fbpx
1700-81-5374 [email protected]

Akaun

Daftar

Selepas mencipta akaun, anda kemudian boleh menyemak status pembayaran, membuat pengesahan dan juga boleh memberikan review selepas selesai menjalani pakej anda.
Nama ID*
Kata Laluan*
Sahkan Kata Laluan*
Nama Pertama*
Nama Akhir*
Email*
Telefon*
Negara*
* Mencipta akaun bermaksud anda faham dengan kami punya Terma dan Syarat dan juga Penyataan Privasi.

Sudah Menjadi Ahli?

Akaun
1700-81-5374 [email protected]

Akaun

Daftar

Selepas mencipta akaun, anda kemudian boleh menyemak status pembayaran, membuat pengesahan dan juga boleh memberikan review selepas selesai menjalani pakej anda.
Nama ID*
Kata Laluan*
Sahkan Kata Laluan*
Nama Pertama*
Nama Akhir*
Email*
Telefon*
Negara*
* Mencipta akaun bermaksud anda faham dengan kami punya Terma dan Syarat dan juga Penyataan Privasi.

Sudah Menjadi Ahli?

Akaun

‘Packing’ Barang dan Bagasi Semasa Melancong [10 PANDUAN PENTING]

Syarikat Penerbangan & Caj Tambahan Mahal Untuk Bagasi

Pernah sekali, suami kepada seorang kawan bercuti selama dua minggu di Bali dengan membawa bersama sebuah beg gergasi, mengheret beg tersebut di kawasan sesak dengan orang ramai.

Ketika si suami membuka begnya di dalam bilik hotel, si isteri terbeliak melihat tidak kurang tiga pasang cermin mata hitam, tiga sut, sebuah pengering rambut, sehelai seluar dalam dan tidak ada sarung kaki sama sekali.

Dengan berat maksimum bagasi telah dikurangkan oleh kebanyakan syarikat penerbangan, dan caj tambahan yang kini semakin mahal bagi sebarang berat berlebihan, adalah menjadi satu kepentingan untuk mengatur bagasi yang dibawa dalam pelancongan sebaik mungkin, dan melancong seringan yang mungkin.

Gunakan Bagasi Moden Yang Telah Direka Khas

Jika beg pakaian atau beg anda sudah berusia lebih lapan tahun, apa yang perlu dilakukan adalah untuk mendapatkan beg bagasi baru yang lebih moden.

Kebanyakan beg bagasi baru kini adalah mengikut standard yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan dari segi saiz (bagasi yang boleh dibawa masuk kedalam kapal). Juga, beg bagasi moden direka dengan fabrik dan bahan plastik yang jauh lebih ringan, tahan lasak dan mudah untuk dibawa dengan bantuan roda dan rod pemegang.

Selain daripada itu, bergantung kepada syarikat pengeluar beg bagasi, ada rekaan yang menawarkan pilihan compartments yang pelbagai, sisi beg yang boleh diperbesarkan, zip yang jauh lebih kuat, dan roda yang mudah untuk dikawal dan rod pemegang yang jauh lebih panjang.

Antara saiz standard yang dikeluarkan syarikat penerbangan:

  1. 55 x 35 x 25cm (21.6 x 13.8 x 9.8inch)
  2. 55 x 40 x 20cm (21.6 x 15.7 x 7.9inch)
  3. 55 x 40 x 23cm (21.6 x 15.7 x 9inch)
  4. 56 x 36 x 23cm (22 x 14 x 9inch)
  5. 56 x 45 x 25cm (22 x 17.7 x 10inch)

Tips Penting Pilih Bagasi

Syarikat penerbangan telah menetapkan satu sandard saiz

Tahukah anda, adalah lebih mudah untuk anda menentukan muatan berdasarkan saiz dan waktu perjalanan. Misalnya waktu lawatan atau percutian 3-4 hari sudah memadai dengan saiz panjang 56 cm (22 inci), lebar 45 cm (18 inci) dan kedalaman dengan 25 cm (10 inci) termasuk semua pemegang, poket tepi, tayar dan lain-lain.

Selain itu juga saiz beg ini adalah muatan ‘percuma’ kerana anda boleh membawa masuk ke dalam kokpit dan disimpan di dalam kabin.

Beg Galas Memudahkan Pergerakan Anda

Sebuah beg ringan juga merupakan satu keperluan, samada beg sandang yang biasa atau beg bertali yang boleh digalas di belakang, untuk dibawa bersama ketika keluar ke destinasi (beg besar ditinggalkan di hotel).

Elakkan beg galas yang mempunyai roda kerana ini akan menghadkan perjalanan anda – seperti turun naik tangga atau kawasan berbatuan kecil – dan boleh menjadi sesuatu yang agak menganggu.

