'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Sydney Australia Pelancong Malaysia

(4 Testimoni)
WARRANE
DariRM1,990
WARRANE
DariRM1,990
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

7334

Mudahkan Percutian Anda

  • 50,000+ Melancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I: No 1727, Level 17, Wisma Sunway, No.1 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. (+03-5526-7633)
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
5 Hari 4 Malam
Waktu : Jan - Dec
Kuala Lumpur
Sydney
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Pakej Sydney Australia Pelancong Malaysia

Pernah terbayang untuk terbang ke negara kanggaru dan nikmati sendiri keindahan landskapnya yang mendamaikan?

Jika ya, percutian ke Sydney pastinya destinasi yang wajib ada dalam senarai impian anda!

Bagi kami, percutian ini bukan sekadar untuk bergambar kenangan di mercu tanda ikonik seperti Sydney Opera House atau Sydney Harbour Bridge.

Ia lebih daripada itu. Bayangkan ketenangan saat anda menghirup udara segar di pergunungan Blue Mountains, keseronokan melayan telatah comel haiwan tempatan Australia secara dekat, dan detik santai menikmati suasana pagi disapa bayu laut di Pantai Bondi.

Memang ngam untuk lari sebentar daripada kesibukan tugas harian.

Pakej-Sydney-terkini

Melalui Pakej 5 Hari 4 Malam Eksplorasi Sydney ini, jadual perjalanan telah kami susun dengan teliti dan kemas.

Anda tak perlu lagi pening memikirkan urusan logistik. Semuanya sudah dirancang. Anda hanya perlu bawa diri, relaks, dan nikmati setiap detik berharga bersama insan tersayang.

Jom mulakan pengembaraan. Jengah ke bawah untuk lihat tentatif menarik yang menanti anda!

Perlepasan

  • K.Terbang ~ KLIA ~ Malaysia Airlines & Air Asia X
  • Coach ~ KL ~ Putra Station ~ E Hailing
  • Private Car ~ Sydney International Airport ~ Kereta Persendirian

 

Harga Termasuk

  • Penginapan 4 malam di hotel.

  • Sarapan pagi seperti yang dinyatakan dalam tentatif.

  • Pengangkutan untuk tujuan lawatan seperti di dalam jadual.

  • Pemindahan pergi dan balik lapangan terbang ke hotel.

  • Tiket bayaran masuk untuk lokasi yang termaktub dalam jadual.

  • Khidmat pemandu pelancong.

Harga Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan antarabangsa.

  • Pemindahan lapangan terbang secara peribadi (Private Airport Transfer).

  • Cukai lapangan terbang.

  • Bayaran tip (tipping) untuk pemandu pelancong dan pemandu kenderaan.

  • Caj peribadi di bilik hotel (panggilan telefon, bar mini, servis dobi, dll.).

  • Perbelanjaan peribadi sewaktu melancong.

  • Caj perkhidmatan porter di hotel.

  • Lawatan dan tiket pilihan (Optional tour seperti tiket tunggangan di Scenic World).

  • Insurans perjalanan.

  • Visa pelancong Australia.

Nota Tambahan

Penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Sydney (SYD) secara kebiasaannya mengambil masa sekitar 8 hingga 8.5 jam bagi penerbangan terus.

Bagi laluan ini, anda mempunyai beberapa pilihan syarikat penerbangan yang popular:

  • Penerbangan Terus (Direct Flight): Malaysia Airlines dan AirAsia X lazimnya menawarkan pilihan penerbangan terus tanpa henti.

  • Penerbangan Transit: Alternatif lain termasuk Singapore Airlines atau Scoot (transit di Singapura), Batik Air, dan Qantas.

