'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Seoul Korea Selatan Private

(4 Testimoni)
PRIVATE
DariRM4,690
PRIVATE
DariRM4,690
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

7104

Mudahkan Percutian Anda

  • 50,000+ Melancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I: No 1727, Level 17, Wisma Sunway, No.1 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. (+03-5526-7633)
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
6 atau 5 Hari
Waktu : 4 Pilihan Musim
KL Sentral / KLIA
LTA Incheon
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Percutian Pakej Seoul Korea Selatan Private

Sekarang ramai pelancong Malaysia memilih untuk melancong ke Seoul, Korea Selatan secara private dalam kumpulan kecil 6 hingga 10 orang kerana mereka mahukan pengalaman percutian yang lebih fleksibel, selesa dan eksklusif.

Dengan perjalanan secara private, jadual boleh disusun mengikut kehendak sendiri — tak perlu ikut kumpulan besar atau terikat dengan masa yang ketat.

Mereka bebas memilih tempat menarik seperti Nami Island, Gyeongbokgung Palace, Myeongdong, dan Han River mengikut minat masing-masing, sama ada untuk membeli-belah, bergambar, atau menikmati makanan halal Korea.

Percutian Korea Keluarga Puan Rawaidah

Selain itu, percutian kumpulan kecil lebih mesra dan mudah diurus, terutama jika bersama keluarga atau rakan rapat. Panduan pelancong juga boleh memberi perhatian lebih peribadi serta membantu dalam komunikasi, makanan halal, dan aktiviti yang sesuai untuk orang Malaysia.

Tambahan pula, ramai pelancong kini lebih selesa dengan gaya “private trip” kerana lebih privasi, keselamatan terjamin, dan mereka dapat merasai suasana tempatan dengan lebih mendalam.

Secara keseluruhannya, konsep private tour ke Seoul memberi keseimbangan antara kebebasan, keselesaan, dan pengalaman autentik Korea yang sukar didapati dalam pakej besar.

Sila pilih tarikh perlepasan yang anda inginkan dan padankan dengan waktu cuti anda.
 
Nota: Untuk makluman anda, pakej ini adalah ‘private fullboard‘, iaitu termasuk penginapan, hidangan, lawatan & tiket penerbangan. Rujuk ‘terma pakej termasuk’ dibawah.

Perlepasan

  • KL Sentral
  • KLIA

Persediaan

  • 1 Jam Sebelum Menaiki Bas
  • 3 Jam Sebelum Perlepasan Penerbangan

Tarikh Perlepasan

  • 2025
  • 2026

Harga Termasuk

Sila lihat pakej pilihan anda
  • Tiket Penerbangan AntarabangsaKelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
  • Penginapan Hotel 4 Malam bertaraf 3* bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)
  • HidanganSarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara
  • Tiket MasukTiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Ski Resort dan Gyeongbokgung Palace
  • PengangkutanPengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pengangkutan FeriPengangkutan feri ke Nami Island
  • Pengangkutan Golf CartGolf Cart di Hanuel Park
  • Urusan VisaUrusan visa memasuki Korea Selatan (warganegara Malaysia sahaja)
  • Pemandu PelancongPerkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional
  • TippingTip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

Harga Tidak Termasuk

  • Travel & Covid-19 InsuransHubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai
  • SurcajSurcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah
  • Servis TambahanServis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Lain-Lain Yang Tidak DinyatakanMakan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan. Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan. • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
Galeri
Cadangan Tentatif Pakej Seoul Korea Selatan
Sila lihat tentatif mengikut pakej pilihan anda

Hari Pertama KUALA LUMPUR - INCHEON

  • Berkumpul di KLIA
  • Menaiki penerbangan ke Incheon
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
  •  Bertolak ke Ski Resort
  • Daftar masuk hotel

Hari Kedua (MT/MM)INCHEON - CHUNCHEON

  • Lawatan di Chuncheon:
    • Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
    • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort.
  • Bermalam di Seoul.

Hari Ketiga (SP/MT/MM)SEOUL

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul.

Hari Keempat (SP)SEOUL

  • Lawatan di Seoul:
    • Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
    • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.
    • National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
    • Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Changdeok dan Tokong Diraja Jongmyo
    • Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Duty Free Shop. Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market termasuklah cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
    • Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggyecheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.
  • Bermalam di Seoul.

Hari Kelima (SP)SEOUL - INCHEON

  • Lawatan di Seoul:
    • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto
    • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenik butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road
    • Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
    • Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop
    • Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan
      lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokokpokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
    • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
    • Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
  • Bermalam di Incheon.

Hari Keenam (SP)INCHEON - KUALA LUMPUR

  • Sarapan pagi di hotel
  • Daftar keluar hotel
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
  • Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur
Peta

[Panduan Lengkap] Melancong Ke Korea Selatan

Ketahui apakah tempat-tempat menarik yang ada di Korea Selatan

 

✨ Apa yang menarik Pakej Seoul Korea Selatan Private Ini?

