'Memudahkan Percutian Anda'

Percutian Keluarga Mahadi di Pulau Tioman

mahadi-ahmad-sun-beach-resort-pulau-tioman
mahadi-ahmad-sun-beach-resort-pulau-tioman
mahadi-ahmad-sun-beach-resort-pulau-tioman
mahadi-ahmad-sun-beach-resort-pulau-tioman-5
mahadi-ahmad-sun-beach-resort-pulau-tioman
mahadi-ahmad-sun-beach-resort-pulau-tioman-6
PelangganMahadi Family
TourTioman Island
Pakej3 Hari 2 Malam

Sun Beach Resort!

Lihat Pakej

 

Testimoni: “Alhamdulillah kami telah pun selamat sampai di rumah selepas empat hari bercuti di Pulau Tioman.
Secara keseluruhannya, kami rasa sangat berpuas hati dengan percutian kami kali ini.
Penghargaan dan terima kasih kami kepada Cik Asmaa’ atas cadangan pakej percutian yang tepat untuk kami dan kepada kakitangan Sun Beach Resort atas perkhidmatan yang amat memuaskan.

Banyak perkara yang kami alami di sepanjang kami berada di Sun Beach Resort melebihi dari jangkaan kami.
Dari perkhidmatan Ferry, layanan kakitangan Sun Beach Resort, bilik penginapan, makanan, aktivity dan venue semuanya sangat cemerlang.

Tidak keterlaluan jika kami nilaikan tahap kepuasan kami pada tahap 5/5!!!.

Kebersihan Resort dan sekitar Kampung Genting sangat memuaskan.
Layanan kakitangan sangat cemerlang.
Menu dan rasa BBQ sangat sedap dan memuaskan.
Bilik sangat memuaskan.
Tempat snorkeling sangat memuaskan.
Scuba juga sangat hebat dan mengujakan.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Hadigo Travel and Tours Sdn Bhd dan Sun Beach Resort kerana menjadikan percutian kami sangat bermakna dan kami kembali dengan kenangan yang sangat indah.

Semoga Allah mengurniakan kita semua dengan kesihatan yg baik, umur yg panjang dan rezeki yang luas dan semoga berjumpa lagi pada percutian yang akan datang, InsyaAllah.”