Pakej Pilihan Lain

Dapatkan Sebutharga Untuk Pilihan Pakej Lain
  • Pakej BerduaPakej bulan madu atau berdua (Twin)
  • Pakej BerkeluargaIngin bawa keluarga anda bercuti di sini?
  • Pakej BerkumpulanBawa rakan atau teman kerja anda bercuti di sini
Galeri
Tentatif Cadangan 5H4M Eksplorasi Sydney

Hari PertamaKetibaan di Sydney

  • Setibanya anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, wakil kami akan bersedia di tempat pertemuan untuk membawa anda terus ke hotel penginapan.
  • Proses daftar masuk bermula pada jam 2.00 petang.
  • Baki hari ini adalah bebas untuk anda berehat selepas penerbangan atau mula meninjau suasana persekitaran bandar mengikut keselesaan rentak anda sendiri.

Hari KeduaMenyelami Ikon Sydney & Pantai Bondi (Sarapan)

  • Mulakan pagi dengan sarapan di hotel sebelum memulakan lawatan bandar.
  • Penerokaan bermula di kawasan bersejarah The Rocks, iaitu titik permulaan bandar Sydney moden.
  • Perjalanan diteruskan dengan memandu melintasi mercu tanda kebanggaan bandar ini termasuk Sydney Opera House, Sydney Town Hall, Sydney Tower, dan Darling Harbour.
  • Anda akan singgah di Mrs Macquarie’s Chair untuk menikmati panorama pelabuhan yang luas, sebelum menghala ke pesisir Pantai Bondi yang ikonik.
  • Lawatan berakhir di King Street Wharf, dan dari situ anda bebas merancang perjalanan pulang ke hotel pada waktu yang bersesuaian.

Hari Ke TigaAlam Semula Jadi Blue Mountains & Pelayaran (Sarapan)

  • Selepas sarapan, tumpuan hari ini beralih kepada alam semula jadi. Destinasi pertama ialah perkampungan pergunungan Leura yang tenang, diikuti dengan pemandangan terbuka Lembah Jamison.
  • Di Scenic World, anda mempunyai masa untuk berehat menikmati pemandangan atau mencuba tarikan (atas pilihan/perbelanjaan sendiri) seperti kereta api condong tercuram di dunia, Cableway, atau Skyway.
  • Berjalanlah di pelantar kayu merentasi kanopi hutan sebelum melihat formasi batu Three Sisters secara dekat di Echo Point.
  • Seterusnya, selami persekitaran liar Australia di Featherdale Wildlife Park; rasai pengalaman memberi makan kanggaru serta melihat koala, wombat, dan dingo.
  • Perjalanan pulang ke bandar menjadi lebih santai menerusi pelayaran menyusuri Sungai Parramatta hingga ke Pelabuhan Sydney bagi mengelakkan kesesakan trafik.

Hari Ke EmpatPilihan Pengalaman Sepenuh Hari (Sarapan)

Nikmati sarapan di hotel. Hari ini memberi anda kebebasan untuk memilih satu daripada dua pengalaman khusus:

  • Pilihan A (Lembah Hunter): Melintasi Jambatan Pelabuhan Sydney menuju ke kawasan luar bandar. Hari ini diisi dengan penerokaan santai, merangkumi lawatan ke pusat pembuatan keju dan coklat tempatan untuk merasai hasil kraf artisan, disulami dengan pemandangan landskap ladang yang damai.

  • Pilihan B (Port Stephens): Singgah di Australian Reptile Park untuk melihat haiwan tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke perairan Port Stephens. Di sini, anda akan menaiki bot untuk menjejaki kelompok ikan lumba-lumba bottlenose liar. Pengalaman diakhiri dengan cabaran menaiki kenderaan 4WD dan meluncur pasir di bukit pasir Stockton.

Hari Ke LimaSelamat Berlepas (Sarapan)

  • Sarapan disediakan di hotel. Anda mempunyai masa lapang pada sebelah pagi untuk bersiar-siar buat kali terakhir atau melengkapkan pembelian cenderamata.
  • Selepas mendaftar keluar, pengangkutan akan disediakan untuk membawa anda ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang.
Peta

[Panduan Lengkap] Percutian Ke Sydney Australia

Artikel menarik tentang aktiviti yang boleh dilakukan di Sydney

Kenapa pakej ini sesuai menjadi pilihan percutian Sydney anda?

