fbpx
+601-7353-6884 [email protected]

Tips Penting Melancong Bersama Anak Kesayangan

Bercuti dengan anak bagi keluarga yang belum pernah ada pengalaman menjadikan ia suatu cabaran yang sangat besar.

Pengurusan anak di rumah sudah kelihatan sukar bagi sesetengah orang, apetah lagi ingin bercuti dengan mereka.

Kebimbangan terhadap anak itulah yang sering membuatkan keluarga memutuskan ingin menunda percutian sehingga anak-anak ‘sudah cukup besar’. Ada yang memilih usia kira-kira 2 tahun kerana anak sudah boleh berkomunikasi dengan mudah.

Jika anda ingin bercuti bersama anak, disini ada beberapa tips bagi anda yang ingin travel bersama anak-anak.


Sebelum Melancong Ke Destinasi Bersama Anak

Sebelum Melancong Ke Destinasi Bersama Anak

Double-check jadual penerbangan anda. Anda tidak mahu apa-apa terjadi apabila sudah sampai ke pusat lapangan terbang. Sentiasa periksa perjalanan anda dalam 24jam sebelum bertolak ke sana.

Pastikan masa bertolak dan balik masih tidak berubah supaya anda tidak perlu menunggu di pusat lapangan terbang apabila terdapat kelewatan atau penerbangan anda tertunda.

Print pas penerbangan di rumah anda. Syarikat penerbangan pada hari ini sentiasa menawarkan kemudahan kepada pelanggan mereka.

Laman Web setiap syarikat penerbangan akan memberikan servis online untuk print pas penerbangan supaya anda tidak perlu beratur di kaunter tiket penerbangan pada waktu kejadian. Anak anda tidak perlu menunggu pada masa yang lama apabila sampai ke pusat lapangan terbang.


Bagaimana Anda Boleh Travel Dengan Anak

Ambil Perhatian Tindakbalas Anak Ketika Melancong

Terangkan kepada anak anda apabila sampai ke pintu kawalan keselamatan. Perkara ini kebanyakan ibu bapa tidak bersedia dan anak-anak mula merasa takut serta keliru apabila berada di situ. Terutama sekali apabila itu merupakan percutian pertama buat anak-anak.

Anda perlu bersedia lebih awal untuk beritahu anak anda apabila sampai ke pintu kawalan keselamatan, apa yang perlu di buat seperti melepaskan anak patung mereka jika diberitahu oleh pengawal keselamatan yang berada di situ.

Bersedia dengan cuaca yang tidak menentu. Ini merupakan nasihat yang mudah kerana memakaikan anak anda dengan pakaian yang sesuai dengan persekitaran yang baru dapat memberikan keselesaan kepada mereka.

Apabila anda sudah ada peralatan yang mencukupi, anda tidak perlu bimbang jika anda berada di pantai dan anak anda ingin bermain dengan air. Keselamatan keluarga perlu diutamakan kerana ia akan membawa kepada keluarga yang sejahtera.

Jangan lupa ubat-ubatan. Perkara ini juga amat penting untuk ibu bapa yang sayangkan anak-anak mereka.

Apabila mereka keluar dari rumah, pergi ke tempat yang tidak pernah mereka lihat dengan perubahan cuaca di tempat orang, anak-anak akan mudah dijangkiti dengan bakteria di persekitaran.

Penyakit yang selalu dijangkiti adalah seperti selesama atau demam dan ini akan merisaukan anda.

Penyediaan ubat amat penting kerana ia boleh jadi penawar sementara sebelum anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Ketika Di Tempat Pelepasan

Ketika Di Tempat Pelepasan

Bawa barang mainan yang boleh mengkhayalkan mereka. Jika anda bawa anak yang masih kecil yang sukar untuk mengalihkan perhatian mereka, bawa barang mainan seperti patung, sticker, barang magnet, dan buku-buku mewarna di dalam beg anda.

Sewaktu perjalanan anda, jangan keluarkan semua permainan tersebut pada satu masa, bawa keluar satu persatu. Bagi mereka bermain dengan satu permainan sehingga mereka mula merasa bosan dan keluarkan permainan yang lain pula.

Tidak digalakkan sama sekali anda bawa permainan yang boleh keluarkan bunyi yang bising kerana ini akan menganggu penumpang yang lain.

Beri mereka kamera. Jika anda bawa anak yang sudah cukup umur dan pandai berkomunikasi, bagi mereka kamera kerana ini akan menarik minat mereka untuk melihat persekitaran mereka.

Perkara ini sangat sesuai jika anda berada di dalam bas, kereta atau kereta api. Banyak pemandangan yang menarik dapat dilihat dan ini membuatkan anak anda berasa seronok dan mula mengambil gambar.

Anda jangan merasa terkejut jika gambar yang anak anda ambil itu merupakan gambar yang paling cantik pernah anda lihat. Otak mereka sewaktu kecil dapat belajar sesuatu dengan cepat dan mungkin mereka mempunyai bakat untuk mengambil gambar.

Bawa beberapa manisan. Jika anda menaiki kapal terbang, telinga anda akan mula merasa sakit akibat tekanan udara yang berbeza pada ketinggian yang berbeza.


Ambil Perhatian Tindakbalas Anak Ketika Melancong

Bagaimana Anda Boleh Travel Dengan Anak

Perkara ini juga akan berlaku pada anak anda. Anda akan mula perasan kadang-kadang akan ada bayi yang akan menangis dan ini disebabkan oleh telinga mereka mula merasa sakit akibat tekanan udara.

Beli beberapa manisan untuk mereka kerana ini akan membuatkan mereka menelan air liur dan mengurangkan kesakitan daripada telinga. Bagi bayi pula, anda perlu bagi botol susu atau puting bagi menggalakkan mereka untuk menghisap dan menelan.

Beritahu mereka tentang polis yang ingin menangkap budak-budak. Helah yang sangat bijak adalah memberi amaran kepada anak-anak anda tentang orang yang ingin mencari budak-budak yang nakal dan tidak mahu duduk diam.

Tidak dicadangkan untuk anda menakutkan anak-anak anda kerana ia akan membawa kepada fobia dan anak anda mula merasa takut dan tidak bertindak aktif.

Tetapi jika anda tahu caranya, anda boleh halang anak anda daripada memanjat kerusi, bermainan dengan meja yang boleh dilipat atau menendang kerusi penumpang lain.

Beri hadiah kepada anak anda. Selepas percutian yang membawa kepada kegembiraan seisi keluarga, anda perlu memberi ganjaran kepada anak-anak anda.

Hadiah ini tidak perlu sesuatu yang mahal kerana ia boleh menjadi memori yang mungkin tidak dapat dilupai oleh anak anda selepas mereka menjadi dewasa.

Permainan yang perlu dicari tidak perlu sesuatu yang boleh dianggap bahaya kerana jika perjalanan anda menggunakan kapal terbang, mungkin permainan itu akan disekat dan tidak dibenarkan untuk di bawa pulang.

Permainan seperti haiwan yang lembut amat digalakkan.

0 0 vote
Article Rating
blank
About the author

Melancong.my: Laman online pakej percutian disediakan oleh Hadi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Melancong Melancong.my adalah laman menyediakan pakej-pakej percutian berkualiti yang dimilik oleh Hadigo Travel & Tours. Menyediakan perkhidmatan rundingan percutian diseluruh Malaysia secara atas talian. Anda kini boleh menempah percutian secara online. Tourism Malaysia Matta
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x