'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Taiwan Taipei Muslim Tours

(4 Testimoni)
FORMOSA
DariRM2,990
FORMOSA
DariRM2,990
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

11462

Mudahkan Percutian Anda

  • 50,000+ Melancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I: No 1727, Level 17, Wisma Sunway, No.1 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. (+03-5526-7633)
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
5/6 Hari 4 Malam
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA II
LTA TPE Taipei
Had Umur : 2+
Maksimum : 40
Percutian Pakej Taiwan Taipei Muslim

PAKEJ TAIWAN 2025-2026: Destinasi-Destinasi Popular

Bercadang melancong ke Taiwan? Sedang mencari Pakej Percutian Taiwan yang mesra muslim? Risau akan waktu solat dan makanan halal? Anda usah risau lagi. Ini jawapannya!

Tahukah anda mengapa Taiwan kini menjadi pilihan pelancong muslim dari Malaysia?

Pelancong Islam melawat Taiwan atas pelbagai sebab. Pertama, Taiwan adalah negara yang selamat dan aman yang menghormati kepelbagaian agama, menjadikannya destinasi yang selesa untuk pelancong Muslim.

Percutian-Taipei-Taiwan

Taiwan juga telah melakukan usaha besar untuk menampung pelancong Muslim dengan menyediakan makanan yang disahkan halal dan kemudahan solat di banyak tempat, termasuk lapangan terbang, hotel dan restoran.

Pelancong Islam juga boleh melawat tapak bersejarah dan budaya Taiwan, seperti Dewan Memorial Chiang Kai-shek dan Muzium Istana Negara.

Layanan mesra Taiwan, masakan lazat dan budaya unik menjadikannya destinasi menarik bagi pengembara Muslim yang mencari pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Apa tunggu lagi, tempahan pakej percutian Taiwan anda hari ini juga.

*Nota: Dapatkan sebutharga untuk pilihan penginapan dan pakej bersesuaian dengan anda

Perlepasan

  • Kapal Terbang ~ KLIA II ~ Batik Air
  • Kapal Terbang ~ KLIA I ~ Malaysia Airlines

Persediaan

  • 3 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

Sila lihat tentatif pilihan anda
  • Tiket Penerbangan Kelas EkonomiTermasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
  • Penginapan Hotel 4 Malam Bertaraf 3 BintangSepanjang lawatan termasuk cukai bandar
  • Sarapan Pagi di Hotel, Makan Tengah Hari & Makan MalamSepanjang lawatan mengikut aturcara
  • Tiket Masuk ke Tempat LawatanTangweigou Hot Spring Park dan Shangrila Leisure Farm
  • Pengangkutan Bot dan Sampan Di Sun Moon Lake
  • Pengangkutan Bas Persiaran Berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan Tour Leader dan Tour Guide Terlatih professional
  • Tipping PercutianTip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran

Harga Tidak Termasuk

  • Tiket observatori Taipei 101 Tower
  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati
  • Travel & Covid-19 InsuransHubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai
  • Surcaj Tambahan Ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah
  • Servis TambahanDi hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk
Galeri
Cadangan Tentatif Pakej Taiwan Taipei
Aturcara sebenar bergantung pada arahan 'Tour Guide' dan perubahan semasa

Hari PertamaKUALA LUMPUR – TAIPEI – TAICHUNG

Berkumpul di KLIA II untuk menaiki penerbangan ke Taichung.

  • Lawatan di Taichung:
    • Bergambar di National Taichung Theater yang dibina pada tahun 2014 dengan rekaan yang cukup unik dan merupakan tarikan utama di bandar ini.
    • Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto vdan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands.
    • Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.
    • Waktu bebas untuk membeli-belah waktu malam di Fengjia Night Market juga dipanggil Fengjia Shopping Town.
  • Bermalam di Taichung.

