Idaman Beach Holiday: Satu-satunya resort yang terletak di bahgian selatan jeti, kedudukannya strategi berhadapan pantai memanjang.
Bilik penginapan di resort ini adalah cukup ringkas namun memenuhi keperluan pelancong. Semua bilik penginapan adalah menghadap pantai dan anda boleh terus ke pantai dengan hanya beberapa langkah.
Baru-baru ini juga, satu unit penginapan baru telah dibina bersama dengan kolam renang yang cukup meriah dengan aktiviti air para pelancong.
Ada gerai cenderamata kecil disini, sebuah restoran serta gelanggang bola tampar pantai. Anda juga boleh menyewa peralatan snorkeling yang disediakan.
1. Menaiki feri dari Jeti Mersing/ Tg. Gemok ke Idaman Beach Holiday
2. Daftar Masuk ke Resort
3. Aktiviti Bebas
4. Makan malam
1. Sarapan Pagi di Resort
2. Snorkeling Trip
3. Makan Tengahari ( Packed )
4. Aktiviti Bebas
5. Makan Malam BBQ
1. Sarapan pagi
2. Daftar keluar resort
3. Berkumpul di jeti
4. Bertolak pulang dari Tioman ke Mersing/Tg. Gemok