Menguruskan Pakaian Dan Susunan Dengan Cara Yang Betul

Semak keadaan cuaca atau iklim di destinasi anda, dan pilihlah pakaian yang sesuai. Pilih pakaian yang boleh pelbagaikan gaya apabila digabungkan antara satu sama yang lain, mudah dibasuh dan fabrik titisan kering, yang mana tidak perlu disaterika.

Gulung pakaian anda dan jangan sesekali melipatnya untuk menggunakan ruang beg yang sedikit dan pakaian menjadi kurang berkedut. Meskipun anda memiliki pakaian yang perlu diseterika, kebanyakan hotel menyediakannya.

Jika tidak, samada gantungkan pakaian anda di dalam bilik mandi berwap atau lembapkan ia dan kemudian ratakannya dan keringkan dengan pengering rambut, yang mana akan memberikan kesan yang serupa.

Packing Barang dan Bagasi

Masukkan barang-brang kecil, seperti sarung kaki (stokin) contohnya, di dalam kasut, untuk mendapatkan lebih banyak ruang, dan jika perjalanan anda mengambil masa yang agak panjang dan benar-benar memerlukan banyak pakaian untuk semua jenis cuaca, pertimbangkan untuk membeli beg mampatan, samada yang automatik, atau yang boleh dimampatkan dengan pembersih vakum, untuk menyedut keluar semua udara sebelum meletakkannya ke dalam beg.

Sentiasa sertakan kain sarung, yang mana boleh berfungsi sebagai selendang/ skirt/ pakaian/ pengikat kepala dan sebagaiya, bergantung kepada bagaimana anda mengikatnya, dan jangan bimbang tentang kehabisan pakaian kerana kemudahan dobi sentiasa ada, atau anda boleh mengupah orang lain melakukannya (ekonomi tempatan contohnya di India).

Dan, sudah tentu, apa lagi alasan terbaik untuk membeli belah jika bukan ketika anda memerlukannya?

Berapa Banyak Seluar Dalam Perlu Dibawa?

Sediakan cukup untuk lawatan selama tujuh hari; lebih dari itu, anda perlu membuat cucian anda sendiri atau anda boleh mengupah orang lain melakukannya untuk anda.

Terdapat banyak kajian berkenaan seluar dalam pakai buang, namun ianya merupakan sesuatu yang agak mahal, selalunya tidak selesa, dan merupakan satu pembaziran.

Di samping itu, meninggalkan jejak di rantau orang biasanya melibatkan memori dan merangsang pembangunan ekonomi tempatan sahaja dan tidak pernah dinyatakan untuk meninggalkan seluar dalam yang kotor. Huhu…

Berapa Kasut Perlu Dibawa?

Bergantung kepada jenis percutian anda, pakai pasangan kasut berjalan yang terbaik semasa di dalam kapal untuk mengelakkan anda membungkusnya dan membawanya di dalam beg, dan bawakan sepasang kasut kasual, yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti, sepasang Crocs contohnya yang juga boleh dibawa ke kawasan pantai.

Kasut boleh memakan banyak ruang jadi cuba untuk meminimakan jumlah yang anda bawa. Pastikan pasangan yang anda bawa adalah cukup selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti, dan jangan sesekali membawa kasut baru yang belum pernah dipakai, terutamanya jika ia bukan untuk dibawa berjalan.

Tiada kata-kata boleh diungkapkan untuk menyatakan kesakitan apabila anda berjalan dengan kasut baru ketika berjalan di laluan yang mencabar seperti Gunung Kinabalu. Saya katakan ini berdasarkan pengalaman bodoh yang pernah berlaku.

Packing Barang Pantas

Untuk anda yang perlukan kepantasan, packing bagasi anda dengan menggulungkan pakaian dan gunakan kit yang boleh dikumpulkan menjadi satu seperti kit botol mandian

Kit Mandian dan Kit Ubatan?

Tinggalkan semua botol kaca yang berat di rumah. Tuangkan syampu kegemaran anda, perapi dan mana-mana losyen muka dan kulit ke dalam botol plastik kecil, ubat gigi sampel yang kecil, dan letakkan kesemuanya dalam bekas plastik lutsinar yang boleh ditutup.

Kirakan jumlah pil-pil dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk perjalanan anda, dan letakkan mereka di dalam sebuah bekas plastik kecil yang kosong. Elakkan untuk memakan pil dalam kes sembelit, cirit, sakit perut, disentri, krim untuk gigitan dan ruam, dan pelbagai pilihan kain pembalut.

Melainkan destinasi terakhir anda adalah di tengah-tengah antartika, kesemua yang anda perlukan boleh dibeli di farmasi tempatan. Dan jangan lupa sama sekali untuk membawa benda penting ini: insurans perjalanan.

Gadget Adalah Alat Yang Sangat Membantu

Teknologi pada hari ini telah membebaskan kita dari membawa naskah-naskah buku dan pamplet daripada lapangan terbang untuk dibaca. Kini sebuah tablet ringan atau Kindle boleh memuatkan begitu banyak bahan bacaan beresolusi tinggi, dan jangan sesekali melupakan alat pengecas.

