fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Shanghai China Pilihan Popular

(2 Testimoni)
THE PEARL
DariRM3,190
THE PEARL
DariRM3,190
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5523-7015 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

4650

Mudahkan Percutian Anda

  • 43,000+ Pelancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I : No 12-2, Jalan Lengkuas C, 16C, Seksyen 16, 40200 Shah Alam.
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
5 Hari 4 Malam
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA / KLIA 2
LTA Pudong Shanghai
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Percutian Pakej Shanghai China Pilihan Popular

Shanghai, sebuah bandar yang meriah dengan kehidupan urban yang dinamik, merupakan destinasi yang menarik bagi pelancong dari seluruh dunia, termasuk pelancong muslim dari Malaysia.

Dengan populasi muslim yang signifikan, Shanghai menawarkan pelbagai kemudahan dan tarikan yang sesuai untuk pelancong muslim, menjadikan ia sebuah pilihan percutian yang menarik dan selesa.

Pakej-Shanghai-China

Percutian di Shanghai bagi pelancong muslim dari Malaysia menawarkan pengalaman yang unik dan memuaskan. Dengan kemudahan dan tarikan yang sesuai untuk pelancong muslim, Shanghai pasti akan memberikan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Dari makanan halal yang lazat hingga ke tempat-tempat ibadah yang menenangkan, Shanghai adalah destinasi yang sempurna untuk mereka yang mencari pengalaman percutian yang menyeluruh dan memenuhi keperluan mereka sebagai seorang muslim.

Perlepasan

  • K.Terbang ~ KLIA ~ Air Asia X, Malaysia Airlines. Air China,China Southern, Singapore Airlines Dll.

Persediaan

  • 4 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

  • Penginapan Hotel 4 Bintang
  • Pengangkutan Berhawa Dingin (Private Tour)
  • Sarapan x 3 | Makan Tengahari x 3 | Makan Malam x 3
  • Tiket Lawatan Seperti Dalam Jadual Perjalanan
  • Pemandu Pelancong Proffesional Inggeris
  • Satu air mineral disediakan setiap penumpang dan setiap hari

Harga Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makanan & Tempat Lawatan Tambahan
  • Insurans Perjalanan (AXA Smart Traveller RM 55 / pax)
  • Tips untuk pemandu pelancong (RMB 20 / pax / hari)
  • Visa *Single Entry* (Pihak kami boleh menyediakan visa mengikut permintaan pelanggan)
  • Tiket Penerbangan (Boleh Disediakan)
  • Pilihan: Tang Dance Show (198RMB/PAX)

Kelebihan

  • Mesra Muslim
  • Makanan Halal
  • Mudah Solat
  • Pemandu Pelancong
  • Privasi Kumpulan
  • Membeli-belah
Galeri
Tentatif Pakej Shanghai 5 Hari 4 Malam

Hari Pertama (MM)KUALA LUMPUR - SHANGHAI - HANGZHOU

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan keShanghai. Bermalam di Hangzhou

Hari Kedua (SP/MT/MM)HANGZHOU

  • Menaiki bot di West Lake, sebuah tasik yang dikelilingi oleh bukit-bukau yang diselimuti awan. Ia merupakan tempat dimana para penyair, cendiakawan dan artis sejak Dinasti Tang mengambil inspirasi disini. Ia juga tersenarai antara 8 tasik tercantik di China. Tetamu juga diberi kesempatan melalui jejambat di atas air ke Flower Harbour Fish Garden dimana terdapat kolam kecil dipenuhi dengan ikan kap berwarna merah serta pohonan pokok bunga disekitar kawasan ini.
  • Longjing Tea Plantation: melawat ke ladang teh yang menghasilkan dragon well tea, sejenis daun teh yang telah wujud sekitar 1,200 tahun lalu. Ia antara 10 teh terkenal di China. Juga tetamu akan disajikan pemandangan indah dengan susunan berteres ladang teh di lembah ini dengan hirupan udara yang segar.
  • Masjid Phoenix: singgah solat di salah satu dari 4 masjid tertua dan terbesar di China. Masjid ini telah berusia lebih dari 1000 tahun sebelum diruntuhkan pada tahun 1203 masihi, ia kemudian telah dibina semula ketika pemerintahan Kublai Khan dan ia berdiri megah sejak itu. Mengekalkan senibina China dan Islamik di masjid ini, ia dapat dilihat jelas pada binaan kubah dan minaretnya.
  • Hangzhou Asian Games Three Stadium: melawat di sekitar stadium yang menempatkan Sukan Asia 2022, terutama pada Stadium Olympic Sports Center, ia dapat menempatkan seramai 80,000 orang, dengan struktur bangunannya yang unik dibina berbentuk seperti bunga teratai.
  • Sasseur Outlet: membeli-belah pelbagai barangan dari pakaian ke beg tangan dengan fesyen terkini.

Bermalam di Hangzhou.

Hari Ke Tiga (SP/MT/MM)HANGZHOU - WUZHEN - SHANGHAI

Lawatan di Wuzhen:

  • Wuzhen Dongzha Scenic Area: juga dikenali sebagai Venice of the East, ia adalah sebuah perkampungan berusia lebih dari 1,300 tahun. Ia mengekalkan deretan bangunan lama disepanjang sungai dengan pelbagai kedai, bengkel dan muzium disediakan disini.
  • Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan disini, dari sarung bantal,alas katil, pakaian dan banyak lagi.

