fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Padang Bukittinggi Pilihan Popular

(11 Testimoni)
POPULAR
DariRM612
POPULAR
DariRM612
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5523-7015 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

4918

Mudahkan Percutian Anda

  • 43,000+ Pelancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I : No 12-2, Jalan Lengkuas C, 16C, Seksyen 16, 40200 Shah Alam.
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
4 Hari 3 Malam
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA / KLIA 2
LTA Minangkabau
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Percutian Pakej Padang Bukittinggi 4 Hari 3 Malam

Bukittinggi + Minangkabau + Maninjau + Padang Tou

 

Tahukah anda, Padang merupakan ibu negeri bagai kawasan Sumatera Barat yang berada di bawah naungan Indonesia.

Mengikut sejarah juga ianya sangat terkenal dengan tarikan utama sebagai tempat berdagang para saudagar beli barangan rempah, arang batu dan getah.

masjid-al-hakim-padang-mosquegrapher

Pada masa kini ianya telah terkenal sebagai kawasan pelancongan dan Tanah Tinggi Minang menjadi tarikan utama disini.

Senibina bangunan dan binaan Minangkabau menjadi tarikan utama disini.

Kini kami ingin membawakan and pakej percutian Padang dan Bukittinggi yang paling popular. Dapatkan Pakej Padang Indonesia 4 Hari 3 Malam sekarang.

Perlepasan

  • K.Terbang ~ KLIA2 ~ Air Asia & Malindo
  • K.Terbang ~ KLIA ~ Malaysia Airlines

Persediaan

  • 3 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

  • Penginapan Hotel Pilihan
  • Pengangkutan Sepanjang Hari (Private Tour)
  • Sarapan x 3 | Makan Tengahari x 3 | Makan Malam x 3
  • Tiket Lawatan Seperti Dalam Jadual Perjalanan
  • Pemandu Pelancong Proffesional: B. Indonesia / B. Inggeris
  • 2 - 9 Pax: Pemandu Kenderaan a.k.a Pemandu Pelancong
  • 10 Pax: Pemandu Pelancong Khas

Harga Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makanan & Tempat Lawatan Tambahan
  • Insurans / Takaful Kembara
  • Tipping (RM 7/day/pax GIT, RM 10/day/pax FIT)
  • Tiket Penerbangan (Boleh Disediakan

Kelebihan

  • Mesra Muslim
  • Makanan Halal
  • Mudah Solat
  • Pemandu Pelancong
  • Privasi Kumpulan
Galeri
Tentatif Pakej Padang Bukittinggi 4 Hari 3 Malam

Hari PertamaKetibaan - Padang - Bukittinggi

1. Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dan di sambut oleh wakil krew
2. Bertolak ke Bukittinggi
3. Tempat menarik yang akan dilawati pada hari ini :
* Singgah di Air Terjun Anai dan Pusat Kebudayaan Minangkabau Village
* Pandai Sikek – Merupakan kampung yang terkenal dengan tenunan dan kayu – ukiran
4. Makan malam dan makan tengahari di restoran halal tempatan
5. Daftar masuk ke hotel di Bukittinggi
6. Aktiviti Bebas

# (makan tengah hari, makan malam)

Hari KeduaMinangkabau Tour

1. Sarapan pagi di hotel
2. Tempat menarik yang akan dilawati pada hari ini :
* Batusangkar iaitu merupakan negeri Minangkabau yang unik
* Kampung Baso dan membeli-belah di Hj. Rosma Embroidery
* Melawat industri rumah tempatan Kiniko yang popular dengan produk Pisang Salai dan Kopi tradisional
* Melawat Istana raja Pagaruyung dan Silinduang Bulan Palace

3. Kembali ke Bukittinggi
4. Aktiviti membeli belah di Pasar Atas dan Jam Gadang
5. Makan malam dan makan tengahari di restoran halal tempatan
6. Kembali ke penginapan
7. Aktiviti Bebas

(sarapan, makan tengah hari, makan malam)

Hari Ke TigaCity Tour - Maninjau Tour - Padang

1. Sarapan pagi di hotel
2. Daftar keluar hotel
3. Tempat menarik yang akan dilawati pada hari ini :
* Melawat Taman Panorama Lobang Jepang dan Sianok Canyon
* Ke Bandar Maninjau melalui Nagari Sungai Landia
* Singgah di Puncak Lawang untuk melihat keindahan pemandangan Tasik Maninjau
4. Bertolak ke Padang
5. Padang City Tour
* Melawat China Town, Jambatan Siti Nurbaya, Muaro dan Pantai Padang
6. Makan malam dan makan tengahari di restoran halal tempatan
7. Daftar masuk penginapan di Padang
8. Aktiviti bebas

(sarapan, makan tengah hari, makan malam)

Hari Ke EmpatPadang - Perlepasan

1. Sarapan pagi di hotel
2. Daftar keluar hotel
3. Aktiviti Bebas
4. Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa untuk penerbangan pulang ke Malaysia

(sarapan)

Peta

[Panduan Lengkap] Tempat-Tempat Menarik di Padang & Bukittinggi Indonesia

Apa yang menarik tentang Padang, Bukittinggi & Minangkabau?

