fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

3 Tips Melancong: Persediaan Menghadapi Kecemasan [Panduan Penting]

Anda mungkin sudah melengkapkan diri dengan buku panduan melancong anda, pakaian ganti malahan mungkin juga bantal belon untuk leher anda semasa penerbangan, namun bersediakah dengan bencana tanpa diduga, yang boleh merosakkan aktiviti pelancongan anda?

Andai Kata Pasport Anda Hilang?

Mengelakkan diri dari memikirkan tentang sesuatu bencana itu tidak menjamin anda akan bebas daripada mengalami masalah atau berhadapan musibah semasa melancong. Contohnya, pasport anda hilang atau dicuri orang atau anda patah kaki semasa melancong di India, persediaan yang cukup pasti dapat meringankan bebanan yang anda hadapi.

Adalah digalakkan untuk anda menyimpan artikel ini sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani bencana semasa melancong tidak kira kecil atau besar, dan membawanya bersama dalam aktiviti pelancongan yang bakal dirancang pada masa akan datang.

Pasport-Hilang

Dan sebelum bertolak, pastikan anda telah mengambil langkah-langkah yang wajar – seperti melabelkan bagasi dan membawa bersama salinan surat beranak  – bagi membantu menangani masalah yang mungkin timbul semasa melancong.

Dengan mengetahui apa tindakan yang anda boleh lakukan seandainya berhadapan dengan tragedi sedemikian, ianya dapat menjimatkan masa dan wang, malahan menyelamatkan aktiviti pelancongan daripada malapetaka.

Adalah menjadi mimpi ngeri bagi sesiapa yang melancong: membuka beg tangan, beg galas atau beg duit dan mendapati bahawa pasport anda telah hilang. Tidak kira ianya hilang atau dicuri – anda mungkin tidak akan tahu sampai bila-bila apa yang telah berlaku kepada buku merah itu – namun tindakan anda hendaklah sama:

Bertindak sekarang juga! Ya, ada kemungkinan kecil anda akan kembali ke bilik hotel dan mencari pasport di bawah katil. Jadi, kembalilah ke bilik hotel anda dan cari dari sudut ke sudut secepat mungkin akan pasport itu, dan hubungi kedutaan seandainya pasport anda telah hilang.

Kehilangan Pasport Perjalanan

Apa perlu dilakukan:

Hubungi pihak polis dan kemudian kedutaan negara Malaysia yang berada di negara tersebut. Anda perlu hadir sendiri ke kedutaan untuk memohon passport kecemasan bagi membolehkan anda kembali pulang ke tanahair. Pasport kecemasan hanya sah untuk masa yang terhad, jadi apabila anda sudah berada di Malaysia, perlulah segera memohon pasport yang baru.

Sebelum anda meninggalkan rumah, sediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi mendapatkan pasport kecemasan; seperti yang dinyatakan di bawah. Jika tidak memiliki segala yang diperlukan, anda mungkin perlu menyerahkan kenyataan laporan atau bukti bagi menyatakan saksi.

Ini akan diisi oleh pelancong senegara yang lain (rakan/ ahli keluarga yang melancong bersama), yang boleh membuktikan bahawa anda adalah diri anda seperti yang anda nyatakan.

Bagaimana untuk Bersedia:

Sediakan “kit pasport kecemasan” untuk dibawa semasa melancong. Prosedur untuk mendapatkan passport kecemasan adalah berbeza-beza bergantung kepada negara yang anda kunjungi, namun ini adalah antara yang mungkin anda perlukan:

  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Gambar Kad Pengenalan Diri
  • Bukti kerakyatan negara Malaysia (seperti salinan surat beranak atau passport yang hilang terbabit)
  • Notis perjalanan (jadual penerbangan, tiket kapal dan sebagainya)

Adalah disyorkan untuk anda membuat salinan pasport dan meletakkannya di tempat lain selain daripada tempat simpanan biasa anda (anda malahan boleh menyimpan salinan PDF di dalam telefon pintar anda).

