Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.
Kami memastikan perjalanan anda selesa tanpa pening kepala memikirkan kos tersembunyi.
Tiket Penerbangan Antarabangsa: Penerbangan terus pergi dan balik (Malaysia Airlines).
Tiket Penerbangan Domestik: Penerbangan pergi dan balik (Auckland – Christchurch, Queenstown – Auckland).
Bagasi: Bagasi berdaftar 20kg dan bagasi kabin 7kg.
Makan (Penerbangan): Makanan disediakan dalam penerbangan antarabangsa.
Makan Malam (Dinner): Makan malam halal dimasak dan disediakan secara eksklusif oleh kru kami.
Pengangkutan: Pengangkutan persendirian (bas/van yang selesa) sepanjang di New Zealand.
Pemandu Pelancong: Pemandu pelancong warganegara Malaysia yang menetap di sana.
Cukai Lapangan Terbang (Airport Tax).
Makanan Tambahan: Sarapan pagi dan makan tengah hari (bebas memilih mengikut bajet sendiri).
Makan Penerbangan Domestik: Tiada hidangan disediakan semasa penerbangan domestik di New Zealand.
Bagasi Berlebihan: Sebarang kos penambahan berat bagasi.
Tiket Masuk & Aktiviti Pilihan (Optional): Seperti Milford Sound Cruise, Hobbiton, Tram Ride, Bungy Jumping, Zipline, Skyline Gondola, dan Luge.
Perbelanjaan Peribadi: Beli-belah, dobi, dan cenderamata.
Insurans Perjalanan (Travel Insurance): Perlindungan peribadi dan perubatan wajib dibeli berasingan oleh peserta sebelum tarikh berlepas.
Makan Tengah Hari (Tidak Termasuk): Jangan risau tentang makan tengah hari. Memandangkan NZ sangat terkenal dengan budaya santai, Tour Guide kebiasaannya akan berhenti di pekan atau pasar raya (seperti PAK’nSAVE atau Countdown). Anda boleh beli makanan bungkus, salad, pie panas, atau roti untuk dinikmati sambil berkelah berhadapan tasik.
Pakaian (Layering): Cuaca di Pulau Selatan biasanya lebih sejuk berbanding Pulau Utara, ditambah pula dengan angin yang kuat. Amalkan pemakaian berlapis (inner termal, kemeja, dan jaket kalis angin/hujan) supaya mudah dibuka atau dipakai bergantung pada suhu harian.
Mata Wang (Cashless): New Zealand merupakan negara yang sangat meluas penggunaan kad (cashless). Sebaiknya aktifkan fungsi luar negara untuk kad debit/kredit anda (atau guna kad seperti BigPay/Wise). Bawa wang tunai NZD sekadar perlu sahaja.
Perlindungan Insurans (Tidak Termasuk): Oleh kerana pakej ini tidak menyediakan insurans peribadi, wajib beli Travel Insurance sebelum terbang sebagai pelindung daripada kelewatan bagasi, pembatalan penerbangan domestik, atau kecemasan perubatan (kos perubatan di NZ sangat tinggi).
Petang: Terus memulakan perjalanan darat merentasi pemandangan menghijau Pulau Utara menuju ke pekan Taupo (terkenal dengan tasik kawah gunung berapi yang luas).
Malam: Daftar masuk (check-in) penginapan di Taupo. Nikmati makan malam pertama masakan tempatan/Asia yang disediakan oleh kru sebelum berehat untuk menghilangkan jet lag.
Tengah Hari: Kembali ke Auckland untuk menaiki penerbangan domestik menuju ke Christchurch, pintu masuk utama ke Pulau Selatan (South Island).
Petang: Tiba di Christchurch. Melawat Masjid Al Noor untuk sesi ziarah (masjid bersejarah insiden 2019). Bersiar-siar di pusat bandar yang berkonsepkan warisan Inggeris.
Aktiviti Pilihan (Optional): Merasai pengalaman menaiki Christchurch Tram vintaj menyusuri bandar.
Malam: Daftar masuk penginapan di Christchurch. Makan malam santai bersama kumpulan.
Tengah Hari: Singgah di Tasik Tekapo untuk bergambar dengan tasik berwarna biru turquoise berlatarbelakangkan gereja batu Church of the Good Shepherd. Seterusnya, berhenti di Tasik Pukaki untuk pemandangan memukau Gunung Cook (Aoraki), gunung tertinggi di New Zealand.