Lawatan di Shanghai:

  • Masjid Songjiang: singgah solat di antara masjid tertua di Shanghai yang berusia lebih dari 600 tahun, pelbagai tulisan kaligrafi boleh ditemui disini.
  • 1000 Tree Mall: keunikan bangunan ini digambarkan seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café,r estoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini.

Bermalam di Shanghai.

Hari Ke Empat (SP/MT/MM)SHANGHAI

Lawatan di Shanghai:

  • Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbuck terpanjang di dunia.
  • Melihat cara pembuatan batu seperti batu Jade, yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Shanghai Gemstone Carving Hall.
  • Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
  • Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa.
  • Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.
  • The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.

Hari Ke Lima (SP/MT/)SHANGHAI - KUALA LUMPUR

  • Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.Tiba di KLIA Terminal 1.

Peta

[Panduan Lengkap] Tempat-Tempat Menarik di Shanghai China

Destinasi semakin popular Shanghai China, percutian halal anda

Kenapa Ramai Pelancong Muslim Malaysia Bercuti di Shanghai

Berikut adalah beberapa sebab kenapa ramai pelancong Malaysia berminat melancong ke Shanghai

Masjid dan Tempat Ibadah

Salah satu aspek penting bagi pelancong muslim adalah ketersediaan masjid dan tempat ibadah.

Di Shanghai, terdapat beberapa masjid yang bersejarah dan aktif yang boleh dijadikan tempat solat dan beribadah.

Masjid terkenal seperti Masjid Xiao Tao Yuan, yang merupakan salah satu masjid tertua di Shanghai, menawarkan suasana yang tenang dan damai untuk beribadah.

Makanan Halal

Makanan merupakan sebahagian daripada pengalaman percutian, dan Shanghai tidak mengecewakan dalam hal ini.

Terdapat banyak restoran halal yang menyajikan pelbagai jenis masakan, dari masakan Cina tradisional hingga masakan Timur Tengah dan Asia Selatan.

Pelancong muslim dari Malaysia akan merasa senang dengan ketersediaan makanan halal yang mudah ditemui di seluruh bandar.

Tempat Menarik di Shanghai

Shanghai juga kaya dengan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Dari Shanghai World Financial Center yang menawarkan pemandangan bandar yang memukau, hingga ke taman-taman tema dan pusat perbelanjaan yang modern, terdapat sesuatu untuk setiap orang.

Bagi mereka yang menghargai seni bina, kawasan seperti The Bund menawarkan pandangan ke bangunan-bangunan kolonial yang indah dan bersejarah.

Penginapan di Shanghai

Dalam soal penginapan, terdapat banyak hotel dan tempat penginapan yang mesra muslim di Shanghai.

Hotel-hotel ini sering menyediakan kemudahan seperti sajadah, arah kiblat, dan maklumat tentang waktu solat untuk memudahkan pengunjung muslim.

Beberapa hotel juga menawarkan menu sarapan pagi halal, memastikan bahawa pelancong muslim dapat memulakan hari mereka dengan makanan yang sesuai dengan diet mereka.

Pelancongan Budaya Shanghai

Selain daripada tempat-tempat menarik moden, Shanghai juga menawarkan pengalaman pelancongan budaya yang kaya.

Pelancong boleh mengunjungi kawasan-kawasan bersejarah seperti Zhujiajiao Water Town, yang menampilkan kehidupan tradisional Cina, atau meneroka muzium-muzium yang memaparkan sejarah dan kebudayaan Cina yang kaya.

Pengalaman Membeli Belah Shanghai

Shanghai adalah syurga membeli-belah, dengan pilihan yang hampir tidak terbatas dari barang-barang mewah hingga cenderamata tradisional.

Kawasan seperti Nanjing Road dan Xintiandi menawarkan pengalaman belanja yang tidak dapat dilupakan, dengan kedai-kedai yang menjual segala-galanya dari fesyen terkini hingga barang-barang antik.

Artikel ini hanya memberikan gambaran umum tentang apa yang boleh dinikmati oleh pelancong muslim di Shanghai.

Untuk maklumat lanjut dan pakej-pakej percutian yang disesuaikan, pelancong boleh merujuk kepada agensi  pelancongan Hadigo Travel & Tours Sdn Bhd yang menawarkan pakej-pakej khusus untuk pelancong muslim.

Dengan perancangan yang baik dan pengetahuan tentang apa yang ditawarkan, percutian di Shanghai pasti akan menjadi pengalaman yang berharga dan menggembirakan.

2 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
blank

Hamdan & Team

Pelancong Berkumpulan

Memang puas hati trip kali ni. Semua happy, thank you Mr Tan and group bawa kami melancong ke Shanghai.
Don’t worry senang sangat nak jumpa makanan halal, nak solat pun sonang.

Thank you semua yang menjayakan trip nim..

03/01/2024
blank

Team Adirah

Pelancong Berkumpulan

Terbaik dan kami berpuas hati dengan servis Hadigo, juga guide di Shanghai. Semua kat sana food halal even kat tepi jalan. Banyak jgk tempat cantik2. Happy vacation. Thank you!

02/06/2023
9 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM3,190
Book Now