Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.
Bukittinggi + Minangkabau + Maninjau + Padang Tour
Ramai pelancong yang ingin bercuti ke Padang dan Bukittinggi untuk berehat. Disebabkan itu juga kami menyediakan pakej percutian ini untuk bagi memudahkan percutian.
Pakej 4 hari 3 malam ini adalah termasuk tiket penerbangan, tempat penginapan, hidangan makan minum dan tiket masuk percuma beberapa destinasi popular.
Untuk makluman anda juga, pakej ini adalah berkumpulan, oleh itu anda akan menyertai rombongan lebih dari 20 orang pada satu-satu masa.
Sudah pasti juga ianya lebih menyeronokkan dapat bercuti bersama-sama kenalan baru. Paling penting juga, anda dapat berjimat lebih dengan percutian ini. Jom daftar segera kerana tempat adalah terhad.
(makan tengah hari, makan malam)
(sarapan, makan tengah hari, makan malam)
(sarapan, makan tengah hari, makan malam)
(sarapan)
Semuanya teratur dari hari pertama di airport sampai hari terakhir.
Pemandu pelancong sangat membantu dan peramah, banyak kongsi sejarah tempatan bila kami melawat Istana Pagaruyung.
Memang berbaloi dengan harga yang dibayar.
Seronok sangat dapat pusing-pusing sekitar Ngarai Sianok dan Pasar Atas. Pemandangan di sana memang cantik dan cuaca pun nyaman.
Bab makan halal dan tempat solat sangat mudah. Terima kasih team untuk pengalaman yang menarik ini.
Servis yang sangat memuaskan. Pengangkutan selesa, tempat lawatan semua menarik, dan yang paling penting tak perlu pening fikir tentatif. Boleh repeat lagi lepas ni.
Alhamdulillah, percutian ke Padang dan Bukittinggi sekeluarga berjalan lancar.
Jadual tak terlalu padat, jadi tak penat sangat untuk orang tua.
Hotel selesa dan makanan pun kena dengan selera kami. Terima kasih uruskan trip kami dengan baik.
Percutian yg best. View di Padang & Bukit Tinggi cantik, byk tmpt shopping, mknn sedap, itinerary menarik, guide yg best. Terima ksh team Hadigo !

