fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Pakej Afrika Selatan Rare 11 Hari 8 Malam

(1 Review)
MZANSI
DariRM12,990
MZANSI
DariRM12,990
CARA TEMPAHAN
SEBUTHARGA
Nama Penuh*
Email*
Telefon*
Tarikh Melancong*
Jenis Pakej*
Tempoh Bercuti*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Kanak² (Bawah 12 Tahun)
Pertanyaan Anda
Perlukan Penerbangan?
Perlukan Perlindungan?(Takaful)
Dari mana mengetahui kami?
* Saya bersetuju dengan Terma Syarat dan Kenyataan Privasi yang disediakan.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
SEBUTHARGA PAKEJ (PERCUMA)

Sila isikan borang ‘SEBUTHARGA’. Kami akan hantarkan harga dan tentatif terus ke email anda. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan sebutharga.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui ‘WhatsApp’ atau hubungi kami di talian 09-827-1025 untuk sebarang soalan.

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

LIHAT PORTFOLIO TERKINI

Suka Pakej Ini?

Menyimpan pakej ke senarai kegemaran memerlukan akaun

6933

Mudahkan Percutian Anda

  • 15,000+ Pelancongan Bersama Kami
  • Khidmat Bantuan Mesra Pelancong
  • Berdaftar Dengan MOTAC & MATTA
  • Urusniaga Dijamin Cepat & Selamat

Ingin Berjumpa Kami?

  • Pejabat I : No 12-2, Jalan Lengkuas C, 16C, Seksyen 16, 40200 Shah Alam.
  • Pejabat II: Lot PT19065 - T2 Rumah Kedai 3 Tingkat, 23100 Paka, Dungun.
  • Waktu Beroperasi Dari: 10:00am - 5:00pm | Isnin - Sabtu | Online: 24/7
11 Hari 8 Malam
Waktu : Jan & Feb | Nov, Dec
KLIA Terminal I
LTA Johannesburg
Had Umur : 2+
Maksimum : 100
Percutian Pakej Afrika Selatan Rare 11 Hari 8 Malam
Pakej percutian ini adalah untuk melancong ke Afrika Selatan selama 11 hari 8 malam. Anda akan menikmati pelbagai tarikan seperti safari, taman bunga, gunung meja, dan kota Cape Town.
 
Anda juga akan melawat negara jiran, Lesotho, dan menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Sani.
Pakej-Afrika-Selatan-Promo
 
Pakej ini termasuk tiket penerbangan, penginapan, makanan, dan lawatan. Anda akan dibimbing oleh pemandu pelancong yang berpengalaman dan mesra.
 
Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin mengalami keindahan dan kepelbagaian Afrika Selatan.
 
Perlepasan I Perlepasan II Perlepasan III
16 Julai 2024 15 Ogos 2024

Nota: Untuk makluman anda, pakej ini adalah Fullboard, iaitu termasuk penginapan, hidangan, lawatan & tiket penerbangan. Rujuk ‘terma pakej termasuk’ dibawah.

Perlepasan

  • KLIA Terminal I

Persediaan

  • 1 Jam Sebelum Menaiki Bas
  • 2 Jam Sebelum Perlepasan Penerbangan

Tarikh Perlepasan

  • Siri I - 202416 Julai 2024
  • Siri II - 202415 Ogos 2024

Harga Termasuk

  • Tiket Penerbangan AntarabangsaTiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
  • Penginapan Hotel 4 Malam penginapan hotel 8 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • HidanganSarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara
  • Tiket Masuk- Aquila private Game Reserve - congo wildlife caves - Ostrich Farm Tour - Table Mountain Aerial cable way - Kirstenbosch Botanical Gardens - circe seal Island cruise
  • PengangkutanPengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu PelancongPerkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional
  • TippingTip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

Harga Tidak Termasuk

  • Travel & Covid-19 InsuransKos ujian antigen atau pcR cOVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati. Travel & covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • SurcajSurcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah
  • Servis TambahanServis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Lain-Lain Yang Tidak DinyatakanMakan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan. Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan. • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
Tentatif Pakej Afrika Selatan Rare 11 Hari 8 Malam

Hari Pertama KUALA LUMPUR - SINGAPORE

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Johannesburg. (Transit di Singapore)

Hari Kedua (SP/MT/MM)SINGAPORE - JOHANNESBURG

Tiba di airport Johannesburg.

Lawatan di Johannesburg:

  • The Mall of Africa:  Merupakan pusat membeli-belah    yang terletak di Waterfall City, Midrand, Gauteng dan ketiga terbesar di Afrika menempatkan lebih 300 buah kedai. Menikmati makan tengahari di Restoran Nomad terletak didalam The Mall of Africa.
  • Melawat Union Building, Seat of National Government yang juga merupakan South African National Heritage  Site.
  • Singgah bergambardi Voortrekker Monument tapak warisan sejarah Afrika Selatan yang menjadi simbol perjuangan etnik Afrikaans dalam mengasaskan tanah air mereka.
  • Menghayati senibina bangunan lama yang mengelilingi Church Square direka oleh William Hawke merupakan  bangunan pentingdarisegisejarah dansenibina.

