Pegasus Automation Sdn Bhd
Phuket, Thailand 4H3M
11-14 Julai 2025
48 Ppax
Feedback
Waalaikumsalam dan salam sejahtera Hadigo Travel Team & Ajiwan,
Terima kasih banyak atas layanan terbaik dari Ajiwan dan juga Hadigo Travel sepanjang trip kami ke Phuket ni. Dari awal sampai akhir, semuanya smooth dan teratur memang jelas pengalaman dan kesungguhan dalam memastikan kami selesa dan happy.
Kami pun nak minta maaf juga kalau ada salah silap, terlepas cakap atau ada perangai pelik-pelik masa dalam trip tu, biasalah kalau dah ramai-ramai, macam-macam ragam 😅 Tapi TL & TG tetap cool, sabar layan kerenah kami satu-satu, siap boleh bergurau lagi
Pantun Ajiwan tu pun padu, memang kenangan yang kami takkan lupa. Trip ni bukan sekadar melancong, tapi penuh dengan gelak ketawa, pengalaman baru, dan ukhuwah yang terjalin. Insya-Allah, kalau ada rezeki dan umur panjang, kita jumpa lagi kat trip akan datang.
Terima kasih sekali lagi atas servis yang tip top dari airport sampai ke hotel, dari island hopping sampai ke shopping. Memang puas hati habis!
Jumpa lagi di lain destinasi,
Pegasus x Hadigo ✈💙
Yang ikhlas,
Team Pegasus Automation