'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Sandakan Sabah Popular

(2 Testimoni)
FOREST
DariRM1,890
FOREST
DariRM1,890
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5523-7015 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

5110

Mudahkan Percutian Anda

  • 43,000+ Pelancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I : No 12-2, Jalan Lengkuas C, 16C, Seksyen 16, 40200 Shah Alam.
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
4 Hari 3 Malam [GROUND]
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA / KLIA 2
SDK Airport
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Maklumat Percutian Pakej Sandakan
Pulau Selingan + Sepilok Orangutan Sunbear + Sukau Kinabatangan

Berminat bercuti di Sandakan Sabah dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan?

Sandakan adalah destinasi terbaik dan diperakui pelancongan antarabangsa namun kurang diberi perhatian pelancong Malaysia. 

Walaupun begitu, sejak kebelakangan ini pelancong yang mencintai alam sudah mula meneroka pakej-pakej percutian di Sandakan dan kawasan sekitarnya.

pakej-sandakan

Disini saya memberi gambaran ringkas tentang aktiviti pelancongan yang akan anda lakukan dengan pakej ini:

  • Lawatan ke pulau penyu: Anda akan melawat Pulau Selingan, tempat penyu hijau bertelur dan anak penyu dilepaskan ke laut. Anda akan menyaksikan proses ini secara langsung pada waktu malam.
  • Lawatan ke pusat pemulihan orang utan dan beruang matahari: Anda akan melawat Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre dan Borneo Sun Bear Conservation Centre di Sepilok, di mana anda akan melihat orang utan dan beruang matahari yang terancam pupus dijaga dan dididik semula untuk hidup di alam liar.
  • Menginap di hutan hujan: Anda akan menginap di Sukau Rainforest Lodge, salah satu National Geographic Unique Lodges of the World. Anda akan menikmati suasana hutan hujan yang indah dan selesa, dengan kolam renang dan restoran tepi sungai.
  • Krus sungai Kinabatangan: Anda akan menyertai pelayaran sungai petang dan pagi di Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah. Anda akan mencari hidupan liar dan burung-burung Borneo yang unik, seperti monyet belanda, enggang, gajah kerdil, dan orang utan.

Sukar untuk kami ungkapkan keseronokkanya melainkan anda cuba sendiri, dan pastikan anda orang yang pertama pergi dan berkongsi pengalaman ini kepada kawan atau saudara anda.

Apa tunggu lagi, daftar percutian anda dengan pakej Sandakan ini hari ini juga!

Perlepasan

  • K.Terbang ~ KLIA II ~ Air Asia & Malindo
  • K.Terbang ~ KLIA     ~ Malaysia Airlines

Persediaan

  • 3 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

  • Penginapan Hotel Pilihan (T&S)
  • Pemandu Pelancong Professional (T&S)
  • Hidangan: Sarapan x 2 | M. Tengah hari x 2 (T&S)
  • Pengangkutan Persendirian Sepanjang Percutian
  • Bot ke Pulau Selingan & Kembali ke Jeti
  • Tempat Lawatan Seperti Dalam Jadual
  • Peralatan Snorkeling & Jaket Keselamatan
  • Air Mineral & Snack Di Dalam Kenderaan

Harga Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makanan & Tempat Lawatan Tambahan
  • Bayaran tambahan Hotel ( High Season Surcharge )
  • Tambahan pemandu pelancong pada cuti umum
  • Insurans Perjalanan (Pilihan)
  • Tiket Penerbangan (Boleh Disediakan)

Kelebihan

  • Makanan Halal
  • Pemandu Pelancong Disediakan
  • Mesra Waktu Solat
Galeri
Tentatif 4 Hari 3 Malam Pakej Sandakan Popular

Hari PertamaLihat Penyu Bertelur + Pulau Selingan + Aktiviti Bebas

Lapangan Terbang Sandakan

  • Anda tiba di lapangan terbang Sandakan dengan penerbangan pagi, kemudian kami bawa anda ke jeti untuk perjalanan menaiki bot selama sejam ke Pulau Selingan.

Pulau Selingan

  • Setibanya di Pulau Selingan, adalah masa dan aktiviiti bebas untuk anda lakukan seperti meneroka pulau, berenangan ataupun melakukan aktiviti snorkeling.

