'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Hanoi Vietnam + Sapa + Mount Fansipan

(3 Testimoni)
SAIGON
DariRM2,490
SAIGON
DariRM2,490
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 03-5523-7015 (waktu pejabat) untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

4648

Mudahkan Percutian Anda

  • 43,000+ Pelancong Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Level 1 – F02, Suria Jaya Mall, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
4 Hari 3 Malam
Waktu : Sepanjang Musim
KLIA / KLIA 2
LTA Noi Bai
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Pakej Hanoi 2026

Tarikh Perlepasan

WhatsApp untuk tentatif terkini
Percutian Pakej Hanoi Vietnam

Ada banyak tempat yang anda akan kunjungi dengan Pakej Percutian Vietnam Hanoi ini selama 4 hari 3 malam. Antara tempat paling popular adalah di Halong Bay.

Sebelum itu juga anda akan dibawa ke destinasi popular seperti Palace Ho Chi Minh, Opera House, Ba Dinh Square, Dong Xuan Market dan banyak lagi.

Percutian-di-Hanoi-Dianne-MattRoxy

Kami sediakan aturcara yang lengkap untuk memudahkan percutian anda di Hanoi ini, sila rujuk aturcara disediakan dibawah.

Perlepasan

  • K.Terbang ~ KLIA II ~ Air Asia & Malindo
  • K.Terbang ~ KLIA     ~ Malaysia Airlines

Persediaan

  • 3 Jam sebelum penerbangan

Harga Termasuk

Sila lihat pakej pilihan anda
  • Penginapan Hotel Pilihan
  • Pemandu Pelancong Professional
  • Hidangan: Sarapan x 3 | M. Tengah hari x 1 | M. Malam x 3
  • Makan Tengah hari di Halong Cruise (Fresh Seafood)
  • Menikmati Vietnamese Coffeeand di Halong Cruise
  • Pengangkutan Persendirian Sepanjang Percutian
  • Tiket Halong Cruise
  • Air Mineral Setiap Hari

Harga Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makanan & Tempat Lawatan Tambahan
  • Insurans Perjalanan (Pilihan)
  • Tipping (6 USD/pax/sehari)
  • Tiket Penerbangan (Boleh Disediakan)

Kelebihan

  • Makanan Halal
  • Pemandu Pelancong
Galeri
Cadangan Tentatif Pakej Hanoi Vietnam Popular
Sila lihat pakej pilihan anda

Hari PertamaKUALA LUMPUR - HANOI

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.

Tiba di Hanoi:

  • Melawat ke pusat bandar Hanoi dan berhenti bergambar di bangunan bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan Chuong Gate.
  • Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.
  • Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.
  • Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di Hanoi.
  • Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. Ia juga kaya dengan aroma masakan dari gerai jalanan, aktiviti dan juga keunikan rekaan bangunannya. Anda juga boleh menaiki beca untuk mengelilingi kawasan ini atas tanggungan sendiri.

Bermalam di Hanoi.

Hari KeduaHANOI - SAPA

Melawat ke Lao Chai Village yang merupakan perkampungan indah yang dikelilingi kawasan pergunungan dan sawah padi.

  • Melawat ke satu pemandangan yang sinonim Sapa iaitu Muong Hoa Valley yang mempunyai keluasan sawah padi terbesar di daerah ini. Ia juga merupakan kawasan penempatan etnik Hmong, Tay dan Red Dao. Dengan suasana kehijauan yang menyegarkan mata, keunikan rupa bumi di sini mencuri perhatian para pengkaji dunia termasuklah dari Russia dan Perancis.
  • Melawat ke Black H’mong Village of Lao Chai yang merupakan perkampungan etnik minoriti di Vietnam dan melawat ke Ta Van Village iaitu perkampungan kepada pelbagai kumpulan etnik, kebanyakkannya adalah orang Hmong dan kumpulan etnik Giay.

Bermalam di Sapa.

Hari Ke TigaSUN WORLD FANSIPAN - MT FANSIPAN - CAT CAT VILLAGE

Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan.

  • Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10 – 12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.
  • Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt.Fansipan.
  • Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza.
  • Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.
  • Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.

Bermalam di Sapa.

Hari Ke EmpatMOANA SAPA - SAPA - HANOI

Bertolak ke Hanoi.