1. Destinasi Makanan Halal & Hasil Laut Segar

Walaupun berada di negara Barat, Sydney adalah sebuah bandar pelbagai budaya yang sangat mesra Muslim.

Sangat mudah untuk mencari lambakan restoran bersijil halal di sekitar bandar, daripada masakan Timur Tengah, Indonesia, sehinggalah makanan tempatan Malaysia.

Selain itu, lokasi seperti Sydney Fish Market menawarkan aneka makanan laut segar yang lazat dan selamat untuk dinikmati tanpa was-was.

2. Jadual Santai yang Memudahkan Urusan Ibadah

Tentatif percutian ini disusun secara teratur dan tidak terlalu terkejar-kejar. Fleksibiliti masa ini sangat penting bagi pelancong Muslim kerana ia memberikan kelapangan untuk merancang dan mendirikan solat Jamak serta Qasar dengan selesa.

Terdapat juga kemudahan bilik solat dan masjid di sekitar Sydney CBD dan beberapa pusat tarikan pelancong.

3. Pengalaman Alam Semula Jadi yang Mesra Keluarga

Karakteristik pelancong Malaysia lazimnya lebih gemar bercuti bersama keluarga. Aktiviti santai seperti bermanja dengan koala dan kanggaru di Featherdale Wildlife Park, menjejaki ikan lumba-lumba di Port Stephens, serta melihat panorama di Blue Mountains adalah sangat family-oriented.

Ia aktiviti yang selamat, bersih, dan sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga ke warga emas.

4. Tarikan Cuaca Nyaman dan Sejuk

Peluang menikmati cuaca sejuk dan suasana yang jauh berbeza dari Malaysia menjadi faktor penarik utama.

Pelancong boleh merasai pengalaman iklim empat musim dan bergaya santai dengan pakaian musim sejuk tanpa perlu menempuh tempoh penerbangan belasan jam ke Eropah.

5. Komuniti Pelancongan yang Selamat dan Terbuka

Komuniti di Sydney sudah terbiasa dengan kepelbagaian kaum dan agama. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong Muslim.

Ditambah pula dengan infrastruktur bandar yang teratur, sistem pengangkutan yang cekap, dan tahap keselamatan awam yang tinggi, ia memberikan ketenangan fikiran (peace of mind) terutamanya kepada mereka yang pertama kali melancong ke Australia.

Soalan Lazim (FAQ) – Pakej 5H4M Sydney

1. Adakah tiket penerbangan dan visa ke Australia termasuk dalam pakej ini?

Harga pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan antarabangsa dan permohonan Visa (ETA Australia).

Walaubagaimanapun, kami boleh bantu berikan khidmat nasihat untuk tempahan tiket penerbangan dan panduan permohonan visa jika anda perlukan bantuan.

2. Adakah pakej ini menyediakan makanan halal (makan tengah hari & malam)?

Pakej ini hanya merangkumi sarapan pagi di hotel. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau.

Pemandu pelancong kami akan membawa anda ke lokasi yang mempunyai banyak pilihan restoran Halal atau mesra Muslim (Muslim-friendly) untuk anda nikmati makan tengah hari dan malam atas perbelanjaan sendiri. Anda juga boleh mencuba makanan laut segar di Sydney!

3. Boleh ke saya bawa bekalan makanan dari Malaysia seperti Brahim’s, serunding atau mi segera?

Boleh, tetapi undang-undang Biosekuriti Australia sangat ketat. Semua jenis makanan mesti diisytiharkan (declare) dalam kad ketibaan (Incoming Passenger Card).

Pastikan makanan tersebut di dalam bungkusan komersial (ada label). Dilarang sama sekali membawa produk berasaskan daging mentah, tenusu, produk telur ayam, dan buah-buahan segar.

