fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Bahaya Menanti Dalam Percutian Anda [Panduan Penting]

Bahaya Yang Menanti Dalam Percutian Anda

Bagaimana ingin menghadapi situasi jika berlaku kesilapan di luar negara?

Kehilangan passport, telefon atau dompet adalah cara yang dijamin akan merosakkan percutian anda, atau sekurang-kurangnya membuatkan anda hilang mood untuk satu atau dua jam.

Tapi apa yang anda perlu buat jika sesuatu yang teruk berlaku? Dengan nasihat terus dari Pejabat Luar Negeri, kami telah meletakkan bersama-sama panduan untuk membantu anda menghadapi perkara yang tidak mengikut pelan semasa anda bercuti.


Apa yang perlu anda buat jika anda kehilangan passport?

Walaupun kehilangan passport anda di luar negara bukan sesuatu yang kami syorkan, ia bukan bermaksud dunia sudah berakhir walaupun anda perlu berhubung dengan pejabat konsul tempatan anda dengan seberapa segera yang mungkin.

“Jika passport anda hilang atau dicuri, konsulat kami mungkin dapat menyediakan anda dengan dokumen perjalanan kecemasan untuk membolehkan anda balik ke tempat anda, tapi ini merupakan sesuatu yang anda perlu bayar,”

Menurut Jabatan Komunikasi Pejabat Luar Negeri, elakkan daripada hilang di tempat pertama.

“Simpan passport anda di hotel tempat anda duduk, atau jika ini tidak mungkin, pastikan berada jauh dari pandangan dan simpan didalam poket zip,”


Apa yang perlu anda buat jika dompet anda hilang atau dicuri?

Jika anda hilang beg duit atau dompet, keutamaan pertama anda ialah sentiasa batalkan kad bank anda.

“Kami menasihati orang ramai untuk menghubungi bank mereka dengan segera untuk batalkan kad mereka dan laporkan kejadian itu kepada polis tempatan,”

Menurut Jabatan Komunikasi pejabat Luar Negeri

“Jika diperlukan, konsulat boleh membantu anda menghubungi rakan dan keluarga untuk mendapatkan pindahan wang. Tetapi pelancong perlu sentiasa sentiasa cuba untuk menyimpan sedikit wang tunai untuk kecemasan di penginapan mereka.”


Apa yang perlu anda buat jika kehilangan telefon mudah alih?

Jika anda kehilangan telefon semasa anda di luar negara, perkara yang paling penting adalah membatalkan kontrak anda secepat mungkin.

Jika tidak, orang lain akan gunakannya dan anda akan bertanggungjawab ke atas sebarang bayaran yang ditanggung.

Jika anda mempunyai peluang untuk menjumpainya, anda hanya perlu meminta pembekal khidmat anda untuk menyekat line telefon anda buat sementara waktu supaya anda boleh menggunakannya semula selepas dijumpai.

Bahaya Menanti Dalam Percutian Anda [Panduan Penting]

Apa yang perlu anda buat jika berada di hospital?

Jika penyakit atau kecederaan yang serius anda tinggal di hospital dan memerlukan bantuan menghubungi orang tersayang atau mengatur perjalanan pulang anda, kakitangan di konsulat tempatan akan sentiasa membantu.

“Jika anda dimasukkan di hospital, kami berhasrat untuk menghubungi anda dalam masa 24 jam setelah diberitahu. Kemudian kami akan membuat penilaian untuk memberikan bantuan mengikut keperluan anda. Ini juga termasuk lawatan ke hospital itu.”


Apa yang akan terjadi jika saya cedera dan saya tidak mempunyai insurans perjalanan?

Satu senario dimana anda tidak boleh mengharapkan bantuan yang banyak.

Jumlah pelancong cedera yang semakin banyak menubuhkan laman ‘crowd-funding’ dari katil hospital mereka adalah satu peringatan bahawa insurans masih sesuatau yang ramai orang lupa untuk beli, walaupun pada hakikatnya bahawa insurans untuk seminggu hanya berkos beberapa ringgit sahaja.

Jika anda bercadang untuk mengabaikan ia, jangan mengharapkan bantuan kewangan daripada Pejabat Luar Negeri.

“Orang ramai perlu memastikan mereka dilindungi untuk mana-mana bil perubatan kerana konsulat tidak boleh membayar untuk anda,”

Amaran dari Jabatan.

“Setiap orang harus mengambil insurans perjalanan sebelum membuat perjalanan dan memastikan ia meliputi segala aktiviti yang dilakukan,” 


Apakah perkara yang Pejabat Luar Negeri tidak boleh membantu anda?

Ketahui apa yang Pejabat Luar Negeri boleh dan tidak boleh bantu menyelamatkan anda dari membuangan masa dan usaha.

“Kami menerima banyak pertanyaan dari warga bukan Malaysia tentang mendapatkan visa sebagai contoh, tapi ini diuruskan oleh rakan-rakan di Visa dan Imigresen Malaysia,”

“Pusat perhubungan kami menerima pelbagai jenis pertanyaan. Kami juga mendapat permintaan yang pelik pada masa lalu.

Seorang wanita meminta kami mencadangkan chef yang boleh memasak dengan sedap; kami juga menerima panggilan daripada seorang lelaki yang bertanya kepada kami sama ada kami boleh membantu merawat kaki kucing beliau yang dijangkiti.”

Akhir sekali, perlu diingat bahawa walaupun kakitangan di konsulat Pejabat Luar mungkin juga dapat memberikan bantuan dalam pelbagai senario, jika anda menyalahi undang-undang di negara yang anda lawati, hanya sedikit sahaja yang mereka boleh bantu.

“Kami boleh memberikan maklumat umum tentang polis tempatan dan prosedur undang-undang,”

terang Jabatan.

“Tapi kami tidak boleh campur tangan penyiasatan jenayah atau proses undang-undang negara lain atau beri nasihat undang-undang, walaupun kami boleh cadangkan dimana untuk mendapatkannya.”

Avatar of Hadi
About the author

Melancong.my: Laman online pakej percutian disediakan oleh Hadi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman.

Berikan Komen


Melancong Melancong.my adalah laman menyediakan pakej-pakej percutian berkualiti yang dimilik oleh Hadigo Travel & Tours. Menyediakan perkhidmatan rundingan percutian diseluruh Malaysia secara atas talian. Anda kini boleh menempah percutian secara online. Tourism Malaysia Matta