Makan Tengahari dan makan malam disediakan

Hari KeduaTAI CHUNG - NANTOU - YILAN

  • Lawatan di Nantou:
    • Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
    • Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang
      memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.
    • Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zamanberzaman di Tea Experience Centre.
  • Lawatan di Yilan:
    • Menikmati masa bebas dan bersantain berendam kaki di tarikan air panas semulajadi Tangweigou Hot Spring Park.
    • Melawat Shangrila Leisure Farm yang terletak setinggi 250m di atas puncak bukit Dayuan. Ladang ini menawarkan pemandangan panorama indah gunung dan alam semulajadi yang indah. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah gyroscope, sesi DIY, sky lantern dan banyak lagi.
  • Bermalam di Yilan

Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan

Hari Ke TigaYILAN - YEHLIU - TAIPEI

  • Lawatan di Yehliu:
    • Yehliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan
      Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
  • Lawatan di Taipei:
    • Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.
    • Masa bebas untuk bersiar-siar di Shifen Old Street yang merupakan sebuah kawasan bandar lama yang terdapat laluan keretapi dan dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata dan hasil kraf tradisional sambil meluangkan masa untuk berfoto di Shifen Waterfall. Di sini juga tetamu boleh mencuba aktiviti tradisional iaitu sky lantern dengan tambahan bayaran tertentu.
    • Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
  • Bermalam di Taipei.

Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan

Hari Ke EmpatTAIPEI - TAMSUI

  • Lawatan bersambung di Taipei:
    • Melawat Taiwan Cultural and Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
    • Taipei 101 Tower: Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center.
    • Masa bebas untuk berfoto dan membelibelah di Taipei 101 Shopping Center.
  • Lawatan di Tamsui:
    • Fisherman’s Wharf: Sebuah pelabuhan yang menjadi tempat para nelayan berlabuh dan terdapat beratus bot-bot kecil di sepanjang jambatan kayu ini.
    • Lover’s Bridge: Jambatan putih yang dibina pada 2003 ini akan dilimpahi cahaya berwarna ungu merah jambu pada waktu malam, sesuai namanya. Masa bebas untuk menerokai kawasan bandar lama Tamsui Old Street Plaza yang terletak di tebing Danshui River sambil berfoto dengan tarikan bersejarah di kawasan ini seperti keretapi lama yang dulu digunakan bagi menghubungkan Tamsui dan Taipei, dan juga kota lama Fort San Domingo.
    • Membeli-belah pada malam hari di Raohe Street Night Market yang merupakan antara kawasan tumpuan pelancong dan warga tempatan dengan pintu gerbangnya yang
      gemerlapan dan pelbagai barangan ada dijual.
  • Bermalam di Taipei

Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan

Hari Ke LimaTAIPEI - KUALA LUMPUR

    • Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden China itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.
    • Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
    • Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan

Hari Ke EnamKUALA LUMPUR

Ketibaan di KLIA II

 

Peta

[Panduan Lengkap] Percutian Ke Taipei Taiwan

Lihat senarai tempat-tempat percutian menarik di Taiwan

Pakej percutian Taipei + Alishan + Yehliu Geopark + Sun Moon Lake sangat menarik untuk pelancong Malaysia kerana ia menggabungkan elemen alam semula jadi, budaya tempatan, keunikan bandar moden dan makanan halal yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Berikut ialah sebab-sebab utama mengapa pakej ini sangat menarik:


🌆 1. Bandar Moden & Mesra Muslim – Taipei

  • Taipei 101 – mercu tanda ikonik Taiwan dengan pemandangan menakjubkan dari dek pemerhatian.

  • Pasar Malam Shilin – surga membeli-belah dan makanan jalanan (dengan pilihan makanan halal).

  • Banyak restoran mesra Muslim, serta kemudahan surau dan tempat wuduk di lokasi pelancongan utama.

  • Peluang membeli-belah barangan elektronik dan kosmetik berkualiti tinggi dengan harga menarik.


🌄 2. Alishan – Keindahan Alam & Suasana Gunung

  • Terkenal dengan kereta api gunung Alishan yang klasik dan pemandangan indah hutan cemara.

