Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 09-827-1025 untuk sebarang soalan.
Genting Skyworlds yang dinanti-nantikan kini telah dibuka! Ia akan menjadi rumah kepada 9 buah tema percutian yang unik dan merentasi seluruh kawasan seluas 26 ekar, dengan 26 ‘rides’ dan tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Terdapat juga tempat makan yang luas, kedai runcit, serta pertunjukan dan live hiburan untuk memastikan anda terlibat sepanjang masa anda di sini.
Sukar untuk kami gambarkan. Anda boleh lihat dengan video promo ini:
Diharap anda teruja seperti kami dengan pembukaan taman tema Genting SkyWorlds yang terbesar di Malaysia ini.
Kini ianya dibuka secara keseluruhan dan anda berpeluang untuk berseronok menaikinya dan melakukan aktiviti.
Percutian serba lengkap ini memberikan anda keselesan dan keseronokkan yang tidak terhingga berada di tanah tinggi Genting seperti berada di dunia permainan dan percutian.