  • Moana Cafe Sapa yang menyediakan pemandangan gunung yang indah serta menjadi kawasan terkenal untuk mendapatkan fotografi terbaik di sini
  • Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street.

Bermalam di Hanoi.

Hari Ke LimaHANOI - KUALA LUMPUR

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Peta

[Panduan Lengkap] Percutian Menyeronokkan di Hanoi Vietnam

Menyelusuri percutian 3 kawasan paling menarik di Hanoi Vietnam

Pakej percutian 5 Hari 4 Malam ke Hanoi, Sapa & Gunung Fansipan ini sangat menarik kepada pelancong Malaysia atas beberapa sebab utama:


🏞️ Gabungan Alam Semula Jadi & Budaya

  • Gunung Fansipan, puncak tertinggi Indochina (3,143m), boleh dilawati dengan mudah melalui kereta kabel dan keretapi. Peluang ini amat menarik untuk pelancong yang ingin menikmati keindahan gunung tanpa perlu mendaki selama berjam-jam.

  • Lawatan ke Lao Chai, Ta Van & Cat Cat Village memberi peluang untuk menyaksikan kehidupan etnik minoriti Vietnam (Hmong, Tay, Giay, Red Dao), serta menikmati pemandangan sawah padi dan lembah Muong Hoa yang menakjubkan.

  • Air terjun Cat Cat dan perkampungan tradisional meningkatkan lagi nilai budaya dan estetik kepada lawatan.


🛍️ Membeli-belah & Pasar Tradisional

  • Night Market Old Quarter di Hanoi menawarkan suasana meriah dengan barangan tempatan, makanan jalanan dan rekaan seni bina klasik. Pelancong boleh membeli cenderahati dan merasa makanan tempatan.

  • Dong Xuan Market, pasar tertutup terbesar di Hanoi, menjual pelbagai barangan dari buah-buahan segar hingga pakaian dan elektronik.


🕌 Mesra Muslim

  • Lawatan termasuk bersolat di Masjid Al-Noor, satu-satunya masjid di Hanoi — memudahkan pelancong Muslim untuk menunaikan ibadah.

  • Pakej turut menawarkan waktu rehat dan makanan yang bersesuaian untuk keperluan pelancong Muslim.


📸 Peluang Fotografi Yang Menarik

  • Sun Plaza dan Sapa Square terkenal dengan pemandangan indah dan bangunan ikonik yang fotogenik.

  • Moana Cafe Sapa merupakan lokasi popular untuk bergambar berlatarbelakangkan gunung, sangat sesuai untuk kandungan media sosial.


✈️ Perjalanan yang Selesa & Terancang

  • Penginapan selama 2 malam di Hanoi dan 2 malam di Sapa memberi keseimbangan antara bandar dan kawasan pergunungan.

  • Pengangkutan disediakan dari KLIA dan disusun rapi, sesuai untuk mereka yang mahu bercuti tanpa tekanan merancang sendiri.


🗓️ Musim Percutian yang Pelbagai

  • Vietnam mempunyai 4 musim, membolehkan pelancong memilih masa yang sesuai: sama ada melihat bunga mekar pada musim bunga, atau menikmati suasana sejuk di musim luruh dan musim sejuk.


Secara keseluruhan, pakej ini sangat sesuai untuk pelancong Malaysia yang sukakan alam semula jadi, budaya unik, membeli-belah dan perjalanan santai tetapi berisi.

3 Testimoni
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
blank

Sairatul Amri

Pelancong Berkumpulan

Menyeronokkan banyak tempat² yg menarik

10/06/2025
blank

Ainiah Ja.

Pelancong Berkeluarga

Kami selamat sampai KLIA. Terima kasih Mr Ban guide peramah tak lupa juga group visit kali ni yg mesra. Tq Atiqah arrange our family to join Hanoi trip this time. Kumpul duit lagi nak pegi Korea pulak! hehe

19/06/2024
blank

Rozana

Pelancong Berkeluarga

Khidmat ground pakej yang disediakan menang memuaskan. Pemandu pelancong baik² belaka & sentiasa menjaga keselamatan kami sekeluarga. Makanan yang disediakan bersama pakej juga memuaskan.
Tidak rugi membuat tempahan pelancongan dengan Melancong.my 

15/06/2023
10 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!
DariRM2,490
Book Now