Insuran perjalanan adalah satu keperluan, tidak kiralah trip kita itu untuk suka-suka, bisnes atau kedua-duanya.
Kos perlindungan diri daripada kehilangan beg, pembatalan penerbangan, masalah hotel, penyakit dan lain-lain adalah kecil berbanding dengan jumlah yang anda perlu bayar jika anda tidak dilindungi seperti yang sepatutnya.
Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan perlindungan insurans. Banyak syarikat kad kredit yang menawarkan insurans travel jika anda membayar trip anda menggunakan kad mereka.
Kebanyakan agensi pelancongan dan syarikat penerbangan akan menawarkan pelbagai pilihan insurans, tapi, adakah ia pilihan yang terbaik untuk trip dan keperluan anda?
Semua pelancong haruslah membuat perbandingan antara insurans pelancongan dan tidak teragak-agak untuk bertanya semua soalan yang perlu.
Anda yang bayar. Anda ada hak untuk tahu semua yang dilindungi dan tidak dilindungi.
Kalau kerap bercuti (banyak kali dalam setahun), polisi insurans tahunan adalah lebih baik daripada yang polisi individu.
Kebanyakan insuran perjalanan menawarkan perlindungan untuk kehilangan bag, kelewatan, pembatalan, perbelanjaan hospital dan pemindahan dalam situasi kecemasan.
Salah satu aspek penting yang perlu dipertimbangkan adalah kos perubatan di destinasi anda. Kos perubatan di Amerika Syarikat, Jepun, Timur Tengah, beberapa bahagian di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika adalah tinggi.
Jadi, anda perlu memastikan yang anda mempunyai perlindungan perubatan yang paling tinggi dalam insurans anda.
Sebaliknya, kalau anda melancong ke Thailand, rawatan perubatan adalah antara yang termurah di dunia.
Jadi, anda boleh melancong dengan yakin dengan perlindungan perubatan yang lebih kecil. Semuanya bergantung kepada keperluan anda.
Macam mana mahu membuat pilihan Insuran Perjalanan?
Salah satu perkara yang perlu dilihat adalah sama ada syarikat insurans tersebut mempunyai talian kecemasan yang sentiasa bersedia menerima aduan daripada semua tempat yang anda jejaki.
Talian ini sepatutnya beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 376 hari setahun.
Orang yang kerap melancong mesti pernah merasa kehilangan beg walaupun sekali. Apabila perkara ini berlaku, hubungi syarikat penerbangan tapi jangan lakukan perkara yang boleh menjejaskan tuntutan yang boleh dibuat dengan syarikat penerbangan.
Hubungi kaunter syarikat penerbangan yang biasanya terletak berdekatan dengan karusel beg dan beritahu mereka tentang kehilangan tersebut.
Banyak syarikat penerbangan yang akan membayar pampasan serta merta terutamanya kalau anda memerlukan pakaian dan sebagainya.
Tapi, nilai pampasan biasanya tidaklah setinggi mana. Ia bergantung kepada kelas penerbangan dan kekerapan anda bersama-sama dengan syarikat penerbangan tersebut.
Kalau anda tidak mendapat balik beg anda, syarikat insurans biasanya menyediakan jumlah pampasan yang agak berbaloi.
Kalau anda travel dengan kamera, peralatan video, laptop dan sebagainya, tanyalah syarikat insurans tentang tahap insurans dan pampasan untuk peralatan ini sekiranya terjadi kes kehilangan atau kecurian.
Periksa juga sama ada wang tunai kecemasan dan penterjemah boleh dimasukkan dalam polisi.
Kalau anda merancang aktiviti berisiko tinggi semasa trip anda seperti, bungee jumping, sky diving, white water rafting, atau aktiviti kurang berisiko seperti menyelam, water skiing, jet ski dan sebagainya, pastikan bertanya sama aktiviti ini termasuk dalam perlindungan perjalanan.
Kalau anda travel untuk acara istimewa dan kehilangan perhubungan penerbangan atau apa-apa sahaja, periksa dengan syarikat insurans sama ada pembayaran balik boleh dilakukan.
Bahagian perubatan dalam insurans Perjalanan adalah yang paling penting
Pastikan anda mengetahui apa yang betul-betul dilindungi secara perubatan di setiap negara yang anda lawati dan cara membuat tuntutan sekiranya peristiwa tidak diingini berlaku.
Contohnya, dimasukkan ke hospital. Ada syarikat insurans yang menawarkan polisi reunion yang akan menghantar nombor saudara terdekat kepada anda sekiranya anda dimasukkan ke hospital.
Tambahan lagi, dengan keadaan dunia yang tidak stabil sekarang ini, anda juga perlu bertanya bagaimana syarikat insurans anda akan melindungi anda dalam kes rusuhan, pengganas, penculikan dan sebagainya.
Pastikan perlindungan insurans anda memberikan pembayaran balik kalau anda membatalkan trip disebabkan peperangan atau keganasan di negara yang anda lawati.
