Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.
Teringin nak lari sekejap dari kesibukan harian dan rasai sendiri magis kota bersejarah di Asia Tengah?
Bayangkan anda bergambar dengan latar senibina Islam yang tersergam indah di Dataran Registan, atau menghirup udara segar berlatarkan gunung-ganang memukau di Kyrgyzstan.
Kami di Suka Melancong sangat faham, merancang percutian ke luar negara bukan mudah.
Nak fikir tiket penerbangan, hotel selesa, pengangkutan, dan paling penting, mencari makanan halal yang diyakini! Sebab itulah kami sediakan Pakej Percutian Muslim Tour khas ke Asia Tengah ini.
Semuanya all-in, anda tinggal bawa beg dan senyuman saja. Selebihnya biar kami uruskan dari A sampai Z.
Pilih saja nak pusing Uzbekistan atau gabungan tiga negara memukau dengan harga promosi yang sangat berbaloi. Jom cipta memori indah bersama kami!

Penerbangan ~ KLIA ~ Uzbekistan Airways
Menaiki penerbangan domestik dari Tashkent menuju ke Bukhara. Lawatan di Bukhara:
Lawatan di Samarkand:
Bermalam di Bukhara.
Bermalam di Bukhara.
Bermalam di Samarkand.
Lawatan di Samarkand:
Bermalam di Samarkand.
Lawatan di Tashkent:
Bermalam di Tashkent.
Tiba di lapangan terbang KLIA.
Kenapa Ramai Pelancong Malaysia Bercuti di Uzbekistan
Uzbekistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tengah dan merupakan bekas republik Soviet. Negara ini mempunyai sejarah yang kaya dan budaya yang unik, serta menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik hati para pelancong dari Malaysia.
Sejarah Islam Yang Masih Kekal
Uzbekistan adalah salah satu negara yang terlibat dalam Jalan Sutera, sebuah laluan perdagangan purba antara China dan Mediterranean. Di sini, anda boleh melihat kesan-kesan sejarah Islam yang masih kekal hingga kini, seperti masjid, mausoleum, madrasah dan pasar yang berusia berabad-abad.
Antara bandar-bandar ‘mistik’ yang wajib dilawati adalah Samarkand, Bukhara dan Khiva, yang mempunyai seni bina Islamik yang menakjubkan. Anda juga boleh melawat tempat-tempat yang berkaitan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal, seperti Imam Bukhari, Imam Al-Bukhari dan Amir Timur.
Makanan Halal dan Mesra Muslim
Uzbekistan adalah sebuah negara yang mempunyai populasi Muslim melebihi 80 peratus. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang makanan halal dan waktu solat semasa bercuti di sini.
Anda boleh menikmati makanan tempatan Uzbekistan yang sedap dan unik, seperti Kurt (keju kering), Morkovcha (salad lobak merah), Shivit Oshi (mi hijau dengan yogurt), Sumalak (dessert bijirin) dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba Nasi Bukhari Asli, yang disediakan khas untuk para pelancong dari Malaysia.
Pemandangan Alam yang Memukau
Uzbekistan bukan sahaja mempunyai bandar-bandar bersejarah, tetapi juga mempunyai pemandangan alam yang memukau. Anda boleh mengunjungi Pergunungan Chimgam, yang menawarkan suasana yang tenang dan indah.
Di sini, anda boleh menaiki cable chair untuk melihat pemandangan dari atas atau bersantai di tepi tasik buatan manusia. Anda juga boleh melihat keindahan padang pasir Kyzyl Kum, yang merupakan salah satu padang pasir terbesar di dunia. Anda boleh menaiki unta atau berkhemah di bawah bintang-bintang.
Pengalaman Menarik dan Berbeza
Uzbekistan adalah sebuah negara yang menawarkan pengalaman menarik dan berbeza kepada para pelancong dari Malaysia. Anda boleh merasai kehidupan orang-orang Uzbekistan dengan menginap di rumah-rumah tradisional yang dipanggil yurt.
