Galeri khas untuk memori percutian Global Survey melancong ke Indonesia 4 hari 3 malam yang penuh bermakna. Terima kasih dari kami dari krew melancong kerana sudi memilih kami sebagai pengaturcara percutian anda semua. Semoga kita berjumpa lagi di destinasi baru dan akan datang ya!
Tahukah anda? Global Survey Consultant Sdn Bhd ialah sebuah syarikat jurukur tanah berlesen yang berpusat di Kuantan, Pahang. Dimiliki oleh Sr Mohd Hanifa Abd Hamid, syarikat ini menawarkan perkhidmatan ukur kadaster, topografi, kejuruteraan, hidrografi, serta pengesanan utiliti bawah tanah.
Mereka juga pakar dalam pemetaan menggunakan dron (UAV). Berpengalaman lebih 30 tahun, syarikat ini komited memberikan khidmat profesional dalam bidang pengukuran tanah dan perundingan pembangunan hartanah, sesuai untuk projek kecil hingga berskala besar.