Anda mesti tahu macam mana ia dilakukan. Banyak syarikat pelancongan yang jatuh bankrup dan ditutup begitu sahaja akibat daripada kejadian sebegini.
Periksa sama ada insurans travel anda melindungi anda dalam situasi sebegitu dengan perlindungan asas penyedia insurans.
Insurans pelancongan tidak sepatutnya menjadi pemusnah kegembiraan kita semasa bercuti.
Walaupun proses memilih polisi yang betul agak merumitkan, ia akan memberikan kita rasa dilindungi apabila mengetahui yang kita sentiasa bersedia walau apa pun yang berlaku semasa anda bercuti.
Kepentingan Insuran Perjalanan Ke Luar Negara
Masih kurang jelas? baiklah mari kita lihat dari sudut kepentingan Insuran perjalanan kepada awak yang ingin bercuti!
Apabila anda merancang untuk melancong ke luar negara, sama ada untuk bercuti atau urusan kerja, anda mungkin tidak menjangkakan apa-apa yang buruk akan berlaku.
Namun, anda tidak boleh mengambil risiko dan mengabaikan perlindungan diri dan keluarga anda semasa anda berada jauh dari rumah. Inilah sebabnya mengapa anda memerlukan insuran perjalanan ke luar negara.
Insuran perjalanan ke luar negara adalah polisi insuran yang memberikan perlindungan kepada pelancong daripada kehilangan, kerosakan, kecederaan, kecemasan, hingga kematian yang mungkin dialami semasa perjalanan.
Ia juga menawarkan bantuan dan sokongan 24/7 kepada pelancong yang menghadapi masalah atau kesulitan di negara asing.
Mari kita ulang faham semula. Berikut adalah empat kepentingan insuran perjalanan ke luar negara yang anda perlu tahu:
1. Perlindungan Perubatan
Salah satu manfaat utama insuran perjalanan ke luar negara adalah perlindungan perubatan.
Anda tidak tahu bila-bila sahaja anda boleh jatuh sakit atau cedera semasa melancong. Kos rawatan perubatan di luar negara boleh menjadi sangat tinggi dan menyebabkan beban kewangan kepada anda.
Dengan insuran perjalanan ke luar negara, anda akan mendapat ganti rugi untuk kos rawatan perubatan yang berkaitan dengan penyakit atau kemalangan yang dialami semasa perjalanan.
Anda juga boleh mendapat rawatan perubatan tanpa tunai di hospital yang bersekutu dengan syarikat insuran anda.
2. Perlindungan Bagasi dan Dokumen Perjalanan
Bagasi dan dokumen perjalanan seperti pasport, tiket penerbangan, dan wang tunai adalah barang-barang penting yang anda perlukan semasa melancong.
Namun, terdapat risiko bahawa barang-barang ini boleh hilang, rosak, atau dicuri semasa perjalanan.
Jika ini berlaku, anda mungkin mengalami kesukaran dan kerugian besar.
Dengan insuran perjalanan ke luar negara, anda akan mendapat ganti rugi untuk kehilangan atau kerosakan pada bagasi, dokumen perjalanan, dan wang tunai akibat salah pengendalian barang, kecurian, atau sebab-sebab lain.
Adakah anda jelas disini?
3. Perlindungan Kelewatan dan Pembatalan Perjalanan
Kelewatan dan pembatalan perjalanan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan semasa melancong.
Anda mungkin menghadapi kelewatan penerbangan, pembatalan penerbangan, atau kelewatan bagasi yang menyebabkan anda terlepas penerbangan seterusnya atau merosakkan rancangan perjalanan anda.
Hal Ini boleh menjejaskan mood dan bajet anda. Dengan insuran perjalanan ke luar negara, anda akan mendapat ganti rugi untuk kos tambahan atau kerugian yang timbul akibat kelewatan atau pembatalan perjalanan.
4. Perlindungan Kesulitan Perjalanan
Melancong ke luar negara juga membawa risiko kesulitan perjalanan seperti kemalangan kenderaan, penculikan, pengganasan, bencana alam, atau peperangan.
Ini boleh membahayakan nyawa dan keselamatan pelancong.
Dengan insuran perjalanan ke luar negara, anda akan mendapat perlindungan daripada kesulitan-kesulitan ini.
Anda juga akan mendapat bantuan dan sokongan daripada syarikat insuran anda untuk menyelesaikan masalah atau menguruskan penghantaran balik.
kesimpulanya, Insuran perjalanan ke luar negara adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk melindungi diri dan keluarga anda daripada risiko-risiko yang mungkin berlaku semasa melancong.
Ia juga memberikan ketenangan fikiran kepada pelancong untuk menikmati perjalanan mereka tanpa risau.
Oleh itu, anda disarankan untuk memilih polisi insuran perjalanan ke luar negara yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda sebelum anda berlepas. Lihat insuran perjalanan terkini dari ‘Travel Guard‘