Untuk makluman pakej ini telah tamat, hal ini kerana kapal pelayaran ini telah bersara. Anda boleh membuat pilihan pakej percutian lain. Terima kasih.
Port Klang – Phuket – Langkawi – Port Klang
Pelayaran dengan Star Cruise Superstar Gemini adalah yang paling popular di Malaysia. Kapal peranginan ini telah menjadi tumpunan pelancong dari Malaysia yang inginkan percutian dengan suasana pelayaran.
Kapal pelayaran Star Curise Superstar Gemini memberikan anda layanan yang cukup istimewa. Pelbagai hiburan dan aktiviti disediakan yang pasti sangat menyeronokkan.
Anda juga pasti akan terkejut dengan hidangan yang disediakan. Terdapat beberapa restoran yang mensajikan makanan yang enak-enak.
Juga bagi pelancong muslim anda tidak perlu risau kerana restoran ini juga berstatus halal disediakan untuk anda.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Star Cruise Superstar Gemini adalah bertaraf dunia. Kami yakin anda akan berasa selesa dengan percutian dan pelayaran ini.
Port Klang – Phuket
* Prosedur daftar masuk – Imigresen dan proses keselamatan kapal
(Sejurus menaiki Kapal Persiaran, sila dapatkan *STAR NAVIGATOR* di Reception untuk senarai penuh aturcara program dan hiburan )
* Kapal Persiaran mula belayar ke Phuket
* Sarapan pagi dan makan tengahari dihidangkan
* Kapal Persiaran tiba di Phuket, berkumpul untuk embarkation
* Aktiviti Phuket Land Tour ( Jika berhasrat singgah di Phuket ) – Free & Easy sehingga kembali ke Kapal Persiaran
* Kembali ke Kapal Persiaran
* Kapal Persiaran mula berlayar ke Langkawi
* Aktiviti bebas di atas Kapal Persiaran
* Sarapan pagi dan makan tengahari
* Kapal Persiaran tiba di Langkawi
* Embarkation di Langkawi ( Jika berhasrat singgah di Langkawi ) – Free & Easy sehingga kembali ke Kapal Persiaran
* Makan malam dihidangkan
* Aktiviti bebas di atas Kapal Persiaran
* Kapal Persiaran mula berlayar ke Phuket
* Sarapan pagi dihidangkan
* Kapal Persiaran tiba Port Klang
* Daftar keluar (Sebelum proses daftar keluar, penumpang perlu menyelesaikan pembayaran onboard gratuties dan juga lain-lain pembelian sepanjang berada di atas Kapal Persiaran)
* Tentatif adalah boleh berubah mengikut keadaan, perubahan boleh berlaku berdasarkan keperluan pelancongan atau arahan dari pihak cruise
Wasalam. Semua ok berjalan dgn lancar, Thank you aishah. Cuma time di phuket tu masa agak limit, dan tergesa2. Tp overall memang terbaik dan saya enjoy this trip. InshaAllah saya akan berurusan dengan www.melancong.com.my untuk percutian yang seterusnya 😃
Waalaikum salam. Percutian yg sgt seronok bg kami berdua. Terutamanya d dlm cruise makanannya heaven itu pun supper kami x pergi sbb trlalu kenyang. Dari segi safety juga kami di jaga dgn baik. Banyak program yg di atur di dlm kapal tinggal lg kita nak join atau tidak je. Cuma yg kurang seronoknya ialah lawatan di phuket dan krabi kami d bawa mlawat kuil2 dimane kami x begitu minat sbg org islam. Ade juga tempat2 yg x di bawa mlawat mcm tempat menunggang gajah. Namun overall percutian ni amat menyeronokkan
Allhamdulilah, percutian 4 Hari 3 Malam diatas Kapal Star Cruise semua berjalan lancar. Tour guide disana semua peramah dan baik.
Makanan best sangat, nanti kalau ada masa saya akan pergi lagi.
Terima kasih encik Khai kerana menguruskan percutian kami dengan baik.
Percutian yang sangat menyeronokan. Kami sangat berpuas hati dengan pakej percutian ini.
4 hari 3 malam yang penuh dengan aktiviti dan perjalanan yang memuaskan hati. Saya bagi 5 Bintang, 😊🤗
Alhamdulillah saya dan suami selamat pergi & balik. Sangat-sangat puas hati layanan dari krew-krew kapal. Terima kasih juga untuk agen En Khai. Melancong.com.my uruskan everything…