Melihat Penyu Hijau (Green Turtle) Bertelur

  • Pada waktu malam selepas makan malam, renjer Sabah Park akan memberi maklum tentang aktiviti menonton penyi bertelur di pantai, selain itu aktiviti memindahkan telur di pantai dan melepaskan anda penyu jika berpeluang.
  • Menginap di Pulau Selingan dengan bilik ‘Twin-Sharing’
 

 

Hari KeduaBertemu Orangutan + Beruang Matahari + Sukau Rainforest Lodge

Pusat Pemuliharaan OrangUtan Sepilok

  • Setibanya pulang dari Pulau ke Sandakan, kita akan terus ke Sepilok. Semasa di pusat ini aktiviti melihat kumpulan OrangUtan sambil belajar mengenainya dan usaha pemuliharaan dijalankan.
  • Anda akan dibawa berjalan lebih kurang 15 minit ke dalam hutan hujan dengan laluan pelantar kayu bagi menyaksikan aktiviti memberi makan kepada OrangUtan. Selain itu juga anda dibawa ke pusat pantauan anak Orangutan.

Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo

  • Selepas menyaksikan OrangUtan, anda juga akan dibawa melihat dan belajar tentang kehidupan Borneo Sun Bear.
  • Beruang ini adalah beruang terkecil didunia dan yang kini kian terancam dengan kepupusan.

Sukau Rainforest Lodge

  • Sesudah makan tengah hari, kita akan bergerak ke Sukau yang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih ke Sukau untuk ke Sukau Rainforest Lodge.
  • Untuk makluman anda, Sukau Rainforest Lodge ini telah memenangi pelbagai anugerah. Ianya terletak di tebing sungai Kinabatangan, sungai yang terpanjang di Sabah.
  • Di Sungai Kinabatangan anda berpeluang melihat hidupan liar dan burung-burung yang sangat unik.
  • Anda akan menginap disini dan berpeluang untuk makan malam bertemakan ‘Candle Light’ sambil menatap keindahan alam dan menonton persembahan serta penerangan daripda pemandu pelancong berpengalaman.

 

Hari Ke TigaMeneroka Sungai Kinabantangan + Burung Kenyalang + Bicara OrangUtan

Sungai Kinabatangan

  • Melayari Sungai Kinabatangan pada pukul 6 pagi untuk melihat hidupan liar dan burung-burung dengan lebih dekat.

Hornbill Boardwalk

  • Selepas sarapan, anda akan disajikan dengan lawatan pendidikan tentang hidupan liar sepanjang Hornbill Boardwalk sambil diberikan penerangan oleh jurupandu alamsemulajadi.

Orang Utan Talk

  • Selepas makan tengahari pula kita beralih ke aktiviti bercerita dan berbincang tentang pengalaman dengan alam sekitar dan OrangUtan.
 
Pelayaran Sungai
  • Pada waktu petang, sekali lagi kita akan melayari sungai untuk melihat hidupan liar dengan aktiviti pada waktu senja. Pelbagai perkara menarik bakal anda saksikan.
  • Untuk malam ini juga akan menginap di  Sukau Rainforest Lodge.

Hari KempatKembali Ke Sandakan + Rainforest Discovery Centre + Sandakan Memorial Park + Perlepasan

Kembali Ke Sandakan

  • Selepas sarapan kita akan bergerak ke Sandakan.
 

Rainforest Discovery Centre 

Nota Penting: Slot ini adalah untuk pelancong yang berlepas dengan penerbangan malam.

  • Jika ya, kita berpeluang untuk berkunjung ke Rainforest Discovery Centre. Disini anda berpeluang meneroka hutan kanopi bagi menyaksikan kicauan burung dan melihat keunikan burung-burung disini.
  • Kanopi ini tergantung diatas pokok dan amat luas, anda juga boleh melihat taman botani rumah kepada pelbagai spesis flora.

Sandakan Memorial Park

  • Ini adalah pusat memorial Sandakan perang dunia kedua. Ada banyak bahan sejarah yang anda boleh temukan disini dan belajar tentang sejarah Sandakan yang dahulunya merupakan ibunegara Borneo Utara.