  1. Empat musim untuk dipilih
    Anda boleh pilih melancong mengikut musim — musim bunga, panas, luruh atau musim salji. Setiap musim ada keunikan sendiri: warna bunga / daun, cuaca sejuk yang cantik, salji, atau cuaca yang nyaman. 

  2. Pilihan destinasi dalam pakej
    Banyak pilihan destinasi dalam satu pakej — contohnya Seoul, Mount Seorak, Nami Island, Busan, Daegu, Jeju Island — ikut pakej yang anda pilih.

  3. Harga “all-in” & kemudahan termasuk
    Termasuk tiket penerbangan antarabangsa KL ↔ Korea, penginapan hotel 3 bintang + sarapan, pengangkutan coach, WiFi percuma, bagasi 20kg pergi dan balik, pemandu pelancong bertauliah & ketua kumpulan, pelbagai lawatan menarik dalam aturcara. 

  4. Destinasi & aktiviti menarik dalam aturcara
    Antaranya:
      • Nami Island (tempat ala drama Korea yang popular)
      • Mount Seorak — gunung & alam semula jadi yang cantik 
      • Everland Theme Park, Lotte World — taman tema besar, sesuai untuk famili & geng. 
      • Tempat-shopping seperti Dongdaemun Market, cosmetic shop, pasar bebas cukai.
      • Budaya & sejarah: Gyeongbokgung Palace, Blue House, Kimchi Making, hanbok wearing, etc. 

  5. Kecenderungan kepada pelancong Muslim diambil kira
    Banyak aspek mesra Islam diambil perhatian: makanan halal, masjid / surau di destinasi terkenal, lawatan ke Seoul Central Mosque.

  6. Reputasi + keselamatan
    Agensi Melancong.my telah berdaftar dengan MOTAC & MATTA, urusniaga dijamin selamat. (Melancong.my)
    Termasuk pemandu pelancong profesional dan ketua kumpulan.


👍 Kenapa pakej ini popular

  • Nilai untuk wang — ramai rasa puas hati sebab banyak yang disediakan dalam satu pakej, jadi tak perlu susah-payah susun sendiri segala-galanya (flight, hotel, pengangkutan, tour).

  • Stress rendah — sebab itinerary, makanan, penginapan, transport semua sudah diurus. Yang tinggal cuma nak enjoy.

  • Trafik tourism & budaya popular Korea — budaya K-Pop/drama Korea, makanan Korea, fesyen dan all those aesthetic tempat Instagramable sangat tarik perhatian. Ramai nak alami sendiri suasana Korea yang selalu nampak dalam media sosial & drama.

  • Musim yang cantik — bila musim luruh atau musim salji, pemandangan memang superb; bunga sakura di musim bunga atau salji putih di musim sejuk, jadi pengalaman lebih “wow”.

  • Kemudahan untuk pelancong Malaysia, terutama Muslim — adanya makanan halal dan surau memudahkan. Tak semua pakej luar ada benda ni, jadi ini satu kelebihan besar.

4 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Mohd Safuan

Pelancong Berkeluarga

Sgt berpuas hati.
Sebelum bercuti: diberi taklimat & ditanya expectation ketika bercuti kelak.
Semasa bercuti: mudah berunding, layanan sgt baik kpd anak² kecil & org tua, menjawab setiap soalan dgn mesra, memastikan keselamatan & keselesaan setiap masa, sentiasa membantu perkara² yg kami terlepas pandang, reminder waktu & aktiviti secara harian.
Selesai bercuti: memberi gambar² berkumpulan & candid semasa bercuti.
P/S: saya bagi sedikit tips tambahan pd agen yg teman kami sbb rasa berpuas hati.
Terima kasih Hadigo Travel & Tour.

13/01/2026
Avatar of Hadi

Nadzirah

Pelancong Berkeluarga

“Alhamdulillah safely arrived KLIA. Tamat sudah family trip kami ke Korea Selatan kali ini!

Siapa nak bercuti ke korea boleh la gunakan khidmat daripada melancong.my Servis terbaik 5 bintang!
Tour Leader yang sangat helpful sepanjang masa.

Restoran-restoran yang dibawa pun semua sedap-sedap belaka dan halal. Penuh aktiviti best sepanjang masa . Sangat best & very recommended!”

15/02/2025
blank

Shahrul Azwan

Pelancong Berpasangan

The vacation was good. No problem everything was in order. Thank you!

12/12/2024
Avatar of Hadi

Abu Bakar

Pelancong Berkeluarga

Sangat baik…saya dan keluarga puas hati dan gembira Program penuh dari pagi hingga lewat malam. Makanan sedap!

24/11/2024
7 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM4,690
Book Now