Jam 10.50 malam. Bas tiba d PKM, Paka.
Kira kira 11.30 malam mula bertolak bertolak menuju ke sempadan Malaysia –
Thailand.
Tiba d Masjid Beijing jam 5.30 pagi. Selesaikan urusan pagi, rombongan mula
bertolak ke kompleks imigresen Rantau Panjang Dan imigresen Thailand.
Selesai urusan imigresen, rombongan mula memasuki pekan Kolok, disini kami
selesaikan pertukaran wang. Nilaian tukaran yg dapat ; RM7.67 bagi 100baht.
Bas terus meluncur ke destinasi pertama sebagaimana tentatif – Masjid Wan Hussin,
Telok Manong
Jam 11.00pg Waktu tempatan, rombongan kami tiba d Telok Manong.
Alhamdulillah, tidak lama selepas tiba dan belum pun sempat bergambar, Us. Ramli
Hj Ahmad, imam Masjid Wan Hussin ini muncul untuk memenuhi jadual minggu
kuliah sebelum Jumaat beliau. Serentak itu juga, mutawif kami menjemput beliau utk
berkongsi perihal sejarah yg tercatat berkaitan Masjid ini.
Ustaz Ramli menceritakan berkaitan ukiran Swastika pd
dinding masjid.
Seusai bergambar di luar masjid, Ustaz Ramli
menjemput ahli rombongan utk ke atas masjid bagi
keselesaan tetamu yg ingin mendengar pensejarahan
dari beliau.
Masjid yg kini menjangkau usia 399 tahun merupakan
masjid tertua d Thailand, ini adalah hasil dari usaha
pendakwah islam terdahulu, Syeikh Wan Hussin as
senawi bin Syed Ali nurul alam, terkenal dengan
kepelbagaian budaya yg diterapkan ketika pembinaan
masjid ini.. Gabungan budaya Melayu, China dan juga
Arab…boleh dilihat pd binaan-binaan masjid.
Sehingga hari ini, masjid ini masih digunakan oleh
masyarakat sekeliling. Terdapat juga pelajar2 Universiti dari Malaysia datang
membuat kajian pensejarahan, berkampung d sini. Pernah terungkap oleh pengkaji
sejarah berbangsa inggeris, bahawa ; seandainya runtuh masjid ini, maka akan
berkubur lah adat dan budaya islam disini. Pengkaji tersebut akhirnya memeluk islam,
demikian tutur dari Ustaz Ramli.
11.30 bertolak ke Hatyai.
Jam 2.20ptg, Tiba d bandar Hatyai…
Sdr Amran, tourist guide kami perjelaskan perbezaan plate kenderaan..
Plate putih, nmbor hitam : persendirian.
Plate kuning, nmbor hitam : pengangkutan awam atau knderaan perniagaan.
Plate merah : kereta baru kluar….utk sementara shj..
Plate hijau ; teksi airport.
Para penunggang motosikal…pada hari Sabtu & Ahad, hari cuti..kebanyakannya
tidak bertopikeledar…juga dluar waktu pejabat, topi keledar hanyalah
opsyenal…saman tidak memakai topikeledar tidak mahal, sekitar 200 – 300 baht
sahaja, pandai kecek… boleh lepas.
Syurga hanya diganjarkan setelah mati. Tidak di Hatyai ; Belum lagi mati,
rombongan dijamu selera di”syurgaku”…
Jam 3.25 petang, mula bertolak ke lokasi mmbeli belah pertama…Kaysorn.
Di Kaysorn, gelap mato doh….
Selesai beli belah d Kaysorn….kami check in Hotel
‘Istana’…hmmm, tadi makan d “syurgaku”, kini akan
menginap d “istana”….Kami d beri masa 1 jam shj utk
urus diri. Jam 6.00 petang semua d mintak berada
dalam bas…utk destinasi berikutnya ;
Floating market.
Jolokan sebagai syurga makanan kepada destinasi perwisataan di Thailand memang
kena dan tepat sekali. Lambaan makanan yang pelbagai, memang menggamit para
pelancong meskipun sudah dalam kekenyangan, nafsu makan tidak mampu
ditahan….
Penat berjalan2 d floating market…kami dpanggil utk ke destinasi berikutnya…Asean
Night Market.
Sarapan d hidangkan d sebuah restoran yg kira2 10 minit perjalanan dari hotel.
Seusai sarapan kami bertolak ke Nora Plaza. Disini terdapat barangan kulit, produk
produk kulit hasil tangan anak tempatan Thailand.
Tidak jauh dari Nora Plaza, kami dbawa ke Ranu Kohyo…produk kekacang, dan
pelbagai makanan seperti produk makanan laut.
Turun dri bas, nak kna tampal stiker pada badan…entahlah apa maksud demikian..
Seterusnya, kami ke lokasi ternakan lebah dan
produk2 berkaitan lebah.
Diterangkn cara – cara menguji keaslian madu. Kelebihan bipolen dan diberi rasa
propolis dari kelulut
Di negeri Songhkla ini, terdapat tarikan tersendiri yg menjadi ikon negara Thailand –
Gajah..