Percayalah – anda pasti akan amat bersyukur dengan bertindak sedemikian seandainya pasport hilang dan anda perlu berurusan pula dengan kecelaruan untuk menggantikannya.

Tips Melancong

Persediaan adalah kunci utama untuk percutian selamat

Tahukah anda, kini dengan kemudahan jaringan internet dan ‘ Cloud Technology’ anda boleh menyimpan salinan dokumen-dokumen penting di storan online yang boleh didapatkan secara percuma seperti Dropbox, Google Drive, Microsoft Drive dan banyak lagi.

Jika sekiranya pasport dan gajet atau segala barangan dan bagasi anda hilang, iaitu sekiranya anda sehelai sepinggang, storan ‘cloud’ ini adalah penyelamat untuk anda. 

Bagaimana Kalau Beg Bagasi Anda Hilang?

Insurans perjalanan merupakan salah satu jaringan keselamatan tambahan dalam sesetengah keadaan, terutamanya meliputi terlepas penerbangan. Walaupun ia mungkin tidak melindungi keadaan jika anda yang terlewat, iaitu ternyata ia merupakan kesalahan anda sendiri. Namun insurans perjalanan boleh membantu jika anda terlepas perjalanan atas sebab-sebab seperti penyakit, bencana alam atau kemalangan kereta.

Pelbagai beg bagasi meluncur di atas laluan conveyer ala-ala barisan barangan makanan di kaunter pembayaran. Namun, di mana bagasi milik anda? Meskipun anda sudah membungkus bagasi dengan pita pelekat berwarna oren agar mudah dilihat dan dibezakan, anda masih gagal menemuinya.

Dan setelah penumpang terakhir mendapatkan bagasi terakhir dari atas laluan conveyer, anda terus menyedari: syarikat penerbangan terbabit telah kehilangan bagasi anda.

Apa perlu dilakukan:

Pastikan anda memiliki tiket tuntutan bagasi. Kebiasaannya ia akan dilekat bersama tiket anda. Tanpa tiket tuntutan bagasi ini, keadaan akan menjadi agak sukar untuk anda. Dalam situasi kehilangan bagasi ini, syarikat penerbangan anda mungkin sekali memiliki kaunter atau pejabat di kawasan tuntutan bagasi; pergi ke sana dengan segera dan isikan borang “bagasi hilang”. Jika bagasi anda hilang dan syarikat penerbangan tersebut gagal mendapatkkannya kembali, anda boleh memfailkan tuntutan ganti rugi.

Dalam kes ini, anda mungkin perlu membuat satu senarai barangan yang terkandung dalam bagasi sebelum ini. Anda akan mendapat nilai ganti susut (bukan barangan ganti) untuk barang-barang anda yang hilang. Ini bermakna kasut RM200 yang berusia 2-tahun tidak lagi bernilai RM200.

Bagaimana untuk bersedia:

Untuk mengelakkan (sebanyak yang anda mampu) bagasi anda daripada hilang, keluarkan apa-apa tag luaran pada beg anda yang mungkin sekali mengelirukan mesin skan lapangan terbang tersebut.

Selain itu, pastikan untuk tidak pek apa-apa barangan berharga atau penting dalam beg yang akan dimasukkan ke dalam kargo, dan seperti yang dinyatakan di atas, bawakan pakaian ganti dalam beg galas anda.

Pastikan nama dan alamat anda dilabel dengan jelasnya di bahagian luar bagi setiap bagasi yang ada, dan letakkan label yang mengandungi maklumat perhubungan anda di bahagian dalam bagasi untuk mengelakkan situasi tag yang di bahagian luar terkoyak. Pastikan anda menyimpan tiket tuntutan bagasi anda!

Bagaimana Kalau Anda Jatuh Sakit?

Mendapatkan bantuan kesihatan di negara luar boleh menjadi sesuatu yang amat mengejutkan dan rasa berbeza sama-sekali. Samada anda menemui doktor yang tidak boleh berbahasa Inggeris atau anda sama sekali tidak memahami prosedur bagi hospital asing yang anda kunjungi.

Jatuh sakit dan berada jauh dari hospital atau rumah sakit yang kita biasa boleh menjadi sesuatu pengalaman yang amat menakutkan. Pendekatan terbaik untuk menangani penyakit atau kecederaaan semasa dalam pelancongan adalah untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan ianya boleh berlaku.

Adalah amat penting untuk membuat mencari maklumat berkenaan nombor kecemasan negara anda, nombor telefon dan alamat kedutaan dan juga doktor, serta hospital negara destinasi yang boleh berbahasa Inggeris sebelum perjalanan anda.

Apa perlu dilakukan:

Jika anda tercedera atau sakit, hubungi pembekal penjagaan kesihatan sesegera yang mungkin. Hubungi doktor peribadi andainya anda kehilangan atau bakal kehabisan ubat yang penting; dia boleh membuat panggilan preskripsi ke farmasi tempatan.

Jika anda berada di hotel dan kecederaan atau penyakit yang tidak mencemaskan muncul, hubungi meja kaunter. Concierge mungkin boleh mengaturkan doktor untuk datang ke hotel terbabit.

Untuk penjagaan hospital, dapatkan teksi ke hospital tempatan (hotel anda boleh mengesyorkan hospital kepada anda jika anda masih belum menemuinya) atau hubungi nombor kecemasan tempatan yang ada — sesebuah buku panduan yang baik pasti memiliki pengisian ini.

Sakit-Ketika-Melancong

Adalah amat penting untuk anda sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan kecemasan melibatkan perubatan jika anda melancong bersama kanak-kanak; jika anda sedia ada memiliki masalah kesihatan atau anda sedang melancong bersama dengan seseorang yang sedemikian; atau jika aktiviti pelancongan anda melibatkan aktiviti lasak seperti menunggang kuda, mendaki gunung, dan sebagainya yang boleh dikatakan berisiko tinggi mengalami kecederaan.

Jika anda berkhemah atau meluangkan masa di destinasi pelancongan yang kurang maju (di mana anda boleh mengalami masalah sakit perut), anda perlu juga sentiasa bersedia.

Bagaimana untuk bersedia:

Jika anda melancong ke luar negara, buat carian akan kedutaan negara Malaysia di negara yang anda bakal kunjungi; laman web mereka biasanya akan menyenaraikan pakar-pakar perubatan dan hospital.

Jika anda melancong dalam negara pula, hubungi syarikat insurans anda bagi mendapatkan senarai hospital-hospital dan doktor-doktor yang berada dalam destinasi anda (anda mungkin perlu bertindak beberapa minggu lebih awal kerana syarikat insuran mungkin akan menghantar senarai tersebut melalui surat).

Simpan maklumat berikut dan simpankan ia bersama-sama anda:

  • Nombor telefon rumah/ peribadi/ pejabat doktor anda
  • Maklumat perhubungan syarikat insurans anda
  • Maklumat perhubungan kedutaan negara yang anda bakal kunjungi
  • Nombor perhubungan saudara terdekat anda, terutamanya jika anda melancong bersendirian.
Tips Keselamatan Paling Penting

Sila berjaga-jaga dengan sebarang risiko penyakit di negara destinasi pelancongan anda, dan dapatkan suntikan imunisasi sebelum anda bertolak

Jika anda berkhemah atau menetap di kawasan yang agak terpencil, lengkapkan diri dengan kit pertolongan cemas. Juga, jangan lupa untuk menyerahkan salinan jadual aktiviti pelancongan anda kepada seseorang di rumah; dengan cara ini, andai ada apa-apa berlaku kepada anda dan anda tidak dapat membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan perubatan, seseorang akan tahu dimana untuk mencari anda.

Akhir sekali, pertimbangkan untuk mendapatkan insurans perjalanan yang merangkumi perlindungan pemindahan perubatan; diterbangkan keluar dari destinasi yang serba tidak lengkap untuk merawat kecederaan atau penyakit anda boleh menjadi sangat penting dan amat mahal.

Avatar of Hadi
About the author

Melancong.my: Laman online pakej percutian disediakan oleh Hadi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman.

Berikan Komen