Bermalam di Johannesburg.

 

Hari Ketiga (SP/MT/MM)JOHANNERSBURG - AQUILA PRIVATE GAME RESERVE

Menaiki penerbangan domestic ke Cape Town. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan bergerak ke Aquila Private Game Reserve

Lawatan di Aquila Private Game Reserve:

  • Aquila Private Game Reserve: Safari yang terkenal dengan jolokan ‘Home to the legendary big 5 Animal’  (singa, gajah,kerbau, harimau, dan badak). Merupakan pusat pemuliharaan hidupan liarseluas 10,000 hektar   terletak di antara Langeberg dan Pergunungan Outeniqua di Cape Barat. Mendapat penghormatan Anugerah Halal dalam pengurusan pelancongan Muslim.

Bermalam di Aquila Private Game Reserve.

Hari Keempat (SP/MT/MM)AQUILA PRIVATE GAME RESERVE - KNYSNA

  • Melawat sekitar Aquila Private Game Reserve untuk kali kedua bagi melihat haiwan-haiwan diurnal yang aktif pada waktu pagi.
  • Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri atau memilih untuk menaiki Logoon Cruise dengan tambahan bayaran. Menawarkan pelayaran lagun yang menarik ke Knysna Heads. Menaiki John Benn yang merupakan ferimewah tertutup sepenuhnya, dengandek atasdanbawah dibina dari Yellowwood yang diperoleh dari Hutan Knysna. Pemandangan yang mengasyikkan dilengkapi restoran terapung terbaik di Knysna

Bermalam di Knysna.

Hari Kelima (SP/MT/MM)KNYSNA

Lawatandi Knysna:

  • Cango Wildlife Caves: Keajaiban semulajadi yang memukau dengan stalactites, stalagmites, dan formasi batu menghiasi dinding gua. Terbentuk sejak berjuta-juta tahun lampau memenuhi pelbagai tahap pengembaraan mengenai geologi, sejarah, dan cerita rakyat yang sangat menarik.
  •  Ostrich Farm Tour: Ladang ini berkeluasan kira-kira 1800 hektar dan mempunyai rumah lama yang dibina dengan batu pasir yang dipanggil “Feather Palace”.
  • Merupakan ladang burung unta pertama di Oudtshoorn dan Afrika Selatan menempatkan Burung Unta Biru Kenya dan Zimbabwe. Pengunjung juga akan dapat melihat Burung Unta Putih dan burung kedua terbesar didunia, iaitu Emu dari Australia. Serta lawatan ke Bilik Inkubator di mana burung menetas didalam inkubator. Bilik ini dilengkapi dengan “Spy-Camera” yang membolehkan perspektif yang dekat dan peribadi mengenai proses penetasan.

Bermalam di Knysna.

Hari Keenam (SP/MT/MM)KNYSNA - HERMANUS - CAPETOWN

Lawatandi Hermanus:

  • Masa bebas di Hermanus Bay untuk melihat ikan paus. Antara bulan Jun dan November setiap tahun, ikan paus Southern Right, ikan paus Bryde dan Humpback datang untuk membiak dikawasan teluk pantai.

Bermalam di Cape Town.

Hari Ketujuh (SP/MT/MM)CAPETOWN

Lawatan di Cape Town:

  • Table Mountain Aerial Cable Way: Menaiki cable car menuju ke puncak Table Mt. yang dibina sejak 1929,  sememangnya menjanjikan pandangan yang memukaukan dengan hanya 5 minit untuk tiba di puncak. Dengan ketinggian 1000m dari aras laut, pengunjung disajikan pemandangan 360 darjah bandar Cape Town.
  • KirstenboschBotanical Gardens: Taman Botani Negara yang diiktiraf sebagai salah satu taman botani yang hebat didunia sejak tahun 1913 lagi. Ianya terletak dilereng timur Table Mountain Cape Town. Ribuan jenis spesis flora terdapat disini dan tetamu boleh merentasi taman ini dengan melalui Centenary Tree Canopy Walkway.

Bermalam di Cape Town.

Hari Kelapan (SP/MT/MM)CAPETOWN

Lawatan di Cape Town:

  • Circe Seal Island Cruise: Pelayaran Cruise antara 40 dan 60 minit dengan menaiki Calypso, merupakan satu-satunya bot motor berlantai lutsinardi Afrika Selatan. Pengunjung dapat melihat hutan kelp dan hidupan lautdi Pulau Duiker/Pulau Seal. Tetamu berpeluang untuk melihat anjing laut  secara dekat di persekitaran semula jadi mereka.
  • Chapman’s Peak: Berkedudukan di antara Noordhoek dan Hout Bay. Terletak di Pantai Atlantik, di hujung barat daya Afrika Selatan, ia adalah salah satu pemacu yang paling menakjubkan didunia dengan laluan sepanjang 9km dan 114 lengkung. Pantai berbatu Puncak Chapman menawarkan pemandangan 180 darjah yang menakjubkan, pengunjung boleh berhenti dan mengambil gambar pemandangan yang sangat indah.
  • Cape of Good Hope National Park: Merupakan titik hujung selatan benua Afrika, terkenal dengan sejarahnya dan merupakan perhentian penting di laluan perdagangan awal antara Eropah dan Asia. Tanjung ini dikelilingi oleh pantai, teluk, dan tebing, menjadikannya lokasi yang popular untuk dikunjungi. 

