Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5523-7015 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.
Aktiviti mendaki Gunung Kinbalu adalah perkara wajib dalam seumur hidup bagi peminat ‘Hiking’ atau bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.
Gunung Kinabalu adalah yang paling tinggi di Asia Tenggara. Gunung Kinabalu ialah sebuah gunung tersergam indah yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia dan dilindungi sebagai Tapak Warisan Dunia.
Selain itu, Gunung Kinabalu juga merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4095.2 meter dari aras laut.
Pendaki kali pertama biasanya dinasihatkan untuk tinggal di Taman Kinabalu atau pusat peranginan tanah tinggi di Kundasang satu malam sebelum pendakian untuk tujuan penyesuaian altitud tinggi.
Jika tidak, pakej 3 hari 2 malam Pendakian Gunung Kinabalu juga menjadi pilihan untuk pendaki.
Makan tidak disediakan
Makan disediakan: Lunch Pack & Dinner
Makan Disediakan: Supper, Breakfast & Lunch
Kali ke-2 mendaki, repeat booking dengan melancong.my. Pendakian mencabar & sgt sejuk tp cuaca Alhamdulillah cerah dan kami berjaya sampai ke puncak. Sangat berpuas hati dgn service. Next time klu mendaki lagi kami booking dgn travel agency ni lagi. Highly recommended!
Terima kasih menyediakan pakej percutian dan mendaki gunung Kinabalu untuk kami berdua.
Alhamdulillah kami bertuah kerana dapat mendaki dengan cuaca yang sangat cantik dan berjaya sampai ke puncak gunung Kinbalu di Low Peak.
Terima kasih kepada malim yang sangat mesra dan banyak membantu.
Lain kali nak melancong lagi ke Sabah 😀