fbpx
'Memudahkan Percutian Anda'

Tips Pemakanan Sihat Ketika Melancong

Membuat pilihan makanan yang sihat semasa melancong boleh menjadi agak sukar. Hal ini kerana anda berada di tempat yang baru, berbeza dengan rutin harian anda.

Dengan pemikiran asyik dalam percutian, adalah amat mudah untuk melupakan gol dalam pemakanan dan menikmati makanan yang kurang sihat kerana ia lebih mudah.

Namun, dengan sedikit perancangan, anda boleh persiapkan diri anda untuk mencapainya dengan mengikuti 10 tips pemakanan sihat ini.

stacked-granola-bars-76C6WUY-2

1. Bawa bar seperti granola. Bawa snek anda sendiri agar anda tidak terdesak untuk memakan makanan tersedia atau yang mudah dicapai seperti gula‐gula atau keropok.

Banyak pengeluar makanan sudah mula menyediakan makanan mudah hidang seperti snek yang amat sesuai untuk melancong. Antara plihan snek yang sihat, gandingan protein tinggi dan karbohidrat untuk tenaga adalah:

      • Bar kacang
      • Bar protein
      • Bar granola
      • Daging salai
      • Buah‐buahan yang dikeringkan

2. Ketika dalam penerbangan? Sediakan bekalan anda sendiri. Lapangan terbang amat terkenal dengan pilihan makanan yang terhad, dan amat mudah untuk memilih makanan segera bagi jalan pintas anda ketika kelaparan.

Namun begitu, sekiranya ingin kekal kepada pemakanan sihat, mulakan perjalanan anda dengan hidangan yang sihat dan bawa sendiri bekal makanan.

3. Jangan biarkan diri anda terlalu lapar. Punca utama pemakanan berlebihan adalah , jangan terkejut, ya kerana kurang makan. Apabila anda lapar, adalah sukar untuk mengelak godaan makanan segera seperti burger dan kentang goreng.

Jadi, lakukan pelan pemakanan untuk hidangan seterusnya sebelum anda menjadi terlalu lapar, dan makan snek tinggi protein sekiranya waktu makan anda masih jauh.

english-breakfast-DR44NRE-2

4. Bufet sarapan pagi. Pantau bufet yang disediakan sebelum anda mengambil pinggan. Dengan ini, anda boleh merancang apa yang anda ingin ambil, bukan meletakkan makanan secara rambang di pinggan.

Elakkan makanan berminyak atau pastri (makanan bergula tinggi) dan gantikan dengan telur dadar, oat tanpa gula, atau yogurt dengan buah‐buahan segar.

Pilih tempat duduk berjauhan dari tempat makanan, dan duduk dengan membelakangi buffet tersebut untuk mengelakkan godaan.

5. Tiada masa untuk bersarapan? Dapatkan protein. Sekiranya anda gemar melangkau sarapan pagi, elakkan kerana anda tahu ia sebenarnya idea yang tidak sihat.

Namun, sekiranya anda masih gemar melangkauinya, bawa bekalan seperti paket protein dan campurkan ke dalam kopi anda sebagai tambahan makanan.

peanut-butter-in-jar-and-peanuts-PA9ZPEX-2

6. Peket kacang mentega amat sesuai untuk pelancongan antarabangsa. Tidak kisah di mana anda berada di dunia ini, anda pasti boleh menemui sejenis roti biasa – pita, tortilla, baguette, atau naan.

Sapukan ia dengan kacang mentega, dan anda telah pun mempunyai snek sandwich.

7. Pesan dahulu. Sedang melayan klien sewaktu makan malam? Pilih hidangan yang sihat dan pesan dahulu.

Dengan itu, kemungkinan anda untuk mengubah fikiran sekiranya orang lain di meja memesan kentang goreng dan stik menjadi rendah.

8. Lawati cafe salad. Apabila mengembara menggunakan kereta, adalah amat mudah untuk berhenti sebentar di kedai‐kedai runcit yang mempunyai kedai menjual salad untuk mendapatkan makan tengahari dan malam.

Stokkan buah‐buahan dan snek sihat lebih untuk bilik hotel anda.

9. Elakkan makanan segera. Memang ia sedap, namun anda tahu anda akan menyesal kemudian. Dengan pencahayaan dan dekorasi yang menarik perhatian, makanan segera memang bertujuan untuk menarik anda.

Lakukan kajian sepintas lalu dalam telefon anda dan cari kedai‐kedai deli, sandwich, atau rangkaian yang lebih sihat seperti Panera, Chipotle, Jason Deli’s atau Sweet Tomatoes.

drink-during-the-flight-PP8LRTF-2

10. Minum secukupnya. Kekalkan tubuh anda dengan penghidratan secukupnya semasa mengembara. Ia membantu mengekang persekitaran kapal terbang yang mengeringkan mahupun alkohol tambahan yang anda mungkin ambil bagi mereka yang bukan muslim.

Bawa botol yang boleh diisi semula ketika naik kapal terbang, supaya anda tidak perlu bergantung kepada gelas‐gelas kecil yang para pramugari dan pramugara sediakan.

Avatar of Hadi
About the author

Melancong.my: Laman online pakej percutian disediakan oleh Hadi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman.
1 Response

Berikan Komen

Anda ada soalan?

Jangan segan untuk menghubungi kami. Khidmat mesra kami sedia membantu anda.

+601-7353-6884

email@melancong.my