'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Korea Selatan Pilihan Popular

(11 Testimoni)
SARANGHAEYO
DariRM3,090
SARANGHAEYO
DariRM3,090
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.

Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

11521

Mudahkan Percutian Anda

  • 50,000+ Melancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I: No 1727, Level 17, Wisma Sunway, No.1 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. (+03-5526-7633)
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
6H4M / 5H4M / 7H5M
Waktu : 4 Musim Pilihan
KL Sentral / KLIA
LTA Incheon
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Pakej Korea Selatan Pilihan Popular
Pakej Seoul Korea Selatan: Salam sejahtera. Untuk Pakej Percutian ke Korea Selatan ini, kami bawakan anda 4 musim pelancongan Korea selatan pada harga yang murah dengan pelbagai pilihan pakej percutian.
 
Anda boleh pilih melancong ke Korea samada dengan Musim Bunga, Musim Panas & Musim Luruh serta Musim Salji mengikut tarikh-tarikh strategik yang kami sediakan di atas.
 
 
Setiap musim mempunyai kelebihannya sendiri kerana susana cuaca akan mempengaruhi mood percutian anda. Senarai pakej percutian Korea aneka pilihan musim dan destinasi tumpuan ini adalah yang popular dikalangan pelancong Malaysia.
 
Anda cuma perlu memilih kombinasi destinasi-destinasi pakej Korea yang diinginkan. Anda pasti teruja. Dapatkan tentatif dan tempah pakej Korea terkini sekarang juga!
 

Promosi Terkini Pakej Korea ‘Pilihan Menarik!’

Pakej Korea Selatan Jul 2026

Tarikh Perlepasan

WhatsApp untuk tentatif terkini

Perlepasan

  • KL Sentral
  • KLIA

Persediaan

  • 1 Jam Sebelum Menaiki Bas
  • 2 Jam Sebelum Perlepasan Penerbangan

Tarikh Perlepasan

  • 2026
  • 2027

Harga Termasuk

Sila lihat pakej pilihan anda
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 3 sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island & Gyeongbokgung Palace.

  • Pengangkutan feri ke Nami Island.

  • Kos pemprosesan K-ETA (untuk warganegara Malaysia sahaja).

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

  • Shopping Compulsory: Red Pine Tree Shop, Ginseng Center & Cosmetic Shop. (Nota: Jika menaiki MH66 aturcara lawatan berubah mengikut penerbangan).

Harga Tidak Termasuk

  • Urusan permohonan K-ETA (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri).

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Galeri

Terdapat beberapa sebab mengapa ramai pelancong Islam melawat Korea Selatan.

Salah satu sebabnya ialah Korea Selatan telah berusaha untuk menampung keperluan pemakanan dan budaya pelancong Muslim dengan meningkatkan ketersediaan pilihan makanan halal dan menawarkan surau di destinasi pelancongan yang popular.

Selain itu, Korea Selatan terkenal dengan industri teknologi, hiburan dan kecantikannya, yang popular di kalangan pelancong dari semua latar belakang.

Sebab lain ialah peningkatan populariti Korea Selatan sebagai destinasi pelancongan, yang telah membawa kepada lebih banyak penerbangan dan pakej pelancongan yang memenuhi keperluan pelancong Muslim.

Cadangan Tentatif Pakej Korea Selatan
Sila lihat tentatif sebenar mengikut pakej pilihan anda diatas

Hari Pertama KUALA LUMPUR - INCHEON

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1/Terminal 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.

Hari KeduaINCHEON - CHUNCHEON - SEOUL (SP/MT/MM)

  • Lawatan di Chuncheon:

     
    • Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.

       
  • Lawatan bulan Mac – November:

     
    • The Garden of the Morning Calm: Taman ini mempamerkan keindahan semula jadi melalui susunan bunga yang menakjubkan dan taman-taman yang direka dengan indah. Sempurna untuk pencinta alam dan peminat drama Korea, latar belakang yang indah ini telah dipaparkan dalam siri TV popular seperti ‘Moonlight Drawn by Clouds’.

       
    • INSPIRE Aurora LED Display, menampilkan skrin LED sepanjang 150m yang beresolusi tinggi di siling, dinding dan tiang, dengan ‘pertunjukan’ setiap 30 minit.

       
  • Lawatan bulan Disember – Februari:

     
    • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort.

       
    • Kos tambahan: Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa peralatan ski 35,000 won.

       
  • Bermalam di Seoul.

 

(Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam)

Hari KetigaSEOUL (SP/MT/MM)

  • Lawatan di Seoul:

     
    • Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.

