fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Jet Lag Tips: Persediaan & Cara Mengelak Menghadapi Jet Lag

Sleeping Mask on Wooden Background

Apakah cara menghilangkan Jet Lag selepas perjalanan jauh?

Tidak kiralah kita dalam perjalanan untuk tujuan bisnes atau bercuti, semakin lama perjalanan itu, semakin tinggi kemungkinan kita mengalami jet lag. Sesetengah orang memang bertuah. Mereka tak terkesan langsung. Yang lain pula mengalami jet lag yang agak teruk yang perlu dielakkan.

Sesetengah orang kata, badan kita mengambil masa satu hari untuk setiap zon masa yang dilalui untuk kembali normal. Maksudnya, jika kita berada dalam penerbangan 12 jam yang menempuh 6 zon masa untuk percutian selama 6 hari, badan kita akan kembali normal apabila kita memulakan penerbangan pulang.

Jadi, sangat penting bagi kita untuk meminimumkan kesan jet lag terutamanya kalau kita membuat penerbangan untuk tujuan bisnes yang memerlukan kita berasa segar dan sedia untuk menghadapi jadual yang ketat.

Jika kita sedang melancong, kita perlu menikmati setiap minit yang kita ada. Betul tak? Di bawah adalah beberapa idea yang dapat membantu mengurangkan kesan jet lag.

Dengan peningkatan trafik udara, banyak syarikat penerbangan memperkenalkan penerbangan 2 kali terutamanya untuk penerbangan jarak jauh. Biasanya, ia akan berlepas pada waktu siang dan malam.

Man upset at the airport his flight is delayed

Syarikat penerbangan akan memberitahu kelebihan untuk kedua-duanya. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada destinasi kita dan diri kita sendiri. Sebagai contoh, kita gunakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke London.

Banyak syarikat penerbangan menawarkan 2 penerbangan sehari. Jika kita berlepas pada waktu malam, kita akan sampai di London pada waktu awal pagi. Kalau kita berlepas  waktu siang, kita akan sampai di London pada lewat malam.

Ini bermakna, dengan penerbangan pada waktu siang untuk 13 jam, kita dinasihatkan untuk tidak tidur supaya kita akan dapat tidur apabila sampai di London pada waktu malam. Kita boleh menonton filem atau membuat kerja dalam kapal terbang.

Harap-harap, kita belum tonton filem yang ada dan kapal terbang itu menyediakan perkakasan elektrik yang diperlukan. Kalau tidak, kita mungkin akan tertidur dalam penerbangan dan akan susah untuk tidur apabila sampai di London.

Inilah yang akan meningkatkan kesan jet lag yang akan menjejaskan kita pada esoknya kerana kita akan kepenatan.

Sebaliknya, kalau kita mengambil penerbangan malam, kita boleh tidur seperti biasa. Apabila kita bangun, kita akan berasa segar dan bersedia untuk bekerja keesokannya.

Kemajuan Penerbangan Dapat Mengatasi Jet Lag?

Businessman Sleeping On Seats In Airport Departure Lounge Because Of Delay

Kebelakangan ini, syarikat penerbangan berusaha keras untuk memastikan penerbangan yang selesa supaya kita sampai di destinasi dalam keadaan terbaik. Syarikat penerbangan yang maju menawarkan pengalaman tempat tidur sebenar di mana tempat duduk dijadikan rata dan bantal dan pijama disediakan.

Singapore Airlines dan British Airways adalah antara syarikat penerbangan yang pertama memperkenalkannya dalam pakej Kelas Pertama mereka. Virgin pula sedang dalam proses memasukkan tempat duduk/katil.

Virgin membuat pembaharuan dengan menyediakan katil double atau tempat duduk double untuk mereka yang sukakannya. Syarikat-syarikat ini juga menawarkan ruang ketibaan khas untuk penumpang kelas pertama dan bisnes.

Tips menghadapi masalah jet Lag

Ruang ketibaan khas ini mempunyai kelengkapan mandi untuk menyegarkan badan sebelum meninggalkan lapangan terbang. Semua servis ini sangat membantu tetapi apa yang dapat membantu kita.

Pertama sekali, elakkan alkohol dalam penerbangan. Dengan tekanan udara di dalam kabin, badan kita akan mendehidrasi dan alkohol akan memberi kesan kepada jam badan dengan menghalang kita tidur dengan baik.

Minum air sebanyak yang boleh. Minta dengan krew kabin untuk sebotol besar air supaya kita boleh minum pada bila bila masa. Meminum air yang banyak akan membantu kita dalam banyak cara.

Kita sangat digalakkan untuk bergerak dalam kapal terbang.  Berjalan dan membuat regangan akan membantu peredaran darah dan mengelakkan kesakitan pada sendi. Semasa duduk, kita boleh pusing-pusingkan buku dari masa ke semasa.

Sekali lagi, bergantung kepada destinasi kita sama ada ke barat atau ke timur dan berapa banyak tidur yang kita perlukan, kita boleh setkan jam kepada waktu tempatan tempat yang dituju sebaik sahaja kita berlepas dan tidur mengikut masa tersebut.

Jet Lag Tips

Ini akan membantu badan untuk mengubah jam badan yang sangat penting untuk mengatasi jet lag. Katakanlah kita terbang dari Kuala Lumpur ke Paris. Apabila kita mula berlepas, kita setkan jam kepada waktu Paris dan cuba untuk tidak tidur sehingga sampai waktu tidur di Paris.

Jika kita sampai di destinasi dan hari masih siang, cuba untuk tidak tidur tidak kiralah betapa letih pun kita. Kita boleh keluar jalan-jalan di luar untuk membantu mengubah jam badan dan akan menjadi normal lebih cepat.

Cuba cari hotel menyediakan servis jet lag. Antara hotel yang menyediakan servis jet lag adalah Hotel Okura di Tokyo. Mereka menawarkan cahaya terang di bilik, makanan istimewa yang direka khas untuk membantu jam badan, urutan dan banyak lagi. Semuanya supaya kita berasa lebih segar dan bersedia secepat yang mungkin.

Jika kita tak mampu menahan mata dan keletihan, set jam setiap 4 jam, mandi air panas dan tidur. Selamat malam dan selamat travel!


Baca juga: 10 Tips Foto Gambar Percutian Menarik Semasa Travel

Avatar of Hadi
About the author

Melancong.my: Laman online pakej percutian disediakan oleh Hadi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman.

Berikan Komen


Anda ada soalan?

Jangan segan untuk menghubungi kami. Khidmat mesra kami sedia membantu anda.

+601-7353-6884

email@melancong.my