'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Jakarta Puncak Bandung Indonesia

(5 Testimoni)
HIGHLAND
DariRM856
HIGHLAND
DariRM856
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5526-7633 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

4653

Mudahkan Percutian Anda

  • 50,000+ Melancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I: No 1727, Level 17, Wisma Sunway, No.1 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. (+03-5526-7633)
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
4 Hari 3 Malam
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA / KLIA 2
LTA Soekarno Hatta
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Percutian Pakej Jakarta Puncak Bandung

1 Malam Puncak , 1 Malam Di Bandung & 1 Malam Di Jakarta

Pakej Jakarta Puncak Bandung Indonesia: Jika anda inginkan kelainan, melancong ke Jakarta dan Bandung adalah pilihan yang tepat. Perjalanan atucara dengan pakej ini adalah serba lengkap untuk percutian di Indonesia.

Pakej-Jakarta-Puncak-Bandung-Indonesia-ammar-andiko

Dapatkan pakej Jakarta Puncak Bandung dengan percutian selama 4 hari 3 malam ini. Banyak aktiviti-aktiviti menarik dimuatkan dalam tentatif ini.

Pelbagai destinasi menakjubkan yang anda akan temui dengan tempat-tempat di Bogor dan Bandung ini.

Lihat aturcara yang disediakan dibawah.

Perlepasan

  • K.Terbang ~ KLIA2 ~ Air Asia & Malindo
  • K.Terbang ~ KLIA ~ Malaysia Airlines

Persediaan

  • 3 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

  • Penginapan Hotel Pilihan
  • Pengangkutan Sepanjang Hari (Private Tour)
  • Sarapan x 3 | Makan Tengahari x 4 | Makan Malam x 3
  • Tiket Lawatan Seperti Dalam Jadual Perjalanan
  • Pemandu Pelancong Proffesional: B. Indonesia / B. Inggeris
  • 2 - 9 Pax: Pemandu Kenderaan a.k.a Pemandu Pelancong
  • 10 Pax: Pemandu Pelancong Khas

Harga Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makanan & Tempat Lawatan Tambahan
  • Insurans / Takaful Kembara
  • Tipping (RP30,000 (RM 10)/per pax/per day)
  • Airport tax, Porter fees di aiport dan hotel
  • Tiket Penerbangan (Boleh Disediakan)

Kelebihan

  • Mesra Muslim
  • Makanan Halal
  • Mudah Solat
  • Pemandu Pelancong
  • Privasi Kumpulan
  • Membeli-belah
Galeri
Tentatif Pakej Jakarta Puncak Bandung Indonesia

Hari PertamaKetibaan

  • Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta
  • Bertolak ke Bogor
  • Singgah di Bogor Botanical Garden dan Masjid Besar
  • Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan ( disediakan )
  • Melihat pemandangan ladang teh yang menakjubkan di Puncak
  • Daftar masuk hotel di Puncak

Hari KeduaPuncak - Bandung

  • Sarapan pagi di hotel
  • Daftar keluar
  • Bertolak ke Bandung
  • Tempat menarik yang akan dilawati :
    • Snek dan keropok Cianjur
    • Dusun Bambu
    • Lembang Floating Market atau Farmhouse Lembang ( option )
  • Kembali ke Bandung
  • Membeli belah di Factory Outlets di Jalan Cihampelas
  • Daftar masuk hotel di Bandung

Hari Ke TigaBandung - Jakarta

  • Sarapan pagi di hotel
  • Daftar keluar hotel
  • Membeli belah di Pasar Baru Trade Center ( Batik, Sarung, Makanan tempatan dll )
  • Membeli belah di Kartika Sari oleh – oleh (Terkenal dengan brownies, kek, biskut mentaga dan snek)
  • Kembali ke Jakarta
  • Membeli belah di ITC Mangga Dua
  • Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan (disediakan)
  • Daftar masuk hotel pilihan di Jakarta
  • Aktiviti bebas

Hari Ke EmpatPelepasan Jakarta

  • Sarapan pagi di hotel
  • Daftar keluar hotel
  • Membeli belah di Bandar Thamrin atau Pasar Tanah Abang
  • Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta untuk penerbangan pulang

PilihanTour Lain

Selain dari aturcara yang disediakan, terdapat beberapa tempat menarik yang boleh di lawati antaranya :

  • Di Jakarta :
    • Ancol Dreamland & Fantasi ( Harga tiket lawatan : RM 55 )
    • Ancol Dreamland & Seaworld ( Harga tiket lawatan : RM 45
  • Di Bandung :
    • Angklung Udjo ( Harga tiket lawatan : RM 60 )
    • Ciater Hotspring + Lembang Floating Market ( Harga tiket lawatan : RM 90 )
    • Tangkuban Perahu Volcano ( Harga tiket lawatan : RM 100 )
    • Transstudio Themepark ( Harga tiket lawatan : RM 100 )
Peta

[Panduan Lengkap] Tempat-Tempat Menarik di Jakarta Indonesia

Apakah sebab pelancong Malaysia bercuti ke Jakarta & Bandung Indonesia?

Puncak, Jakarta, dan Bandung adalah tiga destinasi pelancongan popular di Indonesia. Setiap tempat ini mempunyai ciri uniknya yang menarik pengunjung dari seluruh dunia. Di bawah adalah beberapa sebab mengapa pelancong melawat tempat-tempat ini.

