Salam Sejahtera Puan Fadzila serta ahli rombongan sekalian.
Mewakili Hadigo Travel & Tours, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan puan memilih kami sebagai pengaturcara percutian ke Banda Aceh dan Sabang pada 6 hingga 9 April yang lalu.
Melihat senyuman manis ahli rombongan bergambar di Tugu Kilometer 0 Indonesia benar-benar menceriakan kami. Kami sangat berharap segala susun atur program, penginapan dan perkhidmatan yang kami sediakan memberikan keselesaan serta pengalaman yang menyeronokkan buat semua.
Kami juga menyusun sepuluh jari memohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan sepanjang trip ini berlangsung. Semoga kenangan percutian di bumi Aceh ini sentiasa mekar di ingatan. Jika ada kelapangan dan rezeki, kita melancong bersama lagi nanti ya!
Ikhlas,
Abd Hadi
Hadigo Travel & Tours