fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Hong Kong + Zhuhai + Macau + Shenzhen

(2 Testimoni)
THE BRIDGE
DariRM3,890
THE BRIDGE
DariRM3,890
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5523-7015 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

8650

Mudahkan Percutian Anda

  • 43,000+ Pelancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I : No 12-2, Jalan Lengkuas C, 16C, Seksyen 16, 40200 Shah Alam.
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
5 Hari 4 Malam
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA Terminal 1
LTA Hong Kong
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Percutian Pakej Hong Kong + Zhuhai + Macau + Shenzhen (Muslim China)

 

Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan Pakej ini?

Pakej percutian 5 hari 4 malam ini merangkumi pelancongan ke empat destinasi menarik: Hong Kong, Zhuhai, Macau, dan Shenzhen.

Pakej Hong Kong + Zhuhai + Macau + Shenzhen

Antara tarikan utamanya ialah Eiffel Tower Macau yang menawarkan pemandangan indah dari dek pemerhatiannya, Venetian Macau yang menampilkan seni bina ala Venice, dan Avenue of Stars di Hong Kong yang mempamerkan patung-patung perak selebriti terkenal.

Di Shenzhen, anda boleh menikmati percutian santai di Oct Bay atau melawat Lotus Mountain.

Pakej Hong Kong + Zhuhai + Macau + Shenzhen

Pakej ini juga termasuk lawatan ke tarikan budaya seperti New Yuanming Palace di Zhuhai dan banyak tempat membeli-belah untuk pengalaman yang menyeronokkan!

Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat tentatif yang disediakan dibawah dan buat tempahan sekarang juga!

Perlepasan

  • Penerbangan ~ KLIA ~ Air Asia X, Malaysia Airlines

Persediaan

  • 4 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

Sila lihat pakej pilihan anda
  • Tiket PenerbanganKelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
  • Penginapan Hotel 4 BintangPenginapan hotel 4 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)
  • Pengangkutan Berhawa Dingin (Private Tour)Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Sarapan x | Makan Tengahari x | Makan Malam x Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara
  • Tiket Lawatan Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan
  • Pemandu Pelancong Proffesional InggerisPerkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional
  • TippingTip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

Harga Tidak Termasuk

  • Ujian & Perlindungan PerjalananKos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan dan Travel & Covid-19 Insurans
  • Surcaj & FeeSurcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah
  • Servis TambahanServis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter
  • Tentang Bagasi & Lain-lainBayaran tambahan lebihan had bagasipenerbangan. • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Kelebihan

  • Mesra Muslim
  • Makanan Halal
  • Mudah Solat
  • Pemandu Pelancong
  • Privasi Kumpulan
  • Membeli-belah
Galeri
Tentatif Pakej Hong Kong + Zhuhai + Macau + Shenzhen
Sila lihat tentatif mengikut pakej pilihan anda

Hari PertamaKUALA LUMPUR - HONG KONG - ZHUHAI

Berkumpul di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki penerbangan ke Hong Kong.

Lawatan di Zhuhai:

  • Melawat New Yuanming Palace yang merupakan sebuah taman tema budaya dan sejarah yang terletak di Zhuhai, wilayah Guangdong, China. Taman ini adalah replika sebahagian daripada Istana Musim Panas Lama (Yuanmingyuan) di Beijing, yang telah dimusnahkan pada tahun 1860. Ia merangkumi pelbagai paviliun, kuil dan jambatan, memberikan gambaran tentang keagungan taman diraja asal.
  • Bersiar-siar di Lover Road yang terletak di sepanjang pantai, jalan ini menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan dan suasana yang tenang. Lover’s Road dilengkapi dengan laluan pejalan kaki, taman dan tempat duduk, menjadikannya tempat yang popular untuk pelancong berjalan-jalan dan menikmati pemandangan.
  • Berfoto dengan Fisher Statue yang merupakan destinasi popular pelancong lawati. Patung ini menggambarkan seorang wanita nelayan yang memegang mutiara tinggi-tinggi dan ia melambangkan keberanian dan keazaman rakyat Zhuhai. Bermalam di Zhuhai.

