fbpx
1700-81-5374 [email protected]

Panduan Perlindungan Perjalanan Ketika Melancong [INSURANS TRAVEL]

Perlindungan Perjalanan

Apabila kita didekati dengan agen insurans, kita selalu mengelak. Kita selalu merasakan yang kita tidak akan memerlukannya. Bagaimana pula dengan insurans ketika melancong? Adakah perlindungan perjalanan juga sesuatu yang membazirkan duit?

Atau ia satu kewajipan bagi pelancong yang bijak? Kebenarannya bergantung kepada beberapa faktor. Di dalam artikel ini, saya akan membantu untuk kita mengetahui dengan lebih jelas sama ada kita perlukan insurans travel atau tidak.


Apakah sebenarnya yang dikatakan dengan Insurans Travel?

Apakah sebenarnya yang dikatakan dengan Insurans Travel

Insurans Travel sebenarnya terdiri dalam dua bahagian iaitu insurans perjalanan dan insurans medikal.

Kita boleh membeli insurans travel ini untuk satu bahagian atau kedua-duannya sekali. Kebanyakan syarikat insurans membenarkan pelanggan mereka memilih sendiri ciri-ciri insurans mengikut keperluan masing-masing.

Komponen asas yang terdapat dalam pelan insurans termasuklah:

Pembatalan Perjalanan:

Jika kita terpaksa membatalkan trip dengan alasan yang munasabah sebelum berangkat, kita boleh mendapat kembali wang deposit, dan sebahagian bayaran yang termasuk dalam senarai non-refundable.

Syarikat insurans berlainan mempunyai definisi sendiri dengan apa yang mereka katakan ‘alasan yang munasabah’.

Jadi, sangat penting untuk kita bertanyakan defini ‘alasan yang munasabah’ bagi syarikat insurans yang kita pilih. Jika kita memerlukan perlindungan untuk membatalkan trip dengan alasan apa sekali pun, kita boleh memilih pelan premium.

Gangguan Perjalanan:

Jika kita terpaksa pulang ke rumah semasa trip sedang berjalan dengan alasan yang munasabah seperti kebakaran rumah, perbelanjaan tambahan akan dibayar untuk pulang ke rumah lebih awal.

Perubatan Kecemasan:

Jika kita mengalami kecederaan atau jatuh sakit semasa trip sedang berjalan, perbelanjaan bagi kos rawatan akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Pemindahan Perubatan Kecemasan:

Jika kita menghidapati penyakit yang serius atau cedera parah semasa trip sedang berjalan dan memerlukan kenderaan untuk menggunakan kemudahan perubatan yang lengkap, kos pengangkutan akan dibayar oleh syarikat insurans.

Kehilangan Beg:

Jika kita kehilangan beg atau barangan lain, kita akan dibayar dengan jumlah yang tertentu.

Kelewatan Beg:

Jika kita mendapat beg lebih lewat daripada yang sepatutnya sehingga terpaksa membeli barang keperluan seperti baju dan peralatan mandi, kita akan dibayar dengan jumlah yang tertentu.

Kematian Mengejut atau Kehilangan Anggota Badan:

Jika kita meninggal atau kehilangan anggota badan dalam kejadian kemalangan, perbelanjaan tambahan akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Penghantaran Mayat:

Jika kita meninggal di luar negara, syarikat insurans akan menanggung kos penghantaran mayat pulang ke rumah.

Itulah antara komponen utama pelan insurans travel yang biasa ditawarkan oleh syarikat insurans. Namun begitu, kita boleh memilih servis dan perlindungan lain seperti sukan ekstrem, kelewatan perjalanan, kereta sewa, kecurian ID, pemindahan wang kecemasan dan nahas kapal terbang.


Adakah kita memerlukan Insurans Travel?

INSURANS TRAVEL

Apabila kita bercuti ke mana-mana sahaja, kita akan memerlukan insurans travel, apatah lagi di luar negara. Kita tidak boleh mengabaikan insurans travel sekiranya kita terlibat dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung.

Untuk membantu kita membuat keputusan sama ada ingin membeli insurans travel atau tidak, sila tanya diri sendiri semua soalan di bawah.

Adakah kesihatan kita sangat buruk?

