fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Tips Bercuti Walaupun Anda Bekerja Sepenuh Masa

Bagaimana untuk melancong dengan kerja sepenuh masa?

Pelancong yang menghabiskan masa hidup mereka dengan travel seluruh dunia tidak semestinya mempunyai duit yang banyak yang membolehkan mereka bercuti.

Bagi anda yang kerja sepenuh masa pula, sangat mudah untuk melihat akaun bank anda penuh dengan duit tetapi anda tidak mempunyai masa untuk melancong ke tempat lain kerana kekangan masa.

Anda juga mungkin akan merasa semasa percutian itu bukan benar-benar percutian yang anda impikan. Jika anda ingin melancong dengan bijak walaupun bekerja sepenuh masa, di sini terdapat beberapa tips yang anda boleh gunakan.

Pastinya faedah melancong yang kita usahakan mesti berbaloi bukan?

Tips-Bercuti-2021

Gunakan masa percutian anda dengan bijak

Hujung minggu sangat mudah untuk berubah menjadi masa rehat yang sangat indah. Apa yang perlu dibuat adalah sentiasa ingat untuk strategikan masa dan buat dengan teratur.

Anda perlu merancang gunakan cuti minggu awam dengan sepenuhnya atau panjangkan cuti mingguan pada hari isnin atau jumaat. Anda perlu fahamkan kaedah ini dan dapatkan manfaat melancong dengan susunan masa yang strategik.

Travel pada hujung minggu mungkin mahal, tetapi jika mempunyai gaji yang mantap, anda tidak perlu risau untuk gunakan wang yang ada sebaiknya selepas penat bekerja.

Jika ingin mencari peluang untuk berbudget, boleh usahakan untuk semak laman web yang menawarkan promosi harga murah.

Kerohanian Dalam Percutian

faedah melancong menghilangkan tekanan

Melalui satu kajian, manusia mengalami perubahan dan pembangunan rohani serta jasmani melalui aktiviti visual terhadap alam sekitar. Jika anda perasan memandang ke lautan dengan bunyi desiran ombak boleh merubah mood anda.

Peluang menggunakan pas perjalanan kerja dari syarikat

Jika anda berada dan bekerja di sebuah syarikat antarabangsa, sudah tentu syarikat itu berada di pelbagai jenis negara.

Ada syarikat yang memberi peluang kepada pekerja mereka untuk bertukar tempat kerja ke syarikat di negara lain. Peluang ini pastinya boleh gunakan sebaikanya. Tambahan lagi bolehlah belajar bahasa baru, dapat pengalaman yang baru tanpa perlu korbankan status, kedudukan dan gaji anda.

Kebanyakan syarikat yang besar mempunyai perlbagai jenis program yang menawarkan hubungan antara syarikat di negara lain.

Bolehlah cuba pula untuk bercakap dengan bahagian sumber manusia tentang program-program seperti ini, tetapi biasanya program seperti ini hanya boleh digunakan selepas anda sudah bekerja di syarikat itu untuk beberapa tahun.

Bertahan untuk perjalanan panjang yang epik

Ini merupakan satu cabaran yang sangat susah, tetapi jika anda dapat bertahan dan dapat terus hidup selama setahun tanpa perlu rehat, anda boleh gunakan cuti tahunan untuk pergi bercuti di tempat yang mewah untuk jangka masa yang panjang.

Jika anda berada di kolej atau universiti pada waktu dahulu, pastinya mungkin tidak dapat cuti yang panjang. Tahukah anda, apabila bekerja, rata-rata orang yang bekerja boleh mendapatkan cuti yang panjang selama tiga minggu dan gunakannya dengan sebaik mungkin. 

Jika pula misalnya mempunyai masalah tentang kewangan, negara-negara di asia boleh menjadi destinasi anda. Jika kewangan tidak menjadi masalah, anda boleh merancang untuk pergi ke beberapa negara di Eropah atau di mana sahaja dan mempelajari budaya mereka di sana.

Kebaikan melancong dengan cara ini, anda pasti akan sangat berpuas hati dan rasa berbaloi setelah hampir setahun bekerja berhempas pulas, dan percutian panjang yang epik ini boleh jadi hadiah kepada anda.

