fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Krabi Thailand 4 Hari 3 Malam

(6 Testimoni)
PHIPHI ISLAND
DariRM1,136
PHIPHI ISLAND
DariRM1,136
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 09-827-1025 untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

4031

Mudahkan Percutian Anda

  • 15,000+ Pelancongan Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I : No 12-2, Jalan Lengkuas C, 16C, Seksyen 16, 40200 Shah Alam.
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
4 Hari 3 Malam
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA / KLIA 2
LTA Krabi
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Percutian Pakej Krabi Thailand 4 Hari 3 Malam

Atas permintaan ramai juga, kami berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan pakej-pakej promo. Dengan itu juga kami telah berkerjasama dengan Krabi Front Bay Resort untuk tawaran yang pastinya membuat anda gembira.

Krabi Front Bay Resort adalah penginapan bertaraf dunia dengan bercirikan suasana islamik. Menyediakan fasiliti sesuai dengan keperluan pelancong muslim

Tambah lagi, dengan Pakej Krabi Thailand 4 hari 3 malam bersama Krabi Front Bay Resort ini, kami jamin anda akan berasa selesa dan berpuas hati.

Sila lihat maklumat lanjut di bawah.

Perlepasan

  • K.Terbang ~ KLIA II ~ Air Asia & Malindo
  • K.Terbang ~ KLIA     ~ Malaysia Airlines

Persediaan

  • 3 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

  • Penginapan Hotel Pilihan
  • Pengangkutan Sepanjang Percutian
  • Hidangan Makan Seperti Dalam Tentatif
  • Tiket Lawatan Seperti Dalam Jadual Perjalanan
  • Boat Transfer Ke Pulau Pilihan
  • Fee Taman Perlindungan

Harga Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makanan & Tempat Lawatan Tambahan
  • Tipping (<100 Baht)
  • Insurans Perjalanan (Pilihan)
  • Tiket Penerbangan (Boleh Disediakan)

Kelebihan

  • Makanan Halal
  • Pemandu Pelancong
  • Surau & Kemudahan Sembahyang
Galeri
Tentatif Pakej Krabi Thailand 4 Hari 3 Malam

Hari PertamaKetibaan

1. Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi dan di sambut oleh wakil kami
2. Daftar masuk hotel
3. Aktiviti bebas
4. Makan malam seafood di Pak Nam Sea Foods Restaurant – disediakan

Hari KeduaTour Island

1. Sarapan pagi di hotel
2. Bertolak ke Jeti untuk tour pulau pilihan :-

a) Phi Phi Island
* Pulau Bamboo – bersantai di pantai berpasir putih yang indah
* Phi Phi Lay Viking Cave – fotografi dan berjalan-jalan untuk melihat bagaimana pengumpulan sarang burung dan melihat lukisan dinding purba
* Pileh Bay – Melihat lagoon yang sangat cantik
* Loh Samah Bay – melihat ikan-ikan yang berwarna-warni dan batu karang
* Maya Bay (Lokasi pengambaran filem “The Beach”) – yang dikelilingi oleh gunung dan pasir putih
* Pantai Monkey – meneroka pantai terpencil dan melihat kecantikan terumbu karang
* Phi Phi Don – Nikmati makan tengah hari di restoran di tepi pantai dan bersantai.

ATAU

b) 4 Islands
* Chicken Island – bentuk batu yang lucu seperti ayam. Lokasi popular untuk snorkerling yang pastinya membuatkan anda terpegun
* Si Island – sesuai untuk snorkeling sambil ditemani hidupan laut
* Tup Island – salah satu lokasi pelancongan yang tersembunyi, pulau Tup terletak di sepanjang Koh Dam Khwan. Apabila air pasang surut, laut secara beransur-ansur dipisahkan dengan pasir putih dan pantai batu kapur akan muncul untuk menyambung kedua-dua pulau.
Pemandangan yang sangat menakjubkan.
* Poda Island – Pantai yang putih, pantai berpasir yang indah, sesuai untuk berjemur, berenang dan snorkerling.

3. Kembali ke Hotel
4. Makan malam set Thai di Nong Nuch Restaurant – disediakan
5. Aktiviti bebas

Hari Ke TigaTour Island

. Sarapan pagi di hotel
2. Bertolak ke Jeti
3. Menaiki Long Tail Boat ke gunung Khao Kanab Nam ( Melihat sejarah Gua di Krabi )
4. Meneruskan aktiviti ke Koh Klang Island
5. Makan tengahari di restoran berhampiran pantai dan kolam ikan
6. Tour pulau dengan menaiki Skylab ( Local taxi ) dan singgah di Koh Klang Village ( Melihat gaya hidup masyarakat di kampung nelayan dan cara mereka menangkap hasil tangkapan laut )
7. Kembali ke jeti
8. Aktiviti diteruskan ke tour bandar Krabi
* Kaew Kowararam Temple
* Pasar buah
* Vogue Shopping Center
9. Kembali ke Hotel
10. Makan malam set Thai di Nong Nuch Restaurant – disediakan