Sandakan Airport

  • Selepas makan tengahari, anda akan ke lapangan terbang pada pukul 2:00 petang untuk penerbangan ke Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur.
  • Manakala untuk penerbangan seterusnya adalah pada waktu malam mengikut jadual penerbangan yang telah ditempah.

Slot Pilihan Lain

[Dapatkan Sebutharga] Anda juga boleh memilih slot pakej dengan pilihan di bawah:
  • Pilihan BSandakan Tour + Sepilok + Labuk Bay Proboscis
  • Pilihan CSandakan Tour + Labuk Bay Proboscis + Bilit Adventure Lodge
  • Pilihan DSandakan Tour + Lankayan Island
Peta Percutian

[Panduan Lengkap] Percutian Menarik di Sandakan

Ketahui tempat-tempat menarik yang ada di Sandakan

Pakej percutian Sandakan ini direka khas untuk pencinta alam dan pengembara yang ingin menerokai keindahan flora dan fauna unik di Sabah.

Percutian 4 hari 3 malam ini merangkumi lawatan ke pelbagai lokasi menarik, memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan kehidupan liar secara dekat sambil menikmati panorama alam semula jadi.

Hari Pertama
Perjalanan bermula dengan ketibaan di Lapangan Terbang Sandakan, di mana anda akan disambut oleh wakil pelancongan dan dibawa terus ke Pulau Selingan.

Pulau ini merupakan sebahagian daripada Taman Pulau-Pulau Penyu di Sabah yang diiktiraf sebagai kawasan konservasi penyu. Di sini, pengunjung berpeluang menyaksikan penyu hijau atau penyu karah yang datang bertelur di pesisir pantai.

Aktiviti di sini merangkumi lawatan ke pusat penetasan telur penyu serta melihat anak-anak penyu dilepaskan ke laut. Pengalaman ini sangat menarik kerana ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan kitaran hidup penyu yang jarang dilihat.

Hari Kedua
Lawatan diteruskan ke Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre, salah satu pusat pemuliharaan orang utan yang terkenal di dunia.

Di sini, pelawat dapat melihat orang utan yang diselamatkan dan dikembalikan semula ke habitat asal mereka setelah menjalani proses pemulihan.

Peluang untuk melihat orang utan ini di habitat semulajadi mereka memberikan pengalaman yang mendalam, terutamanya apabila dapat melihat mereka berayun di dahan pokok dengan bebas.

Selain itu, pusat ini juga memberi peluang kepada pelancong untuk memahami usaha pemuliharaan yang dilakukan untuk melindungi spesies yang terancam ini.

Selepas itu, anda akan mengunjungi Borneo Sun Bear Conservation Centre, yang terletak berhampiran dengan Sepilok. Beruang matahari, juga dikenali sebagai beruang madu, adalah spesies beruang terkecil di dunia dan diancam kepupusan.

Di pusat ini, pengunjung boleh melihat beruang matahari dari jarak dekat, mempelajari tentang pemuliharaan dan cabaran yang dihadapi untuk melindungi spesies ini daripada ancaman pembalakan dan pemburuan haram.

Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke Sukau Rainforest Lodge yang terletak di sepanjang Sungai Kinabatangan. Lodge ini merupakan satu daripada National Geographic Unique Lodges of the World kerana lokasinya yang strategik dan menawarkan pengalaman inap yang berdekatan dengan alam semula jadi.

Pengunjung akan menikmati makan malam yang disajikan sambil mendengar bunyi hutan yang menenangkan. Selepas makan malam, pelancong boleh memilih untuk mengikuti aktiviti night walk untuk melihat haiwan nokturnal seperti kelawar, katak, dan pelbagai serangga hutan.

Hari Ketiga

Hari ketiga bermula dengan pelayaran pagi di Sungai Kinabatangan, kawasan sungai kedua terpanjang di Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian hidupan liar. Pelayaran ini memberi peluang untuk melihat pelbagai spesies burung eksotik seperti burung enggang dan burung raja udang.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat monyet belanda yang sukar ditemui, dengan hidung besar dan badan berwarna coklat kemerahan. Jika bernasib baik, pelawat juga boleh menyaksikan kawanan gajah kerdil Borneo atau buaya yang mendiami tebing sungai.

