Tioman Paya Resort: Ini adalah resort bajet yang mampu milik. Penginapan bercirikan bajet ini terletak ke dalam sikit dari pantai utama namun mempunyai kawasan luas untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Chalet-chaletnya juga adalah bersaiz besar dan dilengkapi kemudahan asas. Resort ini juga menjadi pilihan untuk pelancong berkumpulan melakukan aktiviti seperti sukaneka, trekking dan juga paintball.
Ianya mempunyai 50 bilik tediri daripada saiz superior dan deluxe. Apa yang menyeronokkan, anda boleh menyewa motor ATV untuk merasai pengembara hijau di pulau ini. Untuk makluman anda resort ini terletak di belakang Kampung Paya.
1. Bertolak dari Mersing/Tg. Gemok ke Pulau Tioman dengan menaiki air-cond express ferry
2. Welcome drink
3. Daftar masuk resort
4. Aktiviti bebas
5. Makan malam
1. Sarapan pagi
2. Bertolak ke Pulau Rengis ( Coral Island ) untuk berenang dan snorkeling
3. Makan tengahari ( Packed )
4. Bertolak ke Marine Park ( Memberi makanan pada ikan )
5. Makan malam
1. Sarapan pagi
2. Daftar keluar resort
3. Berkumpul di jeti
4. Bertolak pulang dari Tioman ke Mersing/Tg. Gemok