Hari Ke EmpatAktiviti Bebas - Perlepasan

1. Sarapan pagi di hotel
2. Aktiviti bebas di Pantai Aonang
3. Daftar keluar hotel
4. Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi

Peta

[Panduan Lengkap] Percutian Ke Krabi Thailand

Melancong Ke Krabi Adalah Senarai Wajib, Ini Sebabnya

Pakej Percutian Muslim ke Krabi Thailand

Anda mencari pakej percutian yang sesuai untuk anda dan keluarga anda yang ingin menikmati keindahan pantai dan pulau di Thailand? Anda juga mahu memastikan bahawa pakej percutian anda menepati syariat Islam dan menyediakan makanan halal? Jika ya, maka pakej percutian muslim ke Krabi Thailand adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Krabi adalah salah satu destinasi percutian yang popular di Thailand, terutamanya bagi mereka yang mencari suasana pantai yang indah dan tenang. Krabi menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti yang sesuai untuk semua jenis pelancong, sama ada yang suka bersantai, beriadah, atau mencabar diri dengan aktiviti lasak.

Bagi pelancong muslim, Krabi juga merupakan tempat yang mesra Islam, kerana terdapat komuniti muslim yang besar di sini. Anda tidak perlu risau untuk mencari makanan halal, masjid, atau kemudahan lain yang memenuhi keperluan anda sebagai seorang muslim.

Dengan pakej percutian muslim ke Krabi Thailand, anda boleh menikmati percutian anda tanpa sebarang kerisauan. Pakej percutian ini akan menyediakan segala keperluan anda, seperti penginapan, pengangkutan, makanan halal, lawatan ke tempat-tempat menarik, dan aktiviti-aktiviti menarik.

Pakej percutian muslim ke Krabi Thailand juga akan mengambil kira bajet dan keperluan anda. Anda boleh memilih pakej yang penuh aktiviti atau yang free and easy. Anda juga boleh memilih kedudukan hotel yang sama ada nak duduk di tengah bandar atau pun berdekatan dengan pantai.

Pakej percutian muslim ke Krabi Thailand juga akan memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Anda boleh melawat pulau-pulau cantik seperti James Bond Island, Phi Phi Island, dan Hong Island, berkayak di hutan bakau atau sungai mangrove, mendaki bukit kapur atau air terjun, atau bersnorkel dan menyelam di laut biru.

Jika anda berminat untuk bercuti ke Krabi dengan pakej percutian muslim, anda boleh menempahnya sekarang juga Kami adalah syarikat pelancongan yang berpengalaman dan berwibawa dalam menyediakan pakej percutian muslim ke Krabi Thailand.

Kami juga menyediakan bayaran secara ansuran untuk memudahkan anda. Anda boleh menempah pakej percutian muslim ke Krabi Thailand dengan kami melalui laman web ini. Jangan lepaskan peluang untuk bercuti ke Krabi dengan pakej percutian muslim yang istimewa ini.

6 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

AHW GROUP

Pelancong Berkumpulan

Alhamdulilah. selama 4 hari 3 malam servis yg dibagikan team memang terbaik. kak ana & driver pon okay. hotel bersih & selesa. rakan sekerja pon semua enjoy & happy. proses booking pon mudah berurusan. insyallah boleh rekomen kan pd yg lain. insyallah ada rezeki sy book pergi bercuti dgn family pula. ❤

20/08/2023
Avatar of Hadi

Nur Farhani

Pelancong Berkeluarga

Alhamdulillah. Best bercuti di krabi Front Bay , resort pon saya suka, cantik sangat, saya dan suami amat berpuas hati dengan pakej yang diberikan oleh pihak cik. Dan jika ada rezeki, saya akan memilih pakej pelancongan dari cik.

01/03/2023
blank

Nik Noraini

Pelancong Berpasangan

Salam sarah, kak & aunty dah selamat sampai ke rumah. Terima kasih tolong arrangekan trip akak ke Krabi ni ya.

Sampaikan Salam akak kat Hadi juga. Alhamdulillah trip semua ok. InsyAllah ada rezeki nak berjalan lagi kak contact Sarah & Hadigo

07/08/2022
blank

Cik Fatin Nasihah

Pelancong Berkeluarga

Alhamdulillah semua okay. Untuk hotel memang terbaik! 4 pulau pun kami berpuas hati. Thank you so much

12/07/2022
blank

Nur Atiqah

Pelancong Berpasangan

Agent pelancongan sgt bagus, dr segi pengangkutan sgt berpuas hati dan selesa, makan senang, lokasi hotel sgt strategik. Layanan sgt baik. Nanti ada promotion ke luar negara lagi bole email saya.

06/01/2022
1
8 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!