Saya sertakan bayaran yg dkenakan kepada yang berhajat utk bersantaian d Chang
Puak Camp
Kami tinggalkan “gajah” untuk menuju ke Chabura Dimsun Restaurant yg
mengambil masa kira kira 20minit utk makan tengahari. Jauh melewati tasik
songkhla yg “dijagai” oleh seekor naga…kepala naga di kuala tasik, badan naga d
tengah tengah halaman dan ekornya dpenghujung tanah rekreasi tasik songkhla.
Selepas makan, sempat bergropfoto.
Disebelah bangunan dewan makan, antara yg jadi tarikan ke sini ialah DimSum…
Peristiwa kemunculan “seekor duyung”yg dilihat oleh nelayan tempatan bersantai d
pantai Samila membawa kepada kerajaan disini utk menjadikan ukiran seekor
duyong sebagai tanda tugu tarikan pelancong ke Pantai Samila ini. Jarak pantai
Samila drpd lokasi tempat makan kami cuma 10minit.
Pantai Samila pada 2018 pernah digemparkan dengan kes pengeboman patung
duyong yg tidak d ketahui punca pengeboman tersebut.
Saya sertakan gambar dari keratan berita akhbar berkaitan kes tersebut.
Huufs…..badan sudah penat bercampur kekenyangan makan tghri. Hampir kesemua
ahli rombongan kami tidak menolak keenakan makan makan di sepanjang percutian
kami. Destinasi seterusnya ialah ke sebuah masjid….
Masjid yang menjadi isu hangat perkahwinan isteri kedua seorang aktres
tanahair…kami tinggalkan “The central Mosque of Songhkla” dengan beri makan
ikan2 yg dipelihara dalam kolma dihadapan masjid…..
Selesai urusdiri dan tanggungjawab wajib sebagai muslim yang diberikan rukhsah
sepanjang permusafiran, kami selesaikan Jama’ takhir dihotel. “Malam ni kita ejas la
ya, Jam 7.45 dah ada dalam bas” –pesan AjiWan…group leader kami yang
menemani semua peserta jaulah.
Jam 8.00 malam dah tiba di Charlie D’Hatyai Café & Restoran
Terima kasih tak terhingga kepada YB
dari kami semua. Satu percutian
bersama keluarga yang sungguh
bermakna. Semoga YB sekeluarga
terus sihat walafiat bersama keluarga.
Untuk balik ke Hotel, Kami diberi ruang menaiki tut-tut
20 baht utk seorang. Ada 5 orang terus jalan.
Pagi Hari terakhir, Ahad 19 Februari 2023, Rombongan diperingatkan sedari
awal….turn dengan terus check-out bilik. Pastikan tiada apa yang tertinggal di dalam
bilik….Bas menunggu untuk membawa kami ke Restoran “Syurgaku”, restoran yang
kami makan pada hari pertama.
Dari restoran, bas meluncur membawa kami ke arah selatan bumi gajah putih untuk
singgah di Pasar Pagi Kim Young. Produk produk laut hasil tangan penduduk sekitar
Dapat dibawa pulang sebagai buah tangan singgahan akhir mengikut itenarary pakej kami.
Seketika sahaja kami bersantai dipasar basah ini, terus tanpa melengahkan masa
bas meluncur ke destinasi terakhir kami mengikut agenda yang disusun – Masjid
Kresek di wilayah Pattani.
Masjid kresek mempunyai sejarahnya tersendiri. Perit jerih umat islam berada di
bumi yang diperintah oleh bukan islam yang islam menjadi minoriti ; penindasan
oleh pihak kerajaan memerintah menzalimi umat islam. Pada tahun 2014,
pembunuhan umat islam oleh kerajaan Thailand ketika jamaah menunaikan solat
jumaat mengorbankan 108 nyawa. Peristiwa ini merupakan peristiwa terkini
pembantaian umat islam oleh kerajaan memerintah Thai.
Tanpa melengahkan masa, meskipun keenakan aiskrim kelapa yg dijual
berhampiran Masjid Kresek terpaksa kami tinggalkan. Berkebetulan cuaca yang
agak panas ketika kami tiba, aiskrim kelapa menjadi pilihan yang tepat bagi
membasahkan tekak. Beberapa orang dari kalangan peserta mengambil
kesempatan solat jamak takdim Zohor & Asar di masjid ini…
Destinasi terakhir kami adalah Komleks Imigresen ..perkhabaran yang diterima,
terlalu ramai orang dipejabat imigresen berurusan melepasi sempadan Thailand ke
sempadan negara. Ketua grop kami mencadangkan agar kita “membeli” masa
dengan singgah di Pasar Pekan Golok. Snapshot lensa peserta sempat
dirakamkan…
Ingatkan pekan golok dah singgahan terakhir……rupanya masih ada satu lagi
menjadi singgahan kami…
Yb Us Saiful Bahri Mamat.
10.Pilot-pilot Bas & Van ….