Hari KeduaZHUHAI - MACAU - SHENZHEN (SP - MT - MM)

Lawatan di Macau:

  • Melawat Native Store yang menampilkan produk-produk tempatan dan tradisional. Kedai ini menawarkan pelbagai barangan seperti kraftangan, pakaian tradisional dan cenderahati yang mencerminkan warisan budaya dan sejarah unik Macau.
  • Berfoto di Ruins of St Paul yang merupakan fasad depan gereja yang dibina pada awal ke-17 sebagai sebahagian daripada Kolej St Paul. Gereja ini terbakar pada tahun 1835, menyebabkan kemusnahan hampir keseluruhannya kecuali fasad yang masih berdiri.
  • Bersiar-siar di sekitar EiFel Tower Macau yang merupakan replika ikonik Menara EiFel yang terkenal di Paris. Terletak di kompleks kasino dan resort The Parisian Macao, menara ini dibina dengan skala separuh daripada yang asal. Ia menawarkan pemandangan panoramik bandar Macau dari dek pemerhatiannya.
  • Venetian Macau: Sebuah resort kasino mewah yang terletak di Cotai Strip, Macau.Ia terkenal dengan reka bentuknya yang menggabungkan seni bina dan suasana Venice, Itali termasuk terusan buatan yang dilengkapi dengan gondola. Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti kasino besar, hotel, pusat beli-belah, restoran dan dewan konvensyen.
  • Zhuhai Theatre: Teater ini menjadi tempat utama untuk pelbagai acara seni dan budaya seperti konsert, teater dan pertunjukan tarian, serta menjadi tarikan penting bagi penduduk tempatan dan pelancong.

Bermalam di Shenzhen.

Hari Ke TigaSHENZHEN (SP - MT - MM)

Lawatan di Shenzhen:

  • Membeli-belah di Herb dan Jade Shop yang menawarkan pelbagai jenis herba yang digunakan dalam perubatan tradisional Cina seperti ginseng, wolferry dan akar-akar ubatan lain.
  • Bersiar-siar di Oct Bay yang menawarkan pelbagai tarikan termasuk taman tema, pusat beli-belah, restoran, hotel dan kawasan tepi laut yang indah. Tempat ini terkenal dengan persembahan air dan cahaya yang spektakular serta suasana yang santai dan menyenangkan.
  • Melawat Lotus Mountain yang boleh menikmati aktiviti seperti pendakian, berjalan-jalan dan menikmati udara segar dari ketinggian. Selain itu, Lotus Mountain juga mempunyai taman-taman yang indah dengan pelbagai spesies flora dan fauna tempatan.
  • Melawat Nantou Ancient City yang merupakan kawasan peninggalan bersejarah yang mempunyai bangunan-bangunan lama dan struktur bersejarah seperti tembok kota,pintu gerbang dan kuil-kuil kuno.
  • Melawat Nantou Ancient Citymerupakan tempat yang penting dalam sejarahperkembangan Shenzhen dari sebuah kampung nelayan menjadi bandar moden.
  • Bersiar-siar malam di Shenzhen dengan menaiki bas double decker.

Bermalam di Shenzhen.

Hari Ke EmpatSHENZHEN - HONG KONG (SP - MT - MM)

  • Melawati 1881 Heritage yang merupakan bekas bangunan polis yang terkenal dengan seni bina bersejarahnya. Pelancong boleh menikmati seni bina bersejarah, membeli- belah di butik mewah, menjamu selera di restoran eksklusif dan menikmati pameran serta acara budaya yang sering diadakan disini.
  • Melawat West Kownloon Cultural Park yang merupakan sebuah pusat seni dan budaya yang terletak di tepi pantai di Kowloon Barat. Ia menawarkan pelbagai kemudahan seperti teater, galeri seni, ruang pameran dan taman-taman awam yang luas. Taman budaya ini bertujuan untuk mempromosikan seni dan budaya di Hong Kong dengan menyelenggara berbagai acara seni seperti pementasan teater, konsert, pameran seni visual dan festival budaya.
  • Melawat Ladies Market yang terletak di daerah Mong Kok di Kowloon. Pasar ini terkenal dengan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, cenderahati, mainan dan peralatan rumah tangga, kebanyakkannya ditujukan untuk wanita, yang memberi nama kepada pasar ini. Dengan lebih dari 100 gerai yang berderet sepanjang jalan Tung Choi Street, pasar ini adalah tempat yang popular bagi penduduk tempatan dan pelancong untuk tawar-menawar harga.
  • Melawat Clock Tower yang dibina pada tahun 1915 sebagai sebahagian daripada Stesen Kereta Api Kowloon-Canton. Di Clock Tower Hong Kong, pelancong boleh menikmati pemandang indah Victoria Harbour, mengambil gambar mercu tanda bersejarah ini dan berjalan-jalan di sekitar Tsim Tsui Promenade.
  • Bersiar-siar di Golden Bauhinia Square dan mengambil gambar dengan patung bauhinia berwarna emas. Dataran ini menjadi simbol penting kerana disinilah serah terima kedaulatan Hong Kong dari Britain kepada China pada tahun 1997 berlangsung. Di Golden Bauhinia Square Hong Kong, pelancong juga boleh menghadiri upacara mengibarkan bendera pagi, menikmati pemandangan Victoria Harbour.
  • Melawat Avenue of Star yang menawarkan pemandangan indah ke Pelabuhan Victoria serta patung-patung perak yang menghormati selebriti dari industri filem Hong Kong. Pelancong boleh mengambil gambar dengan patung-patung disitu dan menikmati acara-acara seni dan budaya yang diadakan di sepanjang jalur ini.
  • Membeli-belah di Jewelry and Choco Shop menawarkan pelbagai perhiasan seperti cincin, kalung dan gelang yang direka dengan teliti serta pelbagai jenis coklat buatan tangan yang mewah dan berkualiti tinggi.

