Tidak kisahlah sama ada penerbangan yang dibatalkan ataupun persinggahan yang lama, anda mungkin pernah mempertimbangkan untuk tidur di lapangan terbang, atau sekurang-kurangnya berehat sebentar.
Untuk mendapatkan peluang untuk melelapkan mata sebentar mahupun tidur secukupnya di lapangan terbang adalah sukar dan bingit.
Maka, untuk membantu anda, kami menyediakan satu senarai tips untuk mendapatkan rehat secukupnya di lapangan terbang serta beberapa lapangan terbang terbaik untuk melakukannya.
Sesetengah lapangan terbang yang luas ada menyediakan kawasan-kawasan tertentu untuk tidur dan mengenakan bayaran untuk penggunaan bilik atau pod tidur. Sekiranya anda mengingini ruang yang senyap dan gelap, pilihan ini sesuai untuk anda.
Sekiranya tiada kawasan tertentu disediakan, cuba cari rakan lain yang juga ingin tidur. Apabila anda tidur berkumpulan, kemungkinan untuk diganggu pengembara lain berkurangan.
Ruang istirehat lapangan terbang lazimnya mengenakan $50 untuk diakses, namun ia boleh juga menjadi alternatif untuk anda melelapkan mata.
Lapangan Terbang KLIA II adalah kawasan yang sukar untuk berehat ketika ‘transit’
Sekiranya anda risau mengenai barangan anda sementara anda berehat, cuba berehat di kawasan berdekatan sekuriti atau staf.
Barang-barang anda lebih selamat di kawasan-kawasan trafik tinggi begini. Kalau anda tahu persinggahan anda akan menjadi lama, cuba membawa barang kembara secara ringan dalam beg bimbit, atau guna sahaja beg galas.
Dengan ini anda boleh menggunakannya sebagai bantal dan tidak perlu risau lagi. Sekiranya anda mempunyai beg bimbit yang besar, gunakannya sebagai tungku kaki dan anda pasti akan sedar sekiranya sesiapa cuba mengambilnya.
Tip: Simpan beg anda di ‘locker pot’ untuk lebih selamat dengan bayaran yang minima
Sekiranya anda seperti kami, pasti anda inginkan tempat yang gelap dan senyap untuk melelapkan mata. Dalam perkara ini, cuba untuk membawa sepasang fon telinga untuk mendengar muzik bagi mengelakkan bunyi-bunyian luar atau pengembara lain.
Anda mungkin juga mahu membawa sehelai selendang, jaket atau cermin mata hitam untuk menghadang cahaya. Penutup mata juga boleh membantu menghadang cahaya dan memberi keselesaan untuk berehat.
Berehat menanti penerbangan seterusnya adalah suatu perbuatan yang biasa bagi seorang pengembara atau yang menanti penerbangan di waktu pagi. Namun pastikan anda tidak menyusahkan pihak pengurusan dan penumpang lain. Sentiasa menjaga adab dan kebersihan.
Terima kasih untuk tipsnya yang sanagt bermanfaat.
Selamat pagi kawan.macam nak jadi hidup senang dan mewah.seperti orang kayaraya.dan nyaman selesa.bukan saya ini sentiasa kena buli oleh Adik beradik yang kayaraya.sebab diorang duit.