fbpx
1700-81-5374 [email protected]

10 Tabiat Pemakanan Sihat Semasa Melancong [Alternatif]

Tips Pemakanan Sihat Semasa Melancong

Apabila kita mengembara atau melancong ke luar negara atau menjelajah ke seluruh dunia amnya, adalah menjadi sukar untuk mengekalkan tabiat pemakanan yang menyihatkan.

Kebiasaannya, amalan pemakanan kita yang biasa akan berubah 100% dan kita cenderung untuk makan makanan yang kurang menyihatkan, sekadar untuk merasa senang dan selesa.

Sebenarnya, dengan sedikit perancangan mudah, anda boleh mengatur tabiat pemakanan anda ketika melancong dengan mengikuti 10 tips pemakanan yang disyorkan ini.


1. Bawa makanan anda sendiri

Apabila berada di negara luar, untuk mendapatkan makanan yang menyihatkan atau bersesuaian dengan keperluan kita adalah agak sukar.

Oleh itu, digalakkan untuk membawa bersama makanan kaya dengan protein agar tidak terpengaruh untuk makan makanan ringan seperti kek atau cokelat.

Kebanyakan pengilang-pengilang makanan kini mulai menghasilkan snek mereka sehidangan penuh, yang mana sesuai untuk dibawa mengembara. Pilihlah campuran makanan yang berprotein dan berkarbohidrat tinggi untuk sumber tenaga anda seperti:

Kekacang dan bar kacang, Bar protein, Buah-buahan kering, Bar granula dan sebagainya.


2. Terbang? Bungkus makanan tengahari anda sendiri

Lapangan terbang terkenal dengan pilihan makan yang kurang menyihatkan, kebiasaannya anda akan menemui kedai makanan segera sahaja. Oleh demikian, kecenderungan anda untuk makan makanan segera yang kurang menyihatkan adalah sangat tinggi.

Pek makanan anda sendiri dari rumah dan mulailah mengembara dengan makanan menyihatkan!


3. Jangan biarkan diri terlalu lapar

Salah satu sebab utama anda mungkin makan berlebihan adalah kerana anda kurang makan. Apabila merasa lapar, amat sukar untuk menahan diri dari memakan burger dan fries, yang mana berminyak dan kurang menyihatkan.

Buat perancangan bagi makanan anda seterusnya sebelum anda menjadi terlalu lapar, dan kunyahlah snek berprotein tinggi jika masa makan terlalu jauh.


4. Sebelum mengambil pinggan untuk bufet sarapan pagi hotel, semak apa yang ada

Buat penilitian akan pilihan makanan yang ditawarkan dan anda akan mampu membuat keputusan lebih baik.

Elakkan daripada kuih-muih dan manisan serta kek cokelat berminyak dan pilihlah telur dadar putih, oatmeal tanpa gula, atau yogurt dengan buah-buahan segar.

Pilih lokasi tempat duduk yang jauh dari makanan, dan belakangi bufet yang ada – ini akan mengurangkan keinginan anda dalam masa yang singkat.


5. Tiada masa untuk bersarapan pagi? Dapatkan protein segera

Jika anda sudah biasa melangkau sarapan pagi, anda tahu ia bukanlah idea yang baik.

Namun, jika anda memilih untuk berbuat demikian, bawakan bersama bungkusan minuman segera berprotein dan minumlah bersama kopi anda.


6. Satu hidangan mentega kacang adalah sesuai untuk perjalanan antarabangsa

Tidak kira di mana anda berada di dunia, anda sentiasa boleh mendapatkan roti kosong – roti pita, tortillas, baguette atau naan.

Sapukan mentega kacang diatas roti anda dan anda sudah memiliki makanan bertenaga dan menyelesakan untuk pengembaraan anda.


7. Buat pesanan terlebih dahulu

Jika anda mengembara bersama teman atau kenalan, pilih makanan yang menyihatkan daripada menu dan buat pilihan terlebih dahulu.

Dengan demikian, anda mengurangkan potensi mengubah fikiran apabila teman-teman anda membuat pesanan untuk makan stik atau kentang goreng berminyak.


8. R&R (Rest and Relextion) – Rehat dan Rawat

Apabila mengembara sambil memandu, adalah mudah untuk berhenti di kedai-kedai runcit tepi jalan atau R&R. Anda boleh membeli makanan menyihatkan daripada pilihan bar salad/ buah-buahan untuk makan tengahari atau makan malam anda. B

ungkuskan buah-buahan dan makanan ringan tambahan untuk dimakan di bilik hotel anda.


Pemakanan Sihat Semasa Melancong


9. Elakkan makanan segera

Anda tahu bahawa ianya enak – namun anda juga tahu bahawa ia boleh membuatkan anda merasa tidak selesa kemudiannya.

Dengan pancaran lampu neon dan warna-warna terang, restoran-restoran makanan segera sangat mudah untuk menarik perhatian anda. Lakukan carian segera di dalam telefon pintar anda untuk mencari lokasi restoran yang lebih menyihatkan.


10. Minum

Kekal terhidrat semasa pengembaraan adalah penting untuk menangani persekitaran kapal terbang yang kering dan minuman beralkohol yang telah anda minum.

Bawakan botol yang boleh diisi semula untuk penerbangan anda, jadi anda tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada secawan kecil air yang diedarkan oleh atendan penerbangan anda.

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
Melancong Melancong.my adalah laman menyediakan pakej-pakej percutian berkualiti yang dimilik oleh Hadigo Travel & Tours. Menyediakan perkhidmatan rundingan percutian diseluruh Malaysia secara atas talian. Anda kini boleh menempah percutian secara online. Tourism Malaysia Matta
×