4. Pakej ini sesuai tak untuk saya bawa kanak-kanak kecil (infant) atau warga emas?

Sangat sesuai! Kami menyusun jadual perjalanan ini secara santai dan tidak terlalu padat. Majoriti lokasi tarikan seperti Blue Mountains, Featherdale Wildlife Park, dan pelayaran di pelabuhan sangat mesra keluarga, mempunyai akses kerusi roda (wheelchair), dan mudah untuk penggunaan kereta tolak bayi (stroller).

5. Macam mana dengan waktu solat semasa lawatan (tour)?

Memandangkan jadual kita fleksibel, anda boleh berbincang dengan pemandu pelancong untuk menyesuaikan masa berhenti.

Kami akan pastikan anda mempunyai masa yang cukup dan selesa untuk singgah solat Jamak dan Qasar, sama ada di ruang solat awam yang disediakan di lokasi tarikan, masjid berhampiran, atau kembali ke hotel.

6. Mata wang apa yang patut saya bawa? Perlu bawa wang tunai (cash) yang banyak ke?

Mata wang rasmi ialah Dolar Australia (AUD). Kami sarankan anda membawa sedikit wang tunai untuk perbelanjaan kecil. Walau bagaimanapun, kebanyakan kedai, restoran, dan gerai cenderamata di Sydney lebih mengutamakan pembayaran tanpa tunai (kad kredit/debit seperti BigPay, Wise, atau kad bank tempatan yang telah diaktifkan untuk transaksi antarabangsa).

7. Apa jenis pakaian yang patut saya bawa?

Ia bergantung pada bulan anda melancong. Sydney mempunyai 4 musim:

  • Musim Panas (Disember – Februari): Pakaian kasual yang nipis dan selesa.

  • Musim Luruh (Mac – Mei) & Bunga (September – November): Pakaian sederhana tebal dan sweater ringan.

  • Musim Sejuk (Jun – Ogos): Jaket musim sejuk, mafla, dan pakaian berlapis (suhu boleh turun sehingga 8°C – 10°C).

    (Nota: Pastikan anda memakai kasut berjalan yang selesa kerana kita akan banyak bersiar-siar!)

4 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Khairul, Pulau Pinang

Pelancong Berkeluarga

Bawa orang tua ni memang kena plan elok-elok, tapi nasib baik ambil pakej ni. Transport semua selesa, takde la mak ayah kena menapak jauh sangat. Paling best, guide kitorang sangat understanding, siap ingatkan dan tolong carikan port selesa untuk kitorang singgah solat Jamak. Mak ayah pun senyum je memanjang, puas hati.

12/11/2025
Avatar of Hadi

Faizal & Isteri, Johor Bahru

Pelancong Berpasangan

Thanks team Melancong.my sebab susun jadual kitorang cantik gila! Pergi Blue Mountains tu memang healing habis, view dia masyaAllah lawa, cuaca pun sejuk syok je.

Memang cun sangat la untuk celebrate anniversary kitorang. Lagi satu, kitorang suka sebab ada free time lepak Pantai Bondi ikut suka hati.

Takde rasa terikat. Memang best!

16/04/2025
Avatar of Hadi

Faizal & Isteri, Johor Bahru

Pelancong Berpasangan

Thanks team Melancong.my sebab susun jadual kitorang cantik gila! Pergi Blue Mountains tu memang healing habis, view dia masyaAllah lawa, cuaca pun sejuk syok je.

Memang cun sangat la untuk celebrate anniversary kitorang. Lagi satu, kitorang suka sebab ada free time lepak Pantai Bondi ikut suka hati.

Takde rasa terikat. Memang best!

16/04/2025
Avatar of Hadi

Puan Salwa & Keluarga, Selangor

Pelancong Berkeluarga

Mula risau jugak nak bawa anak kecil bercuti jauh ke Australia, tapi jadual pakej ni memang sangat santai dan tak memenatkan. Anak-anak saya paling teruja bila dapat bagi makan kanggaru dan tengok koala depan mata dekat Featherdale Wildlife Park. Bab makan pun tak pening langsung sebab tour guide banyak bantu tunjukkan restoran halal yang sedap-sedap di bandar. Memang rekomen!

02/10/2024
10 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM1,990
Book Now