembara akan cuba mencari peluang yang mungkin tidak dapat di tempat lain.

Perbandingan Pengembara & Pelancong

Penglibatan Pelancong Di Tempat Orang

selfie stick, bergerak ke sana sini dengan peta di tangan serta memakai sandal akan menjadikan masyarakat setempat kadang-kadang memandang pelik terhadap pelancong seperti ini.

Pelancong akan sentiasa secara tidak sengaja menonjolkan diri mereka. Bagi pengembara, mereka akan cuba untuk menjadi masyarakat setempat dan mereka cuba untuk beramah mesra supaya mereka lebih memahami gaya hidup masyarakat di sesuatu tempat.

Pemakanan Pengembara Di Kawasan Orang

Pemakanan semasa berada di negara orang dapat membezakan antara pelancong dan pengembara. Pelancong yang datang ke negara orang hanya akan menerima makanan yang disediakan sahaja dan biasanya mewah kerana mereka cuba mengelak daripada pemakanan yang tidak sihat.

Manakala pengembara akan cuba pelbagai jenis makanan yang ada tanpa mengira apa-apa kesan supaya mereka dapat memahami cara pemakanan penduduk setempat.

Hidup Sosial

Pelancong yang datang ke tempat orang biasanya hanya akan bergaul dengan rakan mereka sahaja tanpa menghiraukan orang lain yang mereka tidak kenali. Mereka tidak akan cuba untuk keluar dan berjumpa dengan orang lain.

Pengembara pula akan mengenali orang setempat dengan lebih rapat untuk mempelajari cara mereka hidup dan mencari info tentang bandar yang mereka sedang duduki dan bertanya perkara-perkara unik yang terdapat di sesuatu tempat.

Little traveler with backpack pushing baggage cart with large suitcases and toy in airport lounge

Pemakaian Semasa Berada Di Tempat Orang

Pemakaian juga dapat dibezakan antara pelancong dan pengembara kerana pelancong hanya akan memakai yang mereka rasa sesuai dengan mereka sahaja. Perkara ini kadang-kadang mengundang rasa kurang hormat dengan masyarakat setempat disebabkan oleh budaya dan agama mereka.

Pengembara merupakan seorang yang bijak dan mereka lebih mengetahui tentang gaya yang perlu ada serta barang yang akan memberikan mereka keselesaan semasa berada di dalam sesuatu budaya yang baru.

Bahasa Yang Digunakan

Pelancong amat jarang menggunakan perkataan yang datang daripada bahasa masyarakat luar kerana mereka fikir tidak perlu dan akan membuang masa mereka sahaja.

Pengembara pula akan cuba belajar walaupun dua perkataan seperti “terima kasih” dan “hello”. Perkara ini akan membuatkan masyarakat setempat berasa gembira dan kagum. Hubungan masyarakat setempat dengan orang luar juga akan bertambah erat.

Oleh itu, jika anda seorang pelancong, ambilah peluang ini untuk beramah mesra sambil mempelajari bahasa baru, walaupun hanya dengan beberapa perkataan. 고마워요!

Traveler with backpack near the canyon. side view

Pemandu Arah Di Tempat Orang

Lokasi sesuatu tempat amat penting bagi pelancong dan pengembara kerana tempat adalah matlamat utama mereka. Bagi pelancong, mereka akan bergantung kepada peta atau pemandu pelancong yang mereka sudah beli atau lantik sewaktu berada di lapangan terbang dan kadang-kadang mereka akan kehilangan cabaran menerokai tempat orang.

Bagi pengembara pula, mereka akan mempercayai naluri mereka dan meneroka tempat dengan sendiri. Mereka tidak akan takut untuk sesat kerana apabila sesat, ianya merupakan suatu cabaran yang perlu mereka tempuh dengan perasaan gembira. Namun begitu, sisi bahayanya pula jika tidak ada perancangan yang baik anda pengembara yang dungu boleh sahaja masuk ke kawasan hitam yang mengancam nyawa mereka seperti kawasan jenayah tinggi atau kawasan perang.

