Juta ucapan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa dan ahli PESUKA (Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Bandaraya Seberang Perai) kerana memilih pakej istimewa Kenyir Houseboat kami untuk percutian kali ini!
Keceriaan, gelak tawa, dan semangat kebersamaan korang memang memeriahkan lagi suasana sepanjang berada di Tasik Kenyir. Kami berbesar hati dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua.
Semoga percutian ini membawa kenangan manis dan kesegaran buat semua ahli kumpulan PESUKA. Ada rezeki, kita jumpa lagi untuk trip seterusnya!