Selepas pelayaran pagi, anda akan kembali ke lodge untuk sarapan sebelum melawat kawasan sekitar. Pada sebelah petang, satu lagi sesi pelayaran di Sungai Kinabatangan diadakan untuk meneroka bahagian sungai yang berbeza, dengan peluang lebih tinggi untuk melihat hidupan liar yang aktif menjelang waktu senja.

Pelayaran petang ini menawarkan pemandangan indah ketika matahari terbenam di hutan tropika, menjadikannya masa terbaik untuk merakam foto yang menakjubkan.

Hari Keempat
Pada hari terakhir, pelancong akan dibawa kembali ke Sandakan untuk lawatan bandar. Lawatan ini merangkumi beberapa lokasi bersejarah seperti Agnes Keith House, yang dahulunya merupakan kediaman seorang penulis terkenal Amerika, Agnes Newton Keith.

Rumah ini kini dijadikan muzium yang mempamerkan kehidupan keluarga kolonial British semasa zaman penjajahan. Selain itu, lawatan akan singgah di Taman Memorial Sandakan, yang memperingati banduan perang Australia dan British yang kehilangan nyawa semasa Perang Dunia Kedua.

Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Pasar Ikan Sandakan, di mana pelancong boleh membeli pelbagai hasil laut segar dan produk tempatan sebagai cenderahati. Pasar ini terkenal dengan udang, ketam, dan pelbagai jenis ikan yang segar dan ditangkap pada hari yang sama.

Ia merupakan tempat yang sesuai untuk mendapatkan pengalaman berbelanja di kalangan penduduk tempatan sambil menikmati suasana tepi laut Sandakan.

Pengalaman Penginapan dan Pelancongan

Pakej ini menawarkan pengalaman inap yang unik di Sukau Rainforest Lodge, yang memberikan suasana hutan hujan sebenar dengan kemudahan moden. Bilik-biliknya dibina menggunakan bahan mesra alam dan direka untuk mengurangkan kesan terhadap persekitaran.

Penginapan di sini memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan alam sekitar tanpa menjejaskan habitat semulajadi hidupan liar.

Selain itu, hidangan makanan yang disediakan menampilkan sajian tempatan yang lazat, memberikan peluang untuk mencuba masakan tradisional Sabah.

Pakej ini juga menekankan usaha pemuliharaan dan kesedaran alam sekitar. Setiap lawatan disertai dengan pemandu pelancong yang berpengalaman, yang berkongsi pengetahuan tentang kepentingan melindungi hutan tropika dan hidupan liar.

Aktiviti yang diatur seperti pelayaran sungai, night walk, dan lawatan ke pusat pemuliharaan memberikan perspektif yang mendalam tentang kepentingan kelestarian alam.

Secara keseluruhannya, pakej percutian Sandakan ini menawarkan pengalaman yang unik dan berbeza dari pakej pelancongan biasa.

Ia bukan sekadar percutian, tetapi juga peluang untuk belajar dan menghargai usaha pemuliharaan hidupan liar serta keindahan semulajadi hutan Borneo.

Dengan pelbagai aktiviti yang disusun rapi, pengunjung pasti akan teruja menerokai keajaiban alam di Sandakan, Sabah, sambil mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan.

2 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
blank

Rashid Umar

Pelancong Berkeluarga

Terima kasih En Sukri dan En Ben selaku pemandu pelancong kami. Sangat mesra dan friendly. Semua tempat on time selari dengan tentatif yg diberikan. Cuaca pun banyak membantu percutian kami di Sandakan. Highly recommend Travel Agency ni..

19/09/2024
blank

Amirah Salleh

Pelancong Berkumpulan

Selain percutian di Kota Kinabalu & Semporna, we are also take this package as a complement of our journey. Memang seronok tak sangka weoll baru tau Sandakan is very great adventure trip.

Thank you to our guides yang sangat banyak membantu dan tak jemu bagi kitorang information & guide.

Thank you to the team and hadigo berjaya aturkan our trip.

29/08/2023
9 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM1,890
Book Now