Ramai pelancong Malaysia bercuti ke Padang Indonesia kerana beberapa sebab:

Padang Indonesia adalah salah satu destinasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi, budaya Minangkabau yang unik, makanan yang sedap dan murah, serta sejarah yang menarik.

Padang Indonesia juga berdekatan dengan Malaysia, hanya memerlukan sejam penerbangan dari KLIA2.

Ia juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelancong Malaysia, seperti Pantai Padang, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Pasir Jambak, Air Terjun Lembah Anai, Muzium Rumah Gadang, Desa Pandai Sikek, Jam Gadang dan banyak lagi.

Pelancong Malaysia juga boleh mencuba pakaian tradisional Minangkabau, menyaksikan pertunjukan tari-tarian dan seni ukiran kayu, serta mengunjungi rumah kelahiran tokoh terkenal Buya Hamka di Tanjung Raya.

Padang Indonesia juga menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang sesuai dengan bajet dan keperluan pelancong Malaysia, dari hotel, resort, homestay hingga dorm.

Pelancong Malaysia juga boleh mendapatkan pakej percutian yang lengkap dan berpatutan yang merangkumi tiket penerbangan, tempat penginapan, makanan, pengangkutan dan lawatan ke tempat-tempat menarik.

Ia juga adalah salah satu destinasi yang selamat dan mesra untuk pelancong Malaysia, kerana penduduknya yang ramah dan bersahabat. Pelancong Malaysia juga boleh berkomunikasi dengan mudah dengan penduduk tempatan kerana bahasa Melayu dan bahasa Minangkabau mempunyai persamaan dan keserasian². Pelancong Malaysia juga boleh mendapatkan bantuan dari pak supir atau pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman dan boleh dipercayai².

Dengan itu, tidak hairanlah jika ramai pelancong Malaysia bercuti ke Padang Indonesia untuk menikmati pengalaman melancong yang menyeronokkan dan berkesan.

11 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Nurul Emmy

Pelancong Berkeluarga

percutian bersama hadigo travel & tour.. saya sangat berpuashati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan.. tour guide nyer juga rhoma seorang yang sangat peramah dan sangat menjaga keselesaan kami… percutian ini yang tidak membosankan. tempat makan juga semua sedap2.. kenderaan yang selesa.. hotel yg cantik dengan breakfast yg sgt berpuashati..secara keseluruhannya percutian ini sgt berbaloi dan berpuashati

23/09/2024
Avatar of Hadi

Syamira Mahidin

Pelancong Berkeluarga

Bawak my whole family bercuti ke padang indonesia first time ambil pakej dgn agensi ni.. enjoy and puas hati sngt dgn perkhidmatan.. agent and tour guide sngt membantu, paramah dan serba tahu…. will repeat in sha allah

02/06/2024
Avatar of Hadi

Puan Waidawati

Pelancong Berkumpulan

tq for everything best pi Padang with lady driver merry.
nanti sampai Msia dh rehat2 akak bg gambar every place yer.
tqqq uruskan kami.terbaik melancong.my

best alhamdulillah full aktiviti.merry pun ok,
kami boleh nego dgn dia ada tmpt yg kami xnak pergi jd dia gantikan kami ker tmpt Malin Kundang.
alhamdulillah semuanya puas hati.cuma hotel x bg kami iron baju.
hotel di Bukit Tinggi, Grand rocky.merekka nak ironkan tp lambat.
jdnya better next trip mintak driver standbykan iron incase customer nak guna.
Hotel kat Padang xder masalah mintak iron depa bagi.
InsyaAllah cik. ade rezeki nk melancong saya akan ambil pakej dengn melancong.my

28/05/2023
Avatar of Hadi

Che Murat

Pelancong Berpasangan

Assalamualaikum… Alhamdulillah..pakej pakcik berjalan lancar…ptg ni dah nak balik ke Malaysia.. tahniah kerana servis terbaik..

22/09/2022
blank

Ikmal Arif

Pelancong Berkeluarga

hai yaya..ya.. berjalan lancar.. 👍👍👍servis terbaik..ibu n ayah seronok.. 😃😃😃 komen dr kami : makanan hampir sama setiap hari.. 😅😅😅 n amount terlalu banyak.. mungkin boleh varietykan makanan.. ✌

19/08/2022
12
8 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM612
Book Now