  • Boulders Beach Penguins: Ia adalah pantai terlindung yang terdiridaripada batu granit dan perairan yang jernih. Kawasan ini adalah penempatan kelompok terbesar penguin Afrika. Pengunjung boleh melihat penguin dari dekat sambil menikmati pemandangan yang indah. Ia adalah lokasi yang popular untuk berenang, snorkeling, dan memerhati burung.

Bermalam di Cape Town.

Hari Kesembilan (SP)CAPETOWN

Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berjalan menggunakan perkhidmatan Hop On Hop Of, melawat Muzium Bo-kaap, Muzium Iziko South Afrika dan berjalan sekitar bandar Cape Town serta pusat membeli belah.

Bermalam di Cape Town.

Hari Kesepuluh (SP)CAPETOWN - SINGAPORE

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Transit di Singapore.

Hari KesebelasSINGAPORE - KUALA LUMPUR

Tiba di Kuala Lumpur

Peta

[Panduan Lengkap] Melancong Ke Afrika Selatan

Ketahui destinasi percutian menarik yang ada di Afrika Selatan

Afrika Selatan adalah sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam, budaya, dan sejarah.

Berikut adalah senarai 10 tempat percutian yang paling menarik di Afrika Selatan:

Taman Negara Kruger: Salah satu taman safari terbesar dan terkenal di dunia, di mana anda boleh melihat “Lima Besar” (singa, harimau, kerbau, gajah, dan badak) dan banyak lagi hidupan liar lain.

Cape Town: Bandar yang indah dan bersejarah, yang dikelilingi oleh Gunung Meja, pantai, dan tanaman bunga. Anda boleh melawat Kebun Raya Kirstenbosch, Robben Island, dan Cape Point.

Garden Route: Sebuah laluan yang membentang sepanjang pantai selatan Afrika Selatan, yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan seperti tebing, danau, hutan, dan taman. Anda boleh melakukan aktiviti seperti mendaki, berbasikal, bermain golf, dan melihat ikan paus.

Johannesburg: Bandar terbesar dan paling sibuk di Afrika Selatan, yang merupakan pusat ekonomi, budaya, dan politik. Anda boleh mengetahui sejarah negara ini di Muzium Apartheid, Muzium Afrika, dan Soweto.

The Cradle of Humankind: Sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak di barat Johannesburg, di mana anda boleh melihat fosil manusia purba dan haiwan yang berusia jutaan tahun. Anda boleh meneroka gua-gua, muzium, dan taman tema yang ada di sini.

Sun City Resort: Sebuah resort hiburan yang terkenal, yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti kasino, taman tema, padang golf, spa, dan hotel mewah. Anda boleh berseronok di Valley of Waves, Safari Sun City, dan The Palace of the Lost City.

Durban: Bandar pelabuhan yang terletak di pantai timur Afrika Selatan, yang merupakan destinasi popular untuk berselancar, berjemur, dan menikmati masakan India. Anda boleh melawat Taman Ushaka Marine World, Masjid Juma, dan Pasar Victoria.

Blyde River Canyon: Sebuah ngarai yang mengagumkan yang terletak di Mpumalanga, yang merupakan salah satu keajaiban semula jadi terbesar di Afrika. Anda boleh menikmati pemandangan seperti God’s Window, Three Rondavels, dan Bourke’s Luck Potholes.

Drakensberg: Sebuah rangkaian gunung yang terletak di perbatasan antara Afrika Selatan dan Lesotho, yang merupakan tempat yang ideal untuk mendaki, berkhemah, dan melihat seni batu. Anda boleh melawat Taman Ukhahlamba-Drakensberg, Gunung Sani, dan Royal Natal National Park.

Namaqualand: Sebuah kawasan yang terletak di barat laut Afrika Selatan, yang terkenal dengan bungaan liar yang mekar pada musim bunga. Anda boleh melihat warna-warna yang mempesona di Taman Bunga Namaqua, Taman Nasional Richtersveld, dan Springbok.

Saya harap anda dapat menikmati percutian anda di Afrika Selatan.

1 Review
Lihat Melalui:KedudukanTarikh
Avatar of Hadi

Sukri

Pelancong Berpasangan

Sekali seumur hidup dapat pergi! Memang lain daripada yang lain!. Thumbs Up!

24/08/2023
9 pelancong berminat dengan pakej percutian ini!