       
    • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.

       
    • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.

       
    • Melawat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.

       
    • Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.

       
    • Membeli-belah di Ginseng Center.

       
    • Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.

       
  • Bermalam di Seoul.

 

(Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam)

Hari KeempatSEOUL (SP)

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul.

     
  • Bermalam di Seoul.

 

(Sarapan)

Hari KelimaSEOUL - INCHEON (SP/MT/MM)

  • Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo.

     
  • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.

     
  • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan Gangnam Dols kumpulan K-Pop di K-Star Road.

     
  • Membeli-belah di Cosmetic Shop dan Red Pine Tree Shop.

     
  • Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.

     
  • Hongdae Shopping Street, tempat tumpuan popular untuk remaja dan pelancong. Dapat melihat persembahan busking dan terdapat pelbagai jenis kedai pakaian, aksesori dan kosmetik, serta kafe hipster.

     
  • Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

 

(Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam)

Hari KeenamINCHEON - KUALA LUMPUR

  • Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Peta

[Panduan Lengkap] Melancong Ke Korea Selatan

Ketahui apakah tempat-tempat menarik yang ada di Korea Selatan

Ramai pelancong Muslim dari Malaysia memilih untuk bercuti ke Korea Selatan kerana negara ini menawarkan pelbagai kemudahan dan destinasi menarik yang mesra Muslim.

Salah satu faktor utama ialah peningkatan kemudahan makanan halal yang semakin mudah didapati di bandar-bandar utama seperti Seoul dan Busan.

Pelancong Muslim juga tertarik dengan kekayaan budaya dan sejarah Korea Selatan, termasuk lawatan ke istana-istana bersejarah, perkampungan tradisional, dan tapak UNESCO seperti Gyeongju.

Tambahan pula, Korea Selatan terkenal dengan keindahan semula jadi seperti Nami Island dan Gunung Seorak, yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan sepanjang tahun.

Kelebihan lain adalah ketersediaan kemudahan solat di lokasi-lokasi pelancongan utama, menjadikan perjalanan lebih selesa bagi Muslim.

Populariti K-Pop dan drama Korea juga memainkan peranan penting dalam menarik minat pelancong untuk mengalami budaya Korea secara langsung.

11 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Tuan Jebat Al & Pasangan

Pelancong Berpasangan

Terima kasih susun trip kitorang ke Korea hari tu. Servis memang memuaskan dari awal sampai habis. Hotel selesa, tempat-tempat wajib macam Nami Island dengan Everland semua sempat pergi tanpa rasa kelam-kabut. Tak perlu pening fikir apa-apa, bawa diri dan enjoy je. Insya-Allah saya akan rekomen dekat kawan-kawan.

04/03/2026
Avatar of Hadi

Cik Orked Dahlia

Pelancong Berkumpulan

Secara keseluruhan, saya puas hati dengan pakej ni. Terbang naik Malaysia Airlines memang selesa. Mula-mula ingatkan beg bagasi free tu biasa-biasa je, rupanya kualiti elok dan sangat berguna untuk isi barang shopping kat Myeongdong.

Tour guide pun banyak bantu ambilkan gambar. Pengalaman yang menyenangkan dan berbaloi dengan harga.

03/03/2026
Avatar of Hadi

Keluarga Megat Aryan

Pelancong Berkeluarga

Trip keluarga kami ke Seoul baru-baru ni sangat lancar. Risau juga mula-mula sebab bawa orang tua waktu musim sejuk, tapi jadual perjalanan teratur dan tak rushing.

Bab makan pun tak payah pening sebab semuanya diuruskan dan dijamin halal. Terima kasih mudahkan urusan percutian kami. Nanti boleh repeat lagi.

18/02/2026
Avatar of Hadi

Aishah Jalil

Pelancong Berpasangan

Servis terbaik! Harga pakej berbaloi sangat dengan pengalaman yang kitorang dapat. Hotel selesa, tempat makan semua sedap-sedap, tour guide pun sporting habis. Next time memang nak repeat lagi dengan Melancong.my. 10/10 bintang!

14/01/2026
Avatar of Hadi

Zahruddin Waki

Pelancong Berkeluarga

Seronok gila trip Korea haritu! Senang betul travel dengan Melancong.my. Makanan halal semua tour guide dah setelkan, tak payah pening nak cari sendiri. Paling best dapat jalan” pakai Hanbok. Memang recommended sangat untuk siapa yang first time nak pergi Korea!” ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

24/09/2025
12
9 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM3,090
Book Now