Cenderamata Yang Perlu Dibawa Pulang

Pelancong dengan mudah akan tertarik kepada pelbagai jenis kedai cenderamata sedang mereka berjalan-jalan. Mereka akan fikir barang itu merupakan sesuatu yang sangat berharga bagi negara itu dan tidak kisah untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk dapatkan barang itu.

Tidak bagi pengembara kerana mereka akan pergi ke semua kedai yang ada dan membuat penilaian mereka sendiri serta cuba mencari barang yang betul-betul berharga supaya mereka dapat membawa pulang walaupun dengan harga yang murah.

Young man walking on the busy street full of shops - Chiang Mai, Thailand

Penempatan Di Negara Orang

Apabila sampai ke negara orang, penginapan merupakan perkara yang sangat penting dan menjadi keutamaan bagi pelancong dan juga pengembara. Pelancong yang datang akan memikirkan untuk duduk di hotel yang mudah dan selesa sahaja dan juga makanan disediakan.

Bagi pengembara, mereka tidak memikirkan bajet yang tinggi untuk penginapan dan hanya menginap di hotel-hotel yang murah atau tidur di dalam khemah sahaja.

Barang Yang Ingin Dibawa

Bagi pelancong dan pengembara, barang yang perlu dibawa adalah sangat penting dan ianya keperluan bagi mereka. Pelancong banyak membawa barang yang tidak menjadi keperluan utama bagi mereka seperti laptop, peta dan barang yang lain.

Mereka akan merasa tidak dapat hidup jika tiada barang seperti ini. Bagi pengembara, mereka membawa keperluan yang sedikit dan hanya menjadi keperluan utama bagi mereka. Berjumpa dengan orang dan meneroka apa yang ada di tempat orang yang akan menjadi kepentingan mereka.

Young woman with a retro camera outdoors

Walaubagaimanpun, tiada yang salah atau betul dalam kedua-dua situasi ini. Hal ini kerana pelancong biasanya mempunyai masa yang singkat untuk bercuti, disebabkan itu mereka akan memilih penjimatan masa dengan pergi ke tempat-tempat menarik sahaja di sesebuah destinasi.

Begitu juga dengan penginapan dan pemilihan makanan, pastinya pelancong inginkan yang terbaik dengan bajet mereka. Oleh sebab itu juga, bagi menjimatkan masa, pelancong akan mencari konsultan pelancongan yang bertauliah untuk menguruskan masa percutian mereka. Bahkan melantik pengurusan pelancongan untuk menyediakan keseluruhan pakej percutian mereka dari tempahan tiket penerbangan hinggalah ke pelan perlindungan perjalanan.

Manakala pengembara pula biasanya mempunyai banyak masa untuk mengkaji setiap maklumat penting diperlukan bagi perjalanan mereka, menempah tiket murah ketika jualan musim dan biasanya tidak terikat dengan kerja waktu pejabat. Hal ini memerlukan perancangan masa yang panjang dan memenatkan untuk membuat kajian.

Oleh itu, tidak kisalah anda seorang pengembara atau pelancong, perkara yang paling penting adalah menjaga adab dan sikap ketika berada di tempat orang, hormati orang yang berada disekeliling dan ambilah peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Boleh jadi apa yang anda jumpa di negara orang menjadi penemuan yang berharga bagi hidup anda.

Daripada kelebihan dan kekurangan yang dinyatakan diatas, bagaimana jika anda pilihan mana yang terbaik untuk perancangan percutian dan perjalanan anda supaya menjadi memori indah yang anda inginkan selama ini.

Tepuk dada,tanyalah selera!

Baca Artikel Selanjutnya: 3 Tips Melancong: Persediaan Menghadapi Kecemasan [Panduan Penting]

Avatar of Hadi
About the author

Melancong.my: Laman online pakej percutian disediakan oleh Hadi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman.

Berikan Komen


Anda ada soalan?

Jangan segan untuk menghubungi kami. Khidmat mesra kami sedia membantu anda.

+601-7353-6884

email@melancong.my