Sebaiknya, biarlah pengecas tersebut boleh mengecas gadget/ peranti anda yang lain juga, atau jika tidak, melaburlah untuk membeli pengecas dan kabel universal yang mana boleh mengecas kesemuanya melalui sambungan pada tablet anda.

Pastikan telefon anda dipasangkan dengan aplikasi Skype untuk panggilan murah, atau percuma. Lampu suluh yang kecil atau lampu-suluh kepala boleh menjadi bahan yang amat penting untuk mana-mana percutian yang melibatkan perkhemahan, berjalan pada waktu malam, gua cacing bercahaya atau sekadar anda ingin membaca pada waktu malam tanpa menganggu rakan di tepi anda.

Penyumbat telinga juga boleh menjadi sesuatu yang sangat penting. Tinggalkan pengering rambut anda di rumah dan walaupun di destinasi anda tidak menyediakannya, biarlah rambut anda terbiar secara semulajadi, atau kunjungilah pendandan rambut tempatan untuk sesuatu yang mungkin boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan, dan jika ianya teruk sekalipun, ia membuka mata anda kepada kemungkinan rupa terhodoh rambut anda. Haha..  Tinggalkan juga alat pelentik bulu mata, pelurus rambut dan mesin kopi mudah alih. Inilah motif percutian.

Pakaian Semasa Melancong

Perlukah Anda Membawa Bekalan Makanan?

Membawa makanan merupakan tindakan yang kurang logik melainkan anda memerlukan satu diet khusus untuk sebab-sebab kesihatan dan keperluan badan anda. Jika anda benar-benar memerlukan makanan tersebut, buat semakan samada ianya dijual di destinasi anda atau bungkuskan bersama-sama anda sedikit makanan tersebut, dengan pemahaman bahawa sebahagian makanan tidak dibenarkan untuk melepasi sempadan (imegresen).

Sebuah balang kecil kopi bebas kafein atau sebungkus teh herba contohnya, merupakan sesuatu yang amat penting bagi saya.

Jika anda merancang untuk membuat pendakian, makanan campuran untuk kecemasan mungkin berguna, atau panduan perjalanan yang boleh dimuatkan di dalam tablet yang mana boleh menunjukkan anda arah ke kedai-kedai makanan atau kafe terdekat. Untuk aktiviti berjalan di dalam denai belukar atau perkhemahan, beberapa makanan dehidrasi boleh menjadi sangat berguna dan bungkus mana-mana yang jauh lebih ringan daripada roti jika anda masuk ke kawasan belukar.

Dan, tak kira betapa menggodanya idea untuk anda merancang menurunkan berat badan semasa melancong dengan tidak makan secukupnya – melainkan anda cuba untuk tidak sihat – ianya tidak akan berjaya. Tidak sama sekali.

Apakah Pakaian Terbaik Semasa Melancong?

Jika anda menaiki kapal terbang dan terasa untuk kelihatan lebih bergaya, lelaki seharusnya sentiasa memakai baju berkolar dan memiliki jaket kemas yang berguna. Golongan wanita juga seharusnya kelihatan bergaya, dengan memakai kasut berbanding kasut sukan semata-mata. Hanya mereka yang menjangkakan untuk berdepanan dengan paparazzi semasa di destinasi sahaja perlu memakai kasut tumit dan solekan tebal.

Untuk percutian yang lain, keselesaan adalah kepentingan terutama, dengan pakaian yang longgar, kasut boleh dibuka ikatan talinya dengan mudah atau kaki dapat dikeluarkan dengan mudah, dan sehelai jaket kasual, atau Pashmina untuk membantu jika suhu turun atau menjadi sejuk.

Jika ianya merupakan penerbangan yang panjang, pakaikan juga stokin mampatan. Dalam syarikat penerbangan yang memiliki jumlah maksimum berat bagasi yang rendah, pakai jaket perjalanan dengan poket yang besar. Anda pasti akan merasa kagum dengan berapa banyak barang anda boleh bawa bersama-sama diri anda.

Packing Barang dan Melancong

Jika semua ini tak berkesan...

Membeli-belahlah! Ianya merupakan salah satu keseronokan sebenar ketika melancong: membeli-belah di tempat asing untuk barangan yang anda perlukan atau mungkin suka, di kedai-kedai yang anda tidak pernah dengar atau tahu, bersama-sama barangan yang anda mungkin tidak tahu wujud dan masyarakat tempatan yang anda mungkin ingin jumpa.

Sebagai contoh, barangan di Jepun kebanyakannya unik-unik belaka dan masyarakatnya amat peramah, ianya pasti menyeronokkan untuk membeli-belah di sana.

Berikan Komen