Bermalam di Hong Kong.

Hari Ke LimaHONG KONG - KUALA LUMPUR (SP)

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Peta

[Panduan Lengkap] Tempat-Tempat Menarik di Sekitar Hong Kong

Cara terbaik untuk melancong ke Hong Kong Zhuhai Shenzhen Macau ialah dengan Jambatan

Apakah yang menarik tentang percutian dengan Pakej Hong Kong + ini?

Pakej percutian 5 hari 4 malam ini menawarkan pengalaman menarik menjelajah empat destinasi utama iaitu Hong Kong, Zhuhai, Macau, dan Shenzhen.

1. Hong Kong:

  • Mengunjungi Avenue of Stars, yang merupakan versi ‘Walk of Fame’ di Hong Kong, menampilkan patung perak untuk menghormati selebriti filem tersohor seperti Bruce Lee.
    – Berjalan-jalan di Ladies Market, pasar popular yang menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, cenderahati, dan banyak lagi.
    – Melawat 1881 Heritage, bekas bangunan polis yang kini menjadi tempat tarikan dengan seni bina bersejarah, butik mewah, dan restoran eksklusif.
    – Menikmati pemandangan dari Clock Tower dan Golden Bauhinia Square yang menjadi simbol penting penyerahan Hong Kong kepada China pada tahun 1997.

2. Macau:

  • Bersiar-siar di Eiffel Tower Macau, replika ikonik Menara Eiffel Paris, dan menikmati pemandangan bandar Macau dari dek pemerhatian.
  • Mengunjungi Venetian Macau, sebuah resort kasino mewah yang direka bentuk mengikut seni bina Venice, Itali, dengan terusan buatan yang lengkap dengan gondola.
  • Melawat Ruins of St Paul, fasad depan gereja bersejarah yang kekal sebagai simbol ikonik Macau.

3. Zhuhai:

  • Melawat New Yuanming Palace, taman tema budaya dan sejarah yang merupakan replika sebahagian daripada Istana Musim Panas Lama (Yuanmingyuan) di Beijing.
  • Berfoto di Fisher Statue, patung wanita nelayan yang melambangkan keberanian dan keazaman rakyat Zhuhai.
  • Bersantai di Lover’s Road, laluan tepi pantai yang menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan.

4. Shenzhen:

  • Mengunjungi Nantou Ancient City, kawasan bersejarah dengan bangunan lama dan struktur kuno seperti tembok kota dan kuil-kuil kuno.
  • Menikmati aktiviti di Lotus Mountain yang menawarkan pendakian dan pemandangan alam yang indah.
  • Berjalan-jalan di Oct Bay, sebuah pusat tarikan dengan taman tema, pusat beli-belah, dan restoran yang menawarkan suasana santai serta persembahan air dan cahaya yang menakjubkan.

Pakej ini menawarkan pengalaman unik yang merangkumi lawatan ke destinasi-destinasi terkenal, pemandangan menakjubkan, membeli-belah, dan menikmati budaya tempatan di empat bandar menarik.

2 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Mr Tan Bee

Pelancong Berkumpulan

I was afraid to bring my entire company group at first, but because of Halal Trip, I chose Hadigo. There is nothing bad to say; Hadi delivered the package with good time management and a well-planned itinerary, and my staff was very happy. All destinations were fulfilled. I would recommend it to anyone.

30/07/2024
Avatar of Hadi

Zubir Ash.

Pelancong Berkeluarga

Semua ahli keluarga saya mengucapkan terima kasih kepada Hadi, beliau banyak bersabar dan mengaturkan percutian kami dengan baik sekali. Tentatif ini memuaskan walaupun nampak padat tetapi berbaloi sebab kami dapat melawat kesemua destinasi yang dijanjikan. Syabas kepada Hadigo dan Atika yang sentiasa menjawab persoalan kami. Saya rekomen syarikat ini untuk percutian.

24/07/2024
8 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM3,890
Book Now