Adakah kita bercuti di kawasan yang mempunyai peralatan perubatan dan kecemasan yang tidak mencukupi?

Adakah kita merancang untuk mencuba sukan lasak atau aktiviti berbahaya yang lain?

Adakah kita merupakan penjaga utama kepada seseorang?

Adakah kita akan berasa selesa untuk membayar untuk pelan insurans yang ada?

Adakah kita sudah menempah percutian yang memerlukan insurans travel?

Jika kita menjawab ‘ya’ untuk mana-mana soalan tadi, mungkin insurans travel adalah pilihan yang terbaik.


Bagaimana Cara Memilih Pelan Insurans Travel?

Bagaimana Cara Memilih Pelan Insurans Travel

Periksa perlindungan insurans sedia ada: Ketahui sama ada kita mempunyai pelan insurans kesihatan sedia ada yang sudah menyediakan perlindungan di luar negara. Kebanyakan syarikat insurans domestik tidak menyediakannya.

Insurans pemilik rumah atau penyewa mungkin sudah merangkumi kes kehilangan dan kecurian semasa jauh dari rumah.

Polisi insurans hayat mungkin melindungi kita di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini. Insurans kereta pula mungkin membiayai bayaran sewa kereta. Kita juga mungkin mempunyai perlindungan melalui syarikat kad kredit dan kelab auto seperti AAA.

Beli insurans daripada pihak ketiga: Jika kita membeli insurans daripada pihak pengurusan percutian, syarikat cruise, atau penerbangan, kita tidak akan mendapat perlindungan jika syarikat mereka jatuh bankrap.

Di bawah adalah senarai syarikat insurans dengan reputasi yang agak baik untuk kita pilih di Malaysia:

  1. Allianz Plan
  2. ACE Trip
  3. AIG Plan
  4. AXA SmartTraveler

Kalau mampu, pilihlah insurans tambahan apabila kita travel bersama-sama dengan peralatan elektronik, peralatan sukan, peralatan sukan ekstreme mahupun barang kemas.

Semua peralatan ini memerlukan perlindungan tambahan. Walaupun kita mungkin perlu membayar lebih, setiap sen yang dikeluarkan akan berbaloi kerana malang tidak berbau.

Lindungi perkara-perkara asas. Cari pelan insurans yang menyediakan sehingga RM100 000 untuk perbelanjaan perubatan kecemasan.

Pastikan talian bantuan syarikat yang dipilih berjalan selama 24 jam sehari untuk panggilan dari seluruh dunia. Hal ini penting supaya kita tidak hilang arah dan tempat bergantung pada masa-masa yang diperlukan.

Baca segala dokumen dengan teliti. Jangan anggap setiap syarikat insurans itu sama. Setiap syarikat insurans berbeza daripada segi servis yang mereka tawarkan.

Insurans travel asas berkemungkinan besar tidak akan menyediakan perlindungan dan pembayaran jika kita menghadapi keadaan cuaca buruk seperti ribut taufan atau putting beliung, yang memerlukan untuk kita berpindah.

Saya berharap semoga artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam membuat keputusan sama ada kita hendak memilih insurans travel atau tidak. Selamat bercuti untuk semua.

2
Leave a Reply

avatar
1 Comment threads
1 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
2 Comment authors
Hasrul WayneZam Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Zam
Guest
Zam

Maaf nak bertanya.. saya ada seorang kawan, dia pergi ke turki utk business trip, bila sampai di sana dalam seminggu dia dirompak semua barang berharga hilang. Dia dah buat polis report dan ke embassy. Masalah sekarang dia sebatang kara dan embassy suruh mencari duit untuk membeli ticket yang lain embassy tanggung. Dia dalam dilema kerana tiada duit untuk membeli ticket untuk balik ke negaranya. Dia berasal dari US. Boleh bagi cadangan atas masalah ini. Terima kasih

Melancong Melancong.my adalah laman menyediakan pakej-pakej percutian berkualiti yang dimilik oleh Hadigo Travel & Tours. Menyediakan perkhidmatan rundingan percutian diseluruh Malaysia secara atas talian. Anda kini boleh menempah percutian secara online. Tourism Malaysia Matta
×