Anda juga boleh belajar tentang seni dan budaya Uzbekistan dengan melihat persembahan tarian dan muzik, atau mengambil bahagian dalam bengkel tekstil dan tembikar. Anda juga boleh menaiki Afrosiyob, sebuah kereta api laju yang menghubungkan bandar-bandar utama di Uzbekistan.
Pakej Percutian ke Uzbekistan
Jika anda berminat untuk bercuti di Uzbekistan, anda boleh memilih pakej percutian ke Uzbekistan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan di Malaysia. Pakej-pakej ini biasanya termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan hotel, pengangkutan sepanjang trip, makan dan minum fullboard, pemandu pelancong dan lawatan ke tempat-tempat tarikan utama. Anda juga boleh mendapatkan harga promo atau diskaun jika anda membuat tempahan awal atau dalam kumpulan besar.
Uzbekistan adalah sebuah destinasi percutian yang sesuai untuk semua golongan, sama ada keluarga, kawan-kawan atau pasangan.
Anda boleh menikmati percutian yang penuh dengan sejarah, budaya, makanan, pemandangan dan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Jangan tunggu lagi, tempah pakej percutian ke Uzbekistan anda sekarang dan saksikan sendiri keajaiban dan keindahan negara ini..
Syukur sangat dapat jelajah 4 kota di Uzbekistan dengan selesa. Puas hati sebab dapat melawat lebih banyak tempat bersejarah dan masjid-masjid yang memukau. Tour guide pun sangat peramah, banyak membantu, dan berpengetahuan. Walaupun banyak berjalan, tapi tak terasa penat sebab bas dan penginapan semua sangat selesa. Memang recommended sangat ambil pakej Suka Melancong ni!
Alhamdulillah, percutian 7 hari ke Uzbekistan memang sangat berbaloi! Jadual tak terlalu padat dan sesuai sangat untuk jalan santai-santai menghayati sejarah. Bandar Samarkand memang cantik betul macam dalam lukisan. Terima kasih team Melancong.my sebab uruskan semuanya dengan teratur dari tiket penerbangan sampai ke hotel, terutamanya bab makanan halal. Servis memang tiptop!
Terima kasih kami ucapkan terutamanya kepada HADIGO TRAVEL AND TOUR SDN BHD (En Hadi dan Atiqa) atas amanah, kejujuran dan kesungguhan yang telah ditunjukan, Terima kasih juga kepada Tour Guide (Mr Bek dan Mr Mahmood) serta pemandu Mr Aziz kerana sentiasa memastikan keselamatan dan keselesaan kami di sepanjang kami berada di sana. Kombinasi baik antara tour agent, tour guide dan pemandu telah menjadikan percutian kami kali ini sebagai percutian yang sangat menarik, sangat bermakna dan tentunya ianya akan menjadi kenangan manis dalam hidup kami.
Jika dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan rezeki yang luas, InsyaAllah kami akan kembali lagi ke bumi Uzbekistan yang bertuah ini kerana kami telah “Reserves kan” Khiva untuk kami terokai pada percutian yang akan datang,
InsyaAllah.
Atas kejujuran, amanah dan usaha gigih yang ditunjukan, InsyaAllah, HADIGO TRAVEL AND TOUR SDN BHD akan menjadi pilihan kami untuk percutian kami yang
akan datang. InsyaAllah.
Terima kasih dari:
Hj Mahadi & Hjh Adlina
Pada saya semua ok, walaupun ada sedikit kesilapan, perkara itu biasa saja pada mana- mana agency pelancongan. Nara tour guide yg ok dan baik hati, sentiasa menolong pelanggannya . Sepjg pelancobgan ini saya puas hati atas layanan dan tanggungjawab yg diberikan. Tk juga kpd M melancong my.
Kami berdua seronok dapat sertai group percutian kali ni. Best sangat dan berjalan dengan lancar. Next time kitorang nak ke Europe ok!