Puncak adalah sebuah pergunungan yang terletak di wilayah Jawa Barat Indonesia. Ia terkenal dengan iklim yang sejuk dan menyegarkan, pemandangan ladang teh dan bukit yang menakjubkan, serta pelbagai aktiviti alam semulajadi.

Pelancong boleh melibatkan diri dalam mendaki, berkhemah, berbasikal dan memerhati burung.

Puncak juga terkenal dengan taman bunganya, yang mempamerkan pelbagai bunga berwarna-warni. Ia adalah percutian yang sempurna untuk mereka yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan bandar dan mengalami alam semula jadi yang terbaik.

Jakarta ialah ibu kota Indonesia dan tempat pertembungan budaya. Ia menawarkan pelbagai tarikan untuk pelancong, termasuk mercu tanda bersejarah, pusat membeli-belah, muzium dan hiburan malam.

Salah satu destinasi pelancongan paling popular di Jakarta ialah bandar lama, yang menampilkan seni bina kolonial dan muzium yang mempamerkan kekayaan sejarah negara.

Jakarta juga terkenal dengan suasana makanan jalanan, yang menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan. Penggemar membeli-belah boleh mengunjungi pelbagai pusat membeli-belah dan pasar yang menawarkan kraf tradisional, fesyen dan elektronik.

Bandung, juga dikenali sebagai ‘Paris of Java’, adalah sebuah bandar yang terletak di wilayah Jawa Barat Indonesia.

Ia merupakan destinasi popular di kalangan pelancong yang ingin melihat bangunan art deco, iklim yang sejuk dan tarikan semula jadi.

Bandung terkenal dengan tempat membeli-belahnya, yang menampilkan banyak kedai kilang yang menjual pakaian dan aksesori berjenama pada harga diskaun.

Pelancong juga boleh melawat gunung berapi Tangkuban Perahu, yang menawarkan pemandangan kawah dan kawasan sekitarnya yang menakjubkan.

Tarikan lain termasuk kawasan Dago Pakar, yang terkenal dengan pemandangan indahnya, dan Saung Angklung Udjo, di mana pengunjung boleh menyaksikan persembahan muzik dan tarian tradisional Indonesia.

Kesimpulannya, Puncak, Jakarta, dan Bandung menawarkan pelbagai tarikan untuk pelancong. Puncak menyediakan tempat percutian yang damai di alam semula jadi, Jakarta menawarkan gambaran sekilas tentang kekayaan sejarah dan budaya Indonesia, manakala Bandung menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik dan akses ke tarikan semula jadi.

Ketiga-tiga destinasi ini patut diterokai dan alami semasa lawatan ke Indonesia.

5 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Wakil Rombongan, Puan Zarina, Pulau Pinang

Pelancong Berkumpulan

Sangat berpuas hati dengan pakej ground ke Jakarta-Bandung ni! Dari mula sampai di airport Soekarno Hatta sehinggalah hari terakhir, semuanya diuruskan dengan cekap.

Pengangkutan van sangat selesa untuk kumpulan kami, dan jadual lawatan sangat seimbang ada masa untuk tengok tempat bersejarah macam Monas, nikmati nature di Puncak, dan tak lupa masa untuk membeli-belah.

Harga pakej pun sangat berpatutan dengan servis bertaraf lima bintang yang kami dapat.

11/02/2026
Avatar of Hadi

Atikah & BFF, Kuala Terengganu

Pelancong Berkumpulan

Servis tip top! Pakej ni memang untuk kaki shopping. Dari Pasar Baru Trade Center dekat Bandung sampailah ke Pasar Tanah Abang kat Jakarta, semua ‘port’ wajib supir tolong bawakan.

Dah la pengangkutan private, jadi kitorang bebas nak luangkan masa lama sikit beli kain dan ole-ole.

Sempat borong brownies Kartika Sari lagi! Highly recommended untuk sesiapa yang nak berjalan santai sambil shopping sakan

23/10/2025
Avatar of Hadi

Hafiz & Diana, Johor Bahru

Pelancong Berpasangan

Pengalaman percutian yang sangat lancar dari mula sampai habis. Kami ambil pakej ni untuk lari sekejap dari kesibukan kerja.

Perjalanan ke Bogor dan Puncak tu sangat menenangkan, tambah pula udara sejuk kat atas sana.

Makanan tempatan yang termasuk dalam pakej pun memang kena dengan selera kami. Terima kasih uruskan trip kami dengan sangat profesional.

Tak payah pening kepala nak fikir transport ke sana sini, semuanya dah diuruskan dengan baik!

24/04/2025
Avatar of Hadi

Anita

Pelancong Berkeluarga

Semuanya berjalan lancar. Ada macet sikit tapi biasalah kawasan tu memang ramai orang. Tempat percutian memang cantik2 dan menyeronokkan. Supir dan guide banyak membantu. Terima kasih.

12/10/2024
Avatar of Hadi

Puan Ashiqin

Pelancong Berpasangan

Alhmdulillah sepanjang dekat sana. Memang seronok sangat-sangat. Lagi-lagi dapat supir yang baik. Memang seronok la.

Alhamdulillah baru balik dari Bandung, terima kasih melancong.my. service terbaik dari pak salim.. kipidap

03/06/2023
10 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM856
Book Now