Sekalung penghargaan kepada COOP – Bank Pertama kerana memberikan kepercayaan kepada pasukan kami untuk menguruskan percutian anda semua sepanjang 3 hari 2 malam dengan pakej percutian Bangkok Pattaya yang pastinya meninggalkan seribu satu kenangan. Terima kasih dari kami sekali lagi.
Tahukah anda, Co-opbank Pertama, atau lebih dikenali sebagai CBP (Co-opbank Pertama Malaysia Berhad), adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawalselia bersama oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Bank ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang patuh syariah dan mempunyai 34 buah cawangan termasuk Outlet di seluruh negara.