Petang: Singgah di High Country Salmon Farm (peluang merasa salmon segar yang diternak di dalam air glasier). Jika cuaca dan masa mengizinkan, berjalan santai mengambil udara segar di trek Hooker Valley.
Malam: Daftar masuk penginapan di pekan tenang, Twizel. Makan malam bersama.
Tengah Hari: Singgah di Kawarau Gorge Suspension Bridge – tempat lahirnya sukan ekstrem berkelas dunia.
Aktiviti Pilihan (Optional): Uji adrenalin anda dengan terjunan Bungy Jumping atau terbang santai dengan Zipride melintasi sungai.
Petang: Tiba di Te Anau, sebuah pekan damai yang terletak di tepi tasik kedua terbesar di New Zealand. Sesi bebas untuk membeli-belah cenderamata tempatan atau berjalan di tepi tasik.
Malam: Daftar masuk penginapan di Te Anau. Makan malam disediakan.
Tengah Hari: Berjalan di dalam hutan berlumut The Chasm menuju ke air terjun deras. Seterusnya tiba di Milford Sound.
Aktiviti Pilihan (Sangat Digalakkan): Sertai Milford Sound Cruise menyusuri fiord, merasai tempias air terjun gergasi, dan melihat anjing laut liar bersantai di atas batu.
Petang/Malam: Bertolak ke Queenstown (diberi gelaran Adventure Capital of the World). Daftar masuk penginapan di sini dan makan malam.
Aktiviti Pilihan: Naik Skyline Gondola ke puncak Bob’s Peak untuk pemandangan panorama paling cantik di bandar ini. Sambung keterujaan dengan berlumba Luge (kereta luncur) menuruni bukit!
Anda juga boleh bersiar-siar di sekitar bandar, singgah di kafe-kafe hipster, dan membeli belah di pedestrian mall.
Malam: Makan malam bersama dan berehat.
Pagi: Daftar keluar penginapan. Luangkan detik terakhir mengambil gambar pemandangan pagi Lake Wakatipu dan puncak gunung The Remarkables.
Tengah Hari: Bertolak ke Lapangan Terbang Queenstown untuk menaiki penerbangan domestik pulang ke Auckland.
Petang: Tiba di Auckland. Jika masa mengizinkan, rombongan akan dibawa bersiar-siar ringkas di sekitar bandar Auckland atau membuat persiapan akhir (packing).
Malam: Daftar masuk penginapan terakhir di Auckland dan nikmati makan malam penutup (Farewell dinner).
Daftar keluar dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland. Daftar masuk penerbangan pulang.
(Makan dan minum disediakan di dalam penerbangan antarabangsa Malaysia Airlines).
Hari ke-9: Dijangka tiba di KLIA, membawa bersama memori indah bumi kiwi yang tidak dapat dilupakan.
(Nota: Susunan jadual mungkin akan diubah suai oleh pemandu pelancong bergantung kepada cuaca, keadaan trafik, atau waktu sebenar penerbangan domestik).
Konsep Makanan: Sarapan & Makan Tengah Hari: Perbelanjaan sendiri (Bebas memilih) | Makan Malam: Disediakan & dimasak hangat oleh pihak kami.
Saya suka stail pakej ni sebab siang kita bebas nak bajet makan lunch apa dan pilih aktiviti sendiri. Sempatlah saya try terjun Bungy Jumping dengan main Luge kat Queenstown, member-member lain pula lepak minum kopi tepi tasik. Pakej ni memang fleksibel tapi tersusun.
Pergi Tasik Tekapo dengan Milford Sound memang tak boleh move on, lawa sgt! Tour guide kita, Abang Joe memang peramah dan tahu port nak tangkap gambar yang rare sebab dia memang duduk sana. Dia siap tunjuk supermarket mana yang murah nak beli jajan untuk road trip. Servis memang tiptop!
Alhamdulillah, trip bawa famili pergi NZ memang smooth gila. Mula-mula cuak juga fikir macam mana nak cari makanan halal, tapi rupanya kru dah siapkan dinner panas-panas tiap hari. Balik bilik je, makanan dah ready. Anak-anak pun cakap sedap. Memang recommended sangat untuk famili yang tak nak serabut fikir bab makan.