Samakan masa perjalanan anda dengan rakan dan keluarga

Ianya sangat sukar dan mempunyai pelbagai cabaran dalam hidup. Kadang-kadang amat menakutkan bagaimana perlu menangguhkan untuk berjumpa dengan rakan atau keluarga anda.

Perkara ini dapat diselesaikan jika anda bijak merancang. Jika anda tidak dapat berjumpa rakan lama, anda boleh memberikan mesej kepada mereka untuk berjumpa di sebuah tempat percutian yang menarik.

Strategi ini sangat bagus kerana jika anda menggunakan cuti hujung minggu untuk berjumpa dengan rakan, anda juga boleh bercuti pada masa yang sama. Kebaikan melancong dengan cara ini ialah ianya sangat berbaloi disamping anda mengeratkan hubung. 

 

Jangan takut untuk pergi bersendirian atau berdua

Jika anda seorang yang suka travel secara bersendirian, ini tidak menjadi masalah kepada anda. Faedah melancong secara bersendirian adalah, anda dapat menggunakan masa ikut suka tanpa perlu bergaduh dengan orang lain.

Masa yang ada hanya untuk anda sahaja dan ini menambahkan pengalaman untuk berdikari di tempat orang.

Anda juga akan dapat berjumpa dengan ramai orang yang menarik dan jika banyak bertanya kepada mereka, setiap orang yang anda jumpa akan menjadi rakan baik dan mungkin anda akan berjumpa dengan rakan karib yang baru di tempat orang.

Kebaikan Melancong Utama

Kita dapat berkenalan dengan ramai orang dan meneroka pemandangan dunia lain dari kebiasaan kita berada

Cari destinasi yang dekat dengan tempat tinggal

Jika anda tidak mempunyai banyak masa dan hanya diberikan masa tiga hari sahaja untuk percutian anda, perancangan yang bijak dan teratur perlu dibuat.

Bolehlah pergi ke negara jiran kerana perjalanan ke sana tidak memerlukan masa yang panjang dan anda akan mempunyai masa yang lebih selepas anda sampai ke destinasi.

Jika mempunyai masa tambahan selepas menyewa bilik di hotel, anda boleh mula pergi ke tempat-tempat yang menarik tanpa perlu menunggu keesokan harinya.

Kadang-kadang, dengan hanya pergi ke tempat yang berdekatan akan menjadi sesuatu yang indah dan tidak dapat dilupakan.

Buka akaun bank hanya untuk melancong

Duit untuk sewa rumah, bayaran kereta, bil elektrik dan air membuatkan sesetengah orang tertangguh untuk mulakan percutian mereka.

Perkara ini selalu terjadi kepada ramai orang dan mereka akan mula berasa stress dan hilang rasa minat dengan pekerjaan mereka.

Jika anda seorang yang bijak, boleh usahakan untuk membuka akaun hanya untuk melancong dan simpan duit sedikit daripada gaji bulanan ke dalam akaun tersebut.

Sentiasa fikir tentang impian anda untuk bercuti dan mula potong perbelanjaan lain yang tidak perlu akan membantu anda untuk sampai ke destinasi yang anda idamkan.

Memahami pekerja atau orang atasan anda

Kebaikan-Kebaikan Melancong

Jika anda tidak mula menjalinkan hubungan yang rapat dengan pekerja atau orang atasan semasa permulaan anda bekerja, ianya akan menjadi susah untuk anda meminta bantuan atau mendapatkan cuti yang idamkan.

Tiada siapa yang akan bagi rehat kepada orang yang bekerja keras. Anda perlu menjadi seorang yang profesional dan bersikap positif dalam merapatkan hubungan.

Sikap jujur dengan pengurus anda daripada menipu mereka hanya untuk mendapatkan cuti adalah sesuatu yang amat baik. Bersedia untuk bekerja lebih keras dan waktu yang lama supaya jika anda tiada, terdapat orang yang boleh menggantikan anda.

Kesimpulannya, walaupun anda ini seorang pekerja yang rajin, pastikan anda usahakan untuk meluangkan masa bercuti, kerana kebaikan-kebaikan melancong yang anda akan perolehi pastinya meningkatkan kualiti prestasi kerja anda juga akhirnya.

Avatar of Hadi
About the author

Melancong.my: Laman online pakej percutian disediakan oleh Hadi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman.
2 Responses

Berikan Komen