Pada zaman teknologi seperti sekarang, Wi-Fi dan sebuah telefon bimbit boleh melakukan jauh lebih banyak pekerjaan di dalam kapal terbang berbanding dengan sebuah desktop berusia lebih 5 tahun.
Traveler bisnes boleh mencipta suasana kerja yang sama dengan rakan sekerja yang berada di pejabat dengan hanya memiliki aksesori elektronik yang boleh membantu menyelesaikan pekerjaan hanya dengan menggunakan telefon bimbit.
Apabila setiap ruang di muka bumi ini boleh dikatakan mempunyai talian internet, tinggal satu sahaja faktor yang memisahkan antara kita dengan kerja; bateri telefon habis.
Jadi, kita memerlukan sumber tenaga yang senang dibawa ke mana-mana iaitu powerbank. Powerbank mudah alih adalah aksesori telefon bimbit nombor satu yang perlu dibawa semasa travel. Ia boleh dianggap penyelamat semasa perjalanan antarabangsa.
Powerbank dengan saiz sebesar telefon pintar adalah pilihan yang tepat untuk mengecas telefon bimbit sehingga 5 kali atau 2 kali untuk tablet, bergantung kepada model.
Traveler boleh mengawal banyak perkara semasa trip sedang berjalan, tapi bukan bunyi yang mengganggu di sekelilingnya.
Walaubagaimanapun, kita boleh mengelakkan bunyi seperti bunyi perbualan dalam pesawat dengan mencipta persekitaran akustik menggunakan sepasang headphone kalis bunyi.
Fon kepala ini sangat sesuai digunakan untuk mendengar lagu motivasi atau mencipta dunia sendiri sepanjang tempoh penerbangan.
Apabila kita menyimpan terlalu banyak data seperti persembahan Powerpoint atau video HD dalam telefon bimbit, telefon bimbit akan mula menjadi perlahan.
Situasi ini boleh kita kurangkan dengan menyimpan data dalam external hard drive (cakera keras luar). Cakera keras mudah alih dengan kapasiti sehingga 2 terabit ini mudah didapati secara online.
Yang terkini, cakera keras didatangkan dengan teknologi built-in encryption yang memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk dokumen perniagaan yang penting.
Dengan mendapatkan cakera keras dengan built-in wifi pula, kita tidak lagi memerlukan wayar tambahan untuk memindahkan dokumen dari telefon atau tablet.
Jika kita pengguna iPhone, kita boleh membeli iCloud Storage Plan bermula hanya dari $0.99 sebulan.
Pilihan yang lebih baik untuk telefon bimbit kita daripada membeli insurans untuknya adalah, memberikan perlindungan yang diperlukannya terlebih dahulu.
Sebagai seseorang yang suka travel, kita mesti mempunyai casing telefon yang tahan lasak.
Jika ditakdirkan telefon bimbit kita jatuh atau terhentak di mana-mana, kita boleh menjimatkan beratus-ratus ringgit hanya dengan memasang casing yang mampu menyerap hentakan dan kalis air.
Tiada traveler yang terlebih rajin untuk mencari tempat yang menyediakan Wi-Fi percuma di negera orang. Tiada juga yang sanggup saja-saja menghabiskan duit semata-mata untuk menggunakan internet selama satu jam.
Untuk situasi ini, mempunyai Wi-Fi hotspot (or MiFi) mudah alih sendiri adalah pelaburan yang berbaloi. Untuk traveler yang selalu melancong, Wi-Fi hotspot peribadi sangat menjimatkan masa dan duit.
Bermula dengan pelan pay-as-you-go untuk melihat takat penggunaan, kita boleh menukar pelan kepada kontrak jika kita merasakan yang ia berbaloi.
Jangan lupa juga untuk membawa keperluan lain seperti charger dan kord USB. Saiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana-mana sahaja.