  • Sunrise di Alishan – salah satu pengalaman paling memukau dan popular dalam kalangan pelancong.

  • Udara sejuk dan segar sangat sesuai untuk mereka yang ingin lari daripada cuaca panas Malaysia.


🌊 3. Sun Moon Lake – Tasik Terbesar & Romantik

  • Tasik semula jadi yang sangat tenang dan cantik – sesuai untuk pelayaran santai menaiki bot.

  • Pemandangan gunung dan tasik yang fotogenik.

  • Berdekatan dengan Wenwu Temple dan kawasan budaya orang asli Taiwan, memberi peluang untuk kenali warisan tempatan.


🪨 4. Yehliu Geopark – Formasi Batu Unik

  • Terkenal dengan formasi batu semula jadi seperti Queen’s Head yang unik.

  • Tempat yang sangat sesuai untuk pencinta geologi, fotografi, dan keluarga dengan anak-anak.

  • Pemandangan laut dan pantai yang indah serta angin sejuk dari pesisir.


🍜 5. Makanan Halal & Mesra Muslim

  • Taiwan kini semakin mesra Muslim – banyak restoran bersijil halal di Taipei dan kawasan pelancongan utama.

  • Terdapat pelbagai hidangan tempatan seperti beef noodle, mee Hakka, dan pencuci mulut berasaskan kacang yang sesuai untuk Muslim.

  • Kemudahan surau di lapangan terbang dan sesetengah pusat beli-belah.


🚐 6. Kemudahan Pengangkutan & Pemandu Pelancong

  • Pakej biasanya termasuk pengangkutan persendirian, pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu, dan jadual perjalanan yang fleksibel.

  • Tidak perlu risau tentang arah atau bahasa – sesuai untuk pelancong keluarga dan warga emas.


✨ Kesimpulan:

Pakej ini ideal untuk pelancong Malaysia kerana ia menawarkan gabungan lengkap antara keindahan semula jadi, pengalaman budaya, suasana romantik dan kemudahan mesra Muslim. Sama ada untuk pasangan, keluarga, atau warga emas – semua peringkat umur akan menemui sesuatu yang menarik di Taiwan.

4 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Puan Wan Nor Ashikin

Pelancong Berkeluarga

”Terima kasih kepada pihak Melancong.my @ Hadigo Travel yang menguruskan pakej kami ke Taiwan daripada A to Z. Makanan dan hotel semua tip top. Okay sangat. Banyak tempat menarik dilawati termasuk penginapan dan makanan semua tip top. Terima kasih juga kepada Mr Angus (tour guide) yang sangat peramah & menguruskan kami di sana sehingga pulang ke Malaysia. Kami amat berpuas hati dan InsyaAllah jika ada rezeki, akan memilih Melancong.my @ Hadigo Travel untuk ke destinasi lain pula 🥰’

15/04/2025
Avatar of Hadi

DR Yusof

Pelancong Berkumpulan

Tour Leader Tasha & Taiwan Tour Guide William amat bagus dari sudut perkhidmatan memberi bantuan kpd saya yg OKU
Perkhidmatan: 5 dari 5

Hotel yg disediakan termasuk utk bilik OKU : 5

Mkn yg disediakan adalah pelbagai citarasa : 5

Itinerari : 4

Pertuturan Inggeris Taiwan Tour Guide tidak lancar dan susah utk difahami : 3

25/01/2024
Avatar of Hadi

Melissa Sam

Pelancong Berkumpulan

Every was so good. Next time nak ke Japan pulak. Mmg best trip ni santai yang fun. Semua berkumpul dan berkenalan. Thank you for your service!

20/09/2023
Avatar of Hadi

Janeline Wong

Pelancong Berkumpulan

Terima kasih, memang best pakej ni dapat kumpulan syarikat kami buat aktiviti. Everything was good and nice weather. Good